Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 10 Cadangan Drama Korea dengan Genre Misteri yang Menarik untuk Anda Tonton

10 Cadangan Drama Korea dengan Genre Misteri yang Menarik untuk Anda Tonton

0

Drama-drama Korea dengan genre misteri memang banyak dicari kerana jalan cerita yang ditampilkan biasanya luar biasa dan meninggalkan banyak teka teki hingga penonton setia menunggu ke episod akhir.

Berikut ini pelbagai pilihan drama Korea dengan genre misteri yang boleh anda tonton.

 

1. Tell Me What You Saw (2020)

Drama korea

Seorang profiler jenayah terkenal yang bernama Oh Hyun Jae mengasingkan diri selepas tunangnya dibunuh oleh seorang pembunuh bersiri kejam yang digelar Pembunuh Mint. Selepas lima tahun, seorang anggota polis handal ditugaskan untuk menyelesaikan kes pembunuh Mint bersama Oh Hyun Jae dan seorang detektif lain. Drama korea ini menarik kerana terdapat pelbagai petunjuk dan perkara misteri sepanjang mereka cuba menyelesaikan kes.

 

2. The Silent Sea (2021)

b3fc37c8 c2c4 4f01 a06d f5da5e536031

Drama korea genre misteri berikutnya adalah “The Silent Sea”. Mengusung tema angkasa lepas pada tahun 2075, terdapat masalah mengenai krisis air. Untuk mengatasinya, saintis dihantar untuk menyelidik sampel misteri di bulan. Kisah misteri yang disajikan adalah diluar kotak dan amat menarik.

 

3. Missing: The Other Side (2018)

84915bf2 69bb 4517 bbb9 7accebc5e0b3

Tayang pada tahun 2018, “Missing: The Other Side” berlatarkan sebuah kampung yang diwarnai banyak kejadian mistik di dalamnya. Menurut khabar angin yang tersebar, di kampung tersebut terdapat banyak mayat yang hilang. Misteri mengenai kampung tersebut berjaya menampilkan nuansa menegangkan selama drama ini ditayangkan.

 

4. Class of Lies (2019)

cd7b9f82 a69a 400f bbdb 738c35560fed

Cadangan drama korea genre misteri seterusnya adalah “Class of Lies”. Dalam drama ini terdapat kisah mengenai ancaman jenayah dan kejahatan yang terjadi di antara para pelajar. Seorang peguam yang bernama Gi Moo Hyeok menyamar menjadi guru untuk mengungkap kes jenayah tersebut. Semasa menonton drama ini, akan dapat dirasakan banyak sensasi ketegangan apabila setiap lapisan kebenaran terbuka.

 

5. Witch’s Court (2017)

175cff99 628a 466f 9e7f faf74a1b5bad

Witch’s Court merupakan drama Korea yang dibintangi oleh Jung Ryeo Won dan Yoon Hyun Min dengan diarahkan oleh Kim Young Kyoon. Drama ini mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang bernama Ma Yi Deum yang terkenal kerana mempunyai cara yang tidak konvensional untuk setiap kes. Dia menggunakan trik kotor seperti memanipulasi bukti dan bersumpah palsu. Oleh sebab itu, dia digelar sebagai ahli sihir selama dia menjadi pendawa raya.

 

6. The Killer’s Shopping List (2022)

e3679e33 6559 4e48 8f09 6afc91d59c93

“The Killer’s Shopping List” mengisahkan tentang kes pembunuhan yang melibatkan sebuah pasaraya milik ibu Ahn Dae Sung (Lee Kwang Soo). Ahn Dae Sung mempunyai kebolehan dalam mengingati banyak perkara.
Dengan ingatannya dia membantu pihak polis untuk mencari siapa pembunuh sebenar. Namun malangnya Ahn Dae Sung sendiri disyaki sebagai pembunuh kerana dia mengingati semua yang dilihat dan semua perkara yang terjadi dengan jelas.

 

7. Night Has Come (2023)

929b6f66 dc5e 4f8d 9ee4 a46fc0416ca3

“Night Has Come” merupakan salah sebuah drama yang mencuri perhatian kerana plot cerita yang sukar diteka. Drama misteri ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar sekolah yang menyertai lawatan sekolah. Namun di sana, mereka dipaksa untuk bermain permainan yang berakhir dengan kematian. Mereka perlu memecahkan misteri ini supaya terselamat.

 

8. Mother (2018)

74dd1581 fdb6 4cd8 ae4a 99324355ac51

Drama ini adalah remake drama Jepun, iaitu tentang seorang guru yang menyedari pelajarnya adalah mangsa keganasan rumah tangga. Guru tersebut mengambil kanak-kanak tersebut untuk dijaga. Namun guru itu pula dituduh sebagai penculik kanak-kanak. Drama ini dibintangi oleh Lee Bo-young.

 

9. Missing Noir M (2015)

256b0c64 17bd 44ad 944d 6d46e685d455

Kdrama ini adalah berdasarkan Gil Soo Hyun, seorang genius yang menyertai Universiti Harvard ketika dia baru berusia sepuluh tahun. Cerita ini lebih fokus pada cara dia akhirnya dapat bekerja untuk FBI dan ditugaskan untuk mengetuai salah satu kes misteri yang tidak dapat diselesaikan yang paling sukar.

 

10. The Midnight Studio (2024)

5d16309d 78e6 4fdf 9ea9 9d1e0790edb4

Seorang juru gambar bernama Seo Ki Joo (Joo Won) menjalankan sebuah studio foto kecil. Dia adalah pemilik studio foto ke-7, menariknya kedai tersebut hanya dikhaskan untuk hantu yang dibuka pada malam hari. Ki Joo akan mengambil gambar hantu yang masuk ke studio miliknya. Manakala Han Bom (Kwon Na Ra) merupakan seorang peguam yang bersemangat dengan pekerjaannya dan menolak ketidakadilan. Hingga suatu ketika dia bekerja sama dengan studio foto Ki Joo.

Drama-drama ini memang mempunyai jalan cerita yang unik dengan misteri-misteri yang sukar untuk diselesaikan. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Suka Bad Memory Eraser? Tonton 10 Drama Korea Ini
Baca juga: Filem Thriller Jenayah Revolver, Bukan Biasa-Biasa, Ini 3 Pelakon Bintang yang Muncul Sebagai Cameo