Mungkin ramai di antara anda yang merupakan peminat setia Kdrama siri yang sudah menyedari bahawa terdapat beberapa adegan yang hampir selalu muncul dalam setiap drama Korea.
Walaupun membawa genre dan jalan cerita yang berbeza, setiap adegan ini sering muncul kerana sudah menjadi sebahagian dari budaya dan kehidupan masyarakat di Korea Selatan.
Berikut adalah 10 adegan yang hampir selalu muncul dalam Kdrama, jom sama-sama kita lihat!
1. Dalam setiap drama Korea akan ada adegan watak lelaki yang selalu berusaha melindungi watak wanita. Seperti petikan drama siri My Lovely Liar ini sewaktu Kim Doha melindungi Sol Hee dari hujan menggunakan payung
2. Adegan lain adalah watak yang tinggal di bumbung (rooftop) apartment atau rumah. Bahagian bumbung tersebut menjadi tempat berkumpul dan berborak watak-watak dalam Kdrama
3. Adegan ini memang selalu muncul dan pasti diingati oleh hampir semua peminat Kdrama. Ingatkah adegan watak yang mengeluh walaupun sudah bekerja di pejabat tetapi selalu mengeluh miskin. Aigoooo! Kita pun ikut sama sedih ya?
4. Dalam drama Korea selalunya setiap watak utama diceritakan mempunyai ikatan emosi yang mendalam. Ada hubungan atau pertemuan yang kuat antara watak sejak dari kecil, jadi sangat wajar jika mereka mudah jatuh cinta!
5. Walaupun ditampilkan watak yang hidup miskin atau hidup biasa-biasa sahaja, tetapi telefon pintar mereka selalu keluaran terbaru. Biasanya telefon pintar yang digunakan merupakan telefon pintar yang dilancarkan tepat pada waktu drama Korea tersebut dibuat! Menarik bukan?
6. Ada detik lucu atau yang memberi kejutan di setiap adegan Kdrama. Adegan-adegan lucu mencuit hati dalam Kdrama memang membuatkan penonton terhibur. Seperti dalam drama Korea King The Land dimana Gu Won dan Chang Sa Rang tertangkap bermesraan di bilik tidur
7. Walaupun genre kdrama romantik dan lucu selalu ada adegan sedih yang membuatkan penonton turut sama menangi, detik ini pada umumnya adalah disebabkan oleh masalah keluarga yang dialami setiap watak atau kerana kegagalan yang perlu dihadapi
8. Hampir dalam setiap drama siri Korea Selatan, setiap watak yang bekerja sambilan biasanya bekerja sebagai barista atau penjaga kaunter supermarket dan juga kedai serbaneka. Pada babak ini juga sering ada adegan lucu atau romantik antara setiap watak utama dalam drama Korea
9. Walau apa pun status yang dibawa oleh setiap watak, mereka tetap bertemu di cafe. Tidak kiralah mereka adalah pasangan, kawan atau ibu bapa dan anak. Selalu dilihat dalam drama Korea mereka akan bertemu di cafe. Selain itu, makanan di cafe merupakan makanan istimewa korea seperti Bulgogi, Kimbap, Tteokbokki, dan juga Jajangmyeon
10. Sama ada waktu sedang tertekan atau sedang gembira, pasti watak-watak dalam Kdrama suka minum Soju. Soju atau Hanja merupakan minuman alkohol Korea Selatan yang digunakan untuk menghangatkan tubuh
Demikian sahaja 10 adegan yang hampir selalu wujud dalam setiap adegan drama Korea Selatan. Walaupun hampir selalu wujud, penampilan dan cara eksekusi yang berbeza dalam setiap drama Korea membuatkan adegan ini menjadi tetap kelihatan bagus dan menarik.
Setiap adegan dan detik yang ada dalam drama siri Korea Selatan selalunya memberikan pengajaran dan ciri khas yang membuatkan drama Korea berbeza dengan drama siri dari negara lain.