Home Entertainment 10 Cara Roy Kim Memenangi Hati Doctor Cha

10 Cara Roy Kim Memenangi Hati Doctor Cha

0

Bagaimana cara Roy Kim memenangi hati Doctor Cha? Pasti banyak kejadian-kejadian lucu kan? Jom kita lihat!

Roy Kim (Min Woo-hyuk) adalah sebuah watak lelaki idaman dalam drama siri Doctor Cha (2023). Mempunyai wajah yang tampan, tingkah laku yang sopan dan juga kerjaya yang cemerlang, lebih-lebih lagi watak ini belum mempunyai pasangan hidup hingga sekarang.

Hatinya memang tertarik dan terpesona dengan kebaikan Doctor Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa) yang merupakan isteri kepada Seo In Ho (Kim Byung Chul). Perkara ini membuatkan Roy Kim teragak-agak untuk mendekati Cha Jeong Sok.

Kadang-kadang dia rasa dia perlu mendekati wanita itu, tapi kadang-kadang dirasakan sukar kerana wanita yang disukainya adalah isteri orang. Dia juga turut terkesan apabila mengetahui bahawa rumah tangga Doctor Cha Jeong Suk sedang dalam masalah dan suaminya berlaku curang. Roy Kim nampak agak sukar untuk membendung keinginannya untuk melindungi Doctor Cha.

Apakah usaha dan cara yang sudah dilakukan oleh Roy Kim untuk mendekati Doctor Cha dalam kdrama siri ini? Jom sama-sama kita lihat seperti di bawah ini:

0c396d39 9b3b 41a5 926d 10207bdcefa91. Roy Kim menyokong Cha Jeong Suk untuk memulakan kariernya sebagai doktor pelatih

98e79201 8ba2 41cc 8192 0a1f7bbd89fd 12. Tidak lupa juga dia selalu prihatin tentang kesihatan bekas pesakitnya itu dengan selalu bertanya khabar, mengingatkan tentang ubat-ubatan dan juga memberikan konsultasi perubatan

a1ec0a47 707c 4eca 82fa 946f8ab45be33. Mengetahui Seo In Ho curang, Roy Kim berdepan dengan lelaki itu secara langsung dan memintanya untuk berhenti menyakiti Cha Jeong Suk

98e79201 8ba2 41cc 8192 0a1f7bbd89fd 24. Namun Roy Kim tidak pernah memberitahu Cha Jeong Suk tentang berita kecurangan suaminya, dia tidak mahu Cha Jeong Suk terluka, sebaliknya hati Roy Kim yang terluka setiap kali melihat senyuman Cha Jeong Suk yang diperbodohkan oleh suaminya sendiri

Doctor Cha

5. Roy Kim sangat bimbang dan secepatnya berlari  untuk mendapatkan Cha Jeong Suk apabila dia mengetahui Cha Jeong Suk sedang berusaha untuk menyelamatkan pesakit yang ingin bunuh diri di bumbung bangunan

Doctor Cha
6. Kejadian Cha Jeong Suk terjatuh dari bumbung bangunan telah membuatkan Roy Kim sukar untuk menyembunyikan perasaannya

bdf9dcea caa9 4dd9 8445 bc0e7d49651a7. Mengetahui bahawa Cha Jeong Suk sedang bersedih, Roy Kim mengajak Cha Jeong Suk untuk mengikuti kegiatan amal yang dianjurkan oleh pihak hospital agar wanita itu boleh bergembira

96cbc123 a3ed 4503 b28d c212079029db 18. Dia selalu membantu dan menghiburkan Cha Jeong Suk tanpa rasa kekok

5978baad f043 447b aeea fc8c2a283c04 19. Asrama Cha Jeong Suk mengalami kebakaran, Roy Kim dengan pantas menyelamatkannya

0db84209 2798 4ef6 87e6 6acd50abc6c010. Dia juga membuka rumahnya untuk dijadikan tempat tinggal sementara bagi doktor pelatih yang belum boleh kembali ke asrama demi Cha Jeong Suk

85b9d4a8 3a48 48c4 8dda cdafc3c023cc

Roy Kim sudah banyak memberikan petunjuk dan klu kepada Cha Jeong Suk berkenaan isi hatinya. Namun Cha Jeong Suk masih menolak Roy Kim kerana dia adalah seorang wanita yang masih bersuami.

Adakah Cha Jeong Suk akan bercerai dengan suaminya dan bersama dengan Roy Kim? Jawapannya ada dalam Kdrama Doctor Cha pada episod seterusnya nanti. Sama-sama kita tunggu siaran episod baru di Netflix!

Baca Lagi: 10 Kdrama 2023 Dengan Genre Aksi

Baca Juga: Doctor Cha Episod 11 & 12 Semakin Rancak