Home Entertainment 10 Artis Korea Di Jennie’s Calvin Klein Launch

10 Artis Korea Di Jennie’s Calvin Klein Launch

0

Pelancaran koleksi limited edition Jennie’s for Calvin Klein telah diadakan dengan gilang gemilang pada hari Rabu, 10 Mei 2023.

Barisan selebriti terkenal Korea Selatan turut hadir untuk memeriahkan acara Jennie’s Calvin Klein Pop-Up Store Event in Seoul, seperti Jungkook BTS, Shin Ye Eun dan lain-lain lagi.

Mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap jenama, koleksi Jennie Blackpink kali ini sangat laris dan dibeli hanya dalam beberapa saat sahaja selepas dilancarkan.

Jom sama-sama kita lihat penampilan beberapa orang idol dan juga artis Korea pada majlis pelancaran Jennie’s for Calvin Klein tersebut:

7659c5e5 e75d 4640 9a86 d4c630e363991. Sebagai duta kepada jenama ternama tersebut, Jennie BLACKPINK menjadi tumpuan utama sewaktu acara pelancaran itu berlangsung. Tampil sederhana, tetapi aura Jennie dalam busana pilihannya yang berwarna lilac itu ternyata sangat mahal dan mewah!

d4aeb8fd c9c4 4e93 8d4b bd00d3df99c72. Idol lain yang menjadi tumpuan adalah Jungkook BTS. Rezeki buatnya tahun ini, Jungkook juga dipilih sebagai duta antarabangsa untuk jenama Calvin Klein

f168b848 ba1a 4cfa a033 bb798b5888113. Kazuha LE SSERAFIM juga tidak kurang hebatnya, menawan dan mencuri perhatian. Si cantik ini tampil dengan persalinan yang tampak sederhana tapi tampak sungguh glamor

b85f5220 0b3a 4ae1 a38f f71784bc22fd4. Laman Instagram @ellekorea berkongsi petikan video beberapa orang artis yang hadir, tidak terkecuali penyanyi tersohor Korea iaitu Lee Hyori

d7ef79f7 6584 409e 8097 e59183dbcd675. Tampil muda dari usianya, segar dan menawan! Penampilan Hwang In Yeop di majlis pelancaran Jennie’s Calvin Klein nampak seperti remaja yang baru mendaftar ke kolej!

5614e629 06d0 4b0a baba 580e273c92f76. Sama-sama mengenakan pakaian berasaskan denim, mana satu lebih membuatkan anda tertarik? Hwang In Yeop atau Rowoon SF9?

d7b378aa 65aa 40a0 9780 39c48e43ccf67. Namanya sedang meledak-ledak selepas membawa watak sebagai Park Yeon Jin muda dalam The Glory (2022), Shin Ye Eun kekal menawan ketika menghadiri acara pelancaran tersebut

ef84804e 754a 4f68 9451 56703b08ac748. Para peminat Kdrama pasti setuju jika dikatakan The Glory (2022) berjaya membawa kesan besar untuk setiap karakternya, tidak terkecuali Kim Gun Woo yang membawa watak sebagai Son Myeong Oh

c33af4e0 8a22 4e0d bdc5 1475dae2c3d99. Pelakon ini sekarang sedang dihujani banyak tawaran drama, lihat penampilan berani Cha Joo Young. Memang orangnya sudah tersedia anggun dan menawan selalu!

5844a700 db3a 4abe 826c 7a6f234727c610. Selebriti yang terkenal kerana survival dan variety show juga turut hadir. Salah satunya adalah Kwon Twins yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama dengan Jennie

Konsep koleksi kolaborasi Jennie dan Calvin Klein memang nampak santai dan segar, apabila koleksi-koleksi ini digayakan oleh artis-artis terkenal korea yang tersenarai di atas, pakaian-pakaian ini kelihatan lebih ‘bernyawa’ dan pasti menjadi buruan peminat setia jenama mahal ini. Siapakah yang paling mencuri perhatian anda?

Baca Lagi: Pyo Ye Jin Dalam 13 Kdrama Yang Dibintanginya

Baca Juga: Ryu Kyung Soo – 9 KDrama Yang Dibintanginya