Park Hyung Sik yang debut melalui kumpulan Kpop ZE:A pernah mendedahkan bahawa dia pernah tidak tidur selama 33 jam kerana jadualnya yang padat
Dan Lee Teuk Super Junior juga pernah berkongsi bahawa waktu tidur untuk para bintang Kpop adalah sewaktu mereka di make up.
Rutin kerja yang sangat padat dan sibuk membuatkan para bintang Kpop ini tidak mempunyai cukup waktu untuk tidur, sehingga ia mengganggu pola tidur mereka.
10 bintang Kpop ini mempunyai tabiat pelik sewaktu mereka tidur. Jom kita lihat dibawah!
1. Lee Joon bekas anggota MBLAQ
Bekas ahli kumpulan MBLAQ ini boleh tidur walau dimana dia berada. Anggota kumpulan yang lain mendedahkan bahawa Lee Joon boleh tidur dimana-mana sahaja, bahkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Menurut mereka, bintang ROUGH PLAY ini boleh tidur di atas lantai, pentas, almari, dan juga di dalam tab mandi.
2. Kang In bekas anggota Super Junior
Tabiat tidur Kang In ini merupakan yang paling seram bagi orang-orang di sekelilingnya. Kang In dikatakan akan mengigau tentang kekerasan dan keganasan. Bukan hanya itu, dia juga akan menjerit “kamu mahu mati?”, “Kamu! Berhenti di sana!” dan banyak lagi racauan yang aneh.
3. Changmin TVXQ
Sebenarnya Changmin tidak mempunyai tabiat aneh semasa tidur, tapi kerana jadual yang padat dan merasa tertekan, muncullah tabiat aneh Changmin sewaktu tidur. Sewaktu masih berlima, ahli kumpulan TVXQ lain menceritakan bagaimana mereka berbual dengan magnae mereka ini sewaktu dia sedang tidur. Pasti sahaja keesokan paginya dia tidak mengingati apa-apa tentang perbualan tersebut.
4. Yunho TVXQ
Sewaktu sedang tidur, mata dan mulutnya akan terbuka lebar. Bukan hanya di rumah, tetapi sewaktu tertidur di dalam kapal terbang juga Yunho akan tidur seperti itu.
5. Beast
Dua anggota Beast, iaitu Junhyung dan Yoseob memang mempunyai tabiat tidur yang unik. Kedua-duanya adalah penyanyi mungkin kerana itulah semasa tidur Junhyung selalu menyanyi rap. Begitu juga Yoseob yang kadang kala melakukan beat box sewaktu dia sedang tidur.
6. Taemin SHINee-Donghae SuJU
Persamaan antara Taemin dan Donghae adalah tabiat mereka semasa tidur. Dua penyanyi ini mempunyai tabiat untuk membuka semua pakaian mereka semasa tidur.
7. Victoria f(x)
Siapa sangka, penyanyi cantik ini mempunyai tabiat tidur yang sangat pelik. Mendiang Sulli membocorkan rahsia ketua kumpulannya tersebut dalam sebuah program. Menurut mendiang Sulli, sewaktu dia sedang bersiap untuk ke sekolah dan kebetulan melalui bilik Victoria, dia melihat Victoria tidur dengan kepala di bawah dan kaki di atas katil.
8. Bae Suzy bekas anggota Miss A
Bekas anggota Miss A yang feminim ini rupa-rupanya ada tabiat pelik sewaktu tidur. Dia akan meracau dan mengigau dalam tidurnya. Dia akan menjerit, tertawa, menghantar pesanan ringkas, dan paling pelik dia juga pernah makan semasa dia sedang tidur.
9. Minho SHINee
Minho SHINee mempunyai rekod tidur paling lama diantara bintang-bintang Kpop ini. Kerana terlalu penat selepas bermain bola dan melepak dengan kawan-kawannya, Minho tertidur selama 48 jam.
10. Taeyeon Girls Generation
Bukan hanya mengigau, berjalan dan tidur dengan mata terbuka. Ketua SNSD ini mempunyai tabiat tidur yang sangat aneh. Taeyeon boleh melakukan pelbagai posisi yoga sewaktu dia sedang tidur.
Kadang kala kepenatan melampau menyebabkan bintang-bintang Kpop ini tidur dengan cara yang aneh. Adakah anda juga mempunyai tabiat tidur yang pelik?