Sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tidak serta-merta membuatkan artis Korea dapat menjalin persahabatan dengan para artis lain yang bekerja dalam bidang yang sama seperti mereka.
Walaupun mereka saling memahami kerana bekerja dalam industri yang sama, tetapi sifat pemalu dan kesibukan seakan-akan menghalang para artis untuk menjalin persahabatan antara satu sama lain.
Beberapa orang artis Korea Selatan yang berikut ini membuktikan bahawa sukar untuk menjalin hubungan sesama mereka. Mereka ingin mempunyai banyak kawan sesama artis, tetapi rupa-rupanya perkara itu sukar untuk dilakukan.
Untuk mengetahui sebabnya, jom, sama-sama kita lihat bagaimana para artis Korea ini bergaul seperti berikut ini!
1. Taeyong NCT tidak mempunyai kawan sesama artis, jadi sukar baginya untuk mengajak orang lain sama-sama dance challenge lagu-lagunya. Dia juga pemalu kerana memang sukar baginya untuk menyapa orang lain terlebih dahulu
2. Johnny NCT merasakan perkara yang serupa dengan Taeyong. Dia merasa kebolehan bersosialnya adalah yang terburuk di antara semua rakan dalam kumpulannya
3. Taeyeon SNSD merasa seperti tidak mempunyai kawan rapat lain selain kawan-kawan dalam kumpulan SNSD dan Heechul Super Junior. Menurut Heechul, Taeyeon juga sering memikul beban dan perasaannya sendirian
4. Yoo Seung-ho tidak mempunyai kawan di kalangan artis. Dia hanya rapat dengan rakan-rakan sekolahnya yang masih hingga kini melepak dah keluar dengannya
5. Zion.T tidak mempunyai kawan sesama artis kerana tidak berani mendekati mereka terlebih dahulu. Satu-satunya penyanyi yang pernah bertukar nombor telefon dengannya adalah Tei
6. Kim Ha Neul sukar untuk bersosial selepas dibuli semasa sekolahnya dulu. Dia juga merasa seperti tidak mempunyai waktu lapang untuk memulakan perbualan dengan artis lain
7. Hayoung Apink tidak mempunyai kawan di kalangan artis selain rakan kumpulannya.
8. Walaupun menjalin hubungan baik dengan beberapa orang pelakon wanita pada masa lalu, Goo Hye Sun mengaku kini dia tidak mempunyai kawan dari golongan artis
9. Jimin bekas AOA dan Seolhyun AOA merasa seperti tidak mempunyai kawan sesama artis kerana sifat mereka yang terlalu pemalu
10. BoA mendakwa bahawa dia tidak mempunyai kawan sesama artis, walaupun dia dianggap mengenali ramai orang dalam industri hiburan
Artis Korea yang tersenarai di atas memang sudah bertahun-tahun menceburkan diri dalam industri hiburan. Sayangnya, mereka ternyata masih mempunyai kesukaran untuk menjalin persahabatan yang akrab dan baik dengan sesama artis.