Home Cdrama 10 Drama Cina Penuh Intens Ini Angkat Kisah Tentang Psikopat

10 Drama Cina Penuh Intens Ini Angkat Kisah Tentang Psikopat

0

Dalam drama Cina, tema psikopat merupakan subgenre yang sangat popular. Menceritakan tentang karakter-karakter yang memiliki gangguan mental atau perilaku psikopat, drama-drama Cina ini sering kali memikat para penonton dengan jalan cerita yang sangat intens.

Bukan hanya tentang perilaku watak psikopat, tapi cerita yang penuh dengan konflik, misteri, dan emosi juga menyempurnakan drama-drama Cina ini. Jom kita lihat dibawah ini ya!

 

1. The Bad Kids

Drama cinaThe Bad Kids menceritakan tentang sekumpulan kanak-kanak yang hidup di kawasan perumahan yang terlibat dalam kes pembunuhan. Karakter utama mempunyai masalah gangguan jiwa, hingga menyimpan rahsia yang dapat mengungkapkan kebenaran pada kes pembunuhan tersebut.

 

2. Love Me if You Dare

09bbe8cf 2615 416f 8e96 e812ddf1c913Love Me if You Dare mengikuti kisah perjalanan seorang pakar psikologi forensik dan detektif yang bekerjasama untuk menangkap seorang pembunuh bersiri. Drama yang dibintangi oleh Bo Jin Yan dan Jian Yao ini ini menggambarkan sifat psikopat dari pembunuhnya.

 

3. When a Snail Falls in Love

4cbbecc5 290d 498e 926a 783450a95397Detektif Ji Bai perlu melatih seorang rekrut baru, seorang profiler jenayah Xu Xu. Walaupun tangkas dalam melaksanakan tugasnya, Xu Xu sangat lemah dalam soal bersosial dengan orang lain. Kekerapan pertemuan mereka membuatkan guru dan murid ini saling tertarik antara satu sama lain.

 

4. Evil Minds

7c2daee1 7b91 4c66 aa67 6d3372395f6dDalam Evil Minds, Fang Mu merupakan pakar psikologi jenayah terkenal. Semasa bekerja sama dengan anggota polis Tai Wei Lian untuk memecahkan serangkai kes pembunuhan, kes-kes itu membuatnya trauma. Dia terpaksa membuka luka lama yang sebenarnya cuba dilupakan.

 

5. The Love by Hypnotic

d16d40c5 3bf6 4dd5 8fed 99a5035189a9

Puteri Li Ming Yue dipersiapkan untuk berkahwin dengan Putera Zi Li Qian dari negara jiran. Ming Yue yang biasa hidup penuh kebebasan, tampak tidak serasi dengan Li Qian yang terbiasa hidup penuh disiplin. Mereka enggan berkahwin dan saling provok dengan harapan salah seorang dari mereka akan membatalkan pertunangan tersebut.

 

6. Dr. Cutie

2352a9e1 fe90 4ae1 a5c2 610b4d738902Shen Zhao Er adalah anak perempuan kepada doktor istana di Dr. Cutie. Dia turut dibesarkan oleh seorang anak pegawai raja yang bernama Ji Heng. Dalam insiden yang melibatkan seorang gundik, ayah Zhao Er, Doktor Shen dituduh sebagai pembunuhnya. Kebenaran terungkap ternyata pembunuhan tersebut telah dirancang sebelum ini.

 

7. Evil Nights

3878999f e0ec 434b bce4 716b27905147Evil Nights mengungkap tentang seorang pembunuh bersiri yang menggegarkan penduduk Shanghai kuno. Untuk menyiasat kes menggemparkan ini, detektif persendirian Chen Yi Ming, anak kepada pengarah polis Zhang Tian Xiao dan seorang wanita bernama Yao Fei membentuk pasukan khas. Kemudian Chen Yi Ming mendapati bahawa di sebalik serangkaian pembunuhan tersebut, terdapat konspirasi dan rahsia yang berkaitan dengan identiti sebenar pembunuh.

 

8. Murder Diary

fc2aa21e 434e 4b01 9645 4807c601d03bSkizofrenia yang dideritai oleh Yeung Pik Sum menyebabkan anaknya, Yip King Fung, menderita Dissociative Identity Disorder. Personaliti lain King Fung, bernama Chu Kei menjadi seorang pakar profiler jenayah. Masalahnya, ada banyak kes aneh yang membuatkan King Fung dituduh menjadi suspek pembunuhan hingga membuatkan adik perempuannya mengalami trauma.

 

9. You Are My Destiny

6b3de5b2 be52 4383 9418 949c6d7591edYou Are My Destiny mengisahkan tentang Xing Yun yang terlibat dalam kemalangan yang membuatnya tiba-tiba memiliki kebolehan untuk melihat masa depan daripada mimpi. Dia kemudian bertemu dengan lelaki bernama Zhong Tianqi. Mereka berdua menjalani kisah cinta yang penuh dengan kebingungan, ketegangan, dan kejutan demi mengejar kebahagiaan.

 

10. The Long Night

51e83008 6342 4201 9c3e 7f935be86431

Seorang pendakwa raya menghabiskan waktu 10 tahun untuk mengungkap kebenaran sebuah kes pembunuhan. Pada awalnya kes tampak mudah diselesaikan dengan adanya ratusan saksi yang melihat suspek cuba membuang mayat, serta keterangan bertulis dari suspek itu sendiri. Ternyata, pembunuhan tersebut hanya sebuah penipuan untuk menuntut keadilan yang lebih mengerikan lagi.

Drama Cina yang menceritakan tentang psikopat ini tentu sahaja sangat intens dan membuatkan anda sendiri merasa debarannya semasa menonton. Anda tertarik untuk menonton drama yang mana?

Baca lagi: Drama Cina The Double, Kisah Pembalasan Dendam Isteri Yang Dianiaya dan Dibunuh
Baca juga: 7 Kdrama Ini adalah Remake dari Drama Cina, Meletup dan Popular di Kalangan Peminat Kdrama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here