Home Kdrama/Kmovie 10 Anak Gadis Kaya Raya dalam Kdrama 2023 yang Tidak Gilakan Harta...

10 Anak Gadis Kaya Raya dalam Kdrama 2023 yang Tidak Gilakan Harta dan Kuasa

0

Watak utama dalam Kdrama biasanya digambarkan berasal dari keluarga bangsawan kaya raya dan juga dari golongan chaebol. Namun, setiap watak protagonis juga digambarkan sebagai watak yang baik dan tidak sombong. Mereka lebih memilih untuk hidup bahagia dengan keluarga kecil mereka daripada mengejar harta dan kuasa.

Watak wanita dan gadis seperti itu juga muncul dalam beberapa buah Kdrama tahun 2023 ini. Walaupun begitu, beberapa orang daripada mereka ada juga yang tetap meneruskan syarikat keluarga mereka, walaupun tidak gilakan harta dan tamakkan kuasa. Jom kita lihat kisah mereka secara lebih lengkap di bawah ini!

 

Kdrama
1. Dilahirkan sebagai anak tunggal keluarga chaebol, Yoon Chung A (Shin Eun Soo) menjalani hidup sederhana dalam Kdrama Twinkling Watermelon

 

2d2432bb 20e4 4c06 afda d3c1d93e1e85
2. Walau dia boleh meneruskan perniagaan ibunya, Kang Nam Soon (Lee Yoo Mi) memilih untuk membantu anggota polis dalam Kdrama Strong Girl Nam Soon

 

1778b3f7 798f 4b0a b022 a6f6e349f0ee
3. Tidak tertarik untuk meneruskan perniagaan ayahnya, Park Mi Gyeong (Geum Sae Rok) memilih untuk menjadi seorang pegawai bank dalam Kdrama The Interest of Love

 

c10eb232 8c96 44a5 91f9 215c108773a4
4. Sama juga dengan Yoon Cho Won (Ha Yoon Kyung) dalam See You in My 19th Life. Dia mengusahakan kedai bunga yang sangat besar

 

485a8462 647f 4e21 a3b0 424c587064fa
5. Sebelum kembali ke masa lalu, Han Yi Joo (Jung Yoo Min) hidup tanpa cita-cita kerana ibu dan adik tirinya dalam Kdrama Perfect Marriage Revenge

 

d20d8b7b c6ed 4bc1 82b6 9a251137e0f2
6. Seterusnya adalah Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) yang bekerja hanya untuk memenuhi keperluan hidup keluarganya dalam Kdrama siri My Dearest

 

 

e5d97c40 27d5 4054 84ff a442d9bbb469
7. Walau dilahirkan sebagai seorang bangsawan, Kyung Eun Ae (Lee Da In) lebih suka menjalani hidup dengan bahagia bersama pujaan hatinya dalam My Dearest

 

 

3e1b00a9 e367 448b ab74 1b5b75bcdc57
8. Tidak mementingkan harta dan kuasa, Moon Ju Ran (Kim Tae Hee) hidup dalam kebimbangan selepas kematian kakaknya dalam Lies Hidden in My Garden

 

 

1a822230 5cc0 4bd6 9c08 83b2ad119ef6

9. Sebenarnya dia adalah anak raja sebelum ini, Lee Yeon Ju (Bona) lebih memilih untuk hidup sebagai orang biasa di luar istana dalam drama Joseon Attorney

 

 

2b568bcc 1ec4 4ec0 816f f084492cbd9b10. Menjadi perempuan perampas, Choi Seung Hi (Myung Se Bin) yang asalnya sangat baik lebih memilih bekerja sebagai doktor, tanpa menuntut harta warisan keluarganya dalam Doctor Cha

Lahir dari keluarga kaya raya dan dipandang tinggi tidak membuatkan setiap watak wanita yang tersenarai di atas gilakan kuasa dan harta. Mereka lebih memilih untuk bekerja dan mencapai impian mereka dan mereka tidak tertarik untuk meneruskan perniagaan keluarga mereka. Mereka juga hidup sederhana tanpa bertuhankan harta.

Sudahkan anda tonton semua Kdrama atas?

Baca lagi: 10 Watak Polis Wanita yang Badass dalam Drama Korea, Lakonan Memukau
Baca juga: 10 Drama Korea Saeguk dengan Happy Ending, Cerita Menarik dan Menghiburkan