Home Anime 10 Cerita Kartun Zaman Dulu, Menggamit Kenangan

10 Cerita Kartun Zaman Dulu, Menggamit Kenangan

0

Anda bosan dengan filem-filem zaman sekarang yang ceritanya banyak buat anda pening kepala? Nampaknya anda perlu beralih ke cerita kartun (animasi) zaman dulu untuk menyegarkan fikiran sejenak.

Menonton cerita-cerita kartun zaman dulu pasti bakal membuatkan anda ingin mengulang semula masa-masa persekolahan.

Pada tahun 90-an sangat banyak kartun-kartun legenda yang hebat dan menarik untuk ditonton sekaligus dijadikan nostalgia.

Buat mengubati rindu, jom kita lihat senarai cerita kartun zaman dulu seperti di bawah ini!

Kartun

1. Masih ingat dengan cerita kartun musang yang gagal move on? Inuyasha memang sesuai buat anda yang suka genre romantik komedi dan aksi!

2. Astroboy menceritakan tentang robot kanak-kanak lelaki yang menumpaskan kejahatan dengan bantuan seorang profesor. Adegan aksinya diingati hingga kini!

3. Tiap hari minggu, pasti anda semua sudah siap sedia di depan TV untuk menonton Cardcaptor Sakura. Rindu bukan?

4. Masih ingat slogan “bola adalah sahabat”? Captain Tsubasa ini memang sesuai dinobatkan menjadi salah sebuah cerita kartun zaman dulu yang paling legenda

5. Detective Conan memang juara dalam membuat penonton pening memikirkan setiap teori jenayah. Untungnya, anda masih boleh menonton ceritanya di Netflix!

6. Siapa yang masih mengingati watak ikonik dalam cerita Chalkzone? Pengembaraan Rudy Tabootie ini dulu wajib ditonton bukan?

 

IMG 7502

7. Tidak lengkap rasanya jika tidak menyanyi bersama sewaktu lagu pembukaan untuk cerita Ninja Hattori. Hayo, anda masih menghafal lagunya? Dia berumur 11 tahun dan seorang ninja yang mahir walaupun usianya meninggalkan rumahnya di Iga untuk berlatih di Tokyo, di mana dia menetap di rumah Mitsuba.

https://youtu.be/tpt3Wk8eyX8

8. Tiga gadis kuat dalam cerita Powerpuff Girls ini bakal membuat anda lupa segala kepenatan apabila melihat pengembaraan mereka membasmi kejahatan

9. Duo penakut Scooby Doo dan Shaggy bakal membuatkan anda gelak hingga sakit perut. Jom tonton kisah pemburuan hantu mereka dalam cerita Scooby Doo!

10. Watak Pikachu yang comel ini bakal membuatkan anda ketagih untuk menghabiskan puluhan episod dari siri Pokemon

Demikian sahaja senarai cerita-cerita kartun zaman dulu yang menyeronokkan untuk ditonton. Pasti terkenang-kenang zaman persekolahan bukan?

Baca lagi: 10 Anime Terbaik Seperti “My Happy Marriage”
Baca juga: 10 Filem Anime, Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman