Home Cdrama 10 Drama Cina yang Sangat Underrated Tapi Sebenarnya Mempunyai Jalan Cerita Unik...

10 Drama Cina yang Sangat Underrated Tapi Sebenarnya Mempunyai Jalan Cerita Unik dan Menarik, Perlu Anda Tonton

0

Banyak C-drama (drama Cina) yang pernah viral, terdapat beberapa buah C-drama underrated yang perlu ditonton. Drama-drama tersebut bukan hanya dibintangi artis-artis popular, namun juga turut menyajikan cerita unik yang jarang diangkat sebelum ini.

Dari kisah romantik yang menghangatkan hingga kisah misteri yang mendebarkan, berikut ini adalah drama Cina underrated yang perlu dimasukkan ke dalam watchlist anda!

1. Simple Days (2024)

Drama cina

Drama Cina underrated pertama adalah Simple Days. Drama ini bermula semasa pasangan muda Gu Mo Li (Tong Yao) dan Zhu Jin Cao (Chen Xiao) pindah ke Shanghai. Mereka memutuskan untuk tinggal bersama orang tua mereka.

Tentu sahaja, keputusan itu menimbulkan masalah lain. Mereka tidak mendapat privasi dan selalu ada konflik antara pasangan tersebut dan ibu bapa mereka. Hingga akhirnya, mereka memutuskan untuk bercerai.

Selama proses itu, ibu bapa mereka menyedari bahawa sepatutnya mereka memberi ruang kepada anak-anak mereka untuk membina rumah tangga mereka sendiri.

 

2. The Legend of Heroes (2024)

eb8cc82d c2ef 4deb 9944 51b09567834c

Drama bergenre wuxia ini merupakan adaptasi novel popular berjudul The Condor Trilogy karya Jin Yong. Drama ini berpusat pada sekumpulan pahlawan yang hendak menghidupkan seni bela diri kembali. Usaha mereka bermula semasa Dinasti Song Selatan mengalami kehancuran akibat pengkhianatan.

Di tengah-tengah kekacauan itu, pendeta Qiu Chuji dan “Tujuh Orang Gila dari Jangnan” memutuskan untuk mencari keturunan keluarga Guo dan Yang untuk diajar seni bela diri. Pencarian mereka berakhir pada keturunan yang hendak membalas dendam atas pengkhianatan yang dilakukan kepada ayah mereka.

 

3. Love is Panacea (2024)

1a3f5ed4 48d2 4b29 9f65 b4e571c2af82

Drama ini berpusat pada Gu Yun Zheng, lelaki tampan dan seorang pakar bedah yang genius. Tanpa disangka, semasa menjadi sukarelawan di Afrika, dia bertemu dengan cinta pertamanya iaitu Su Wei An. Namun, dia baru mengetahui bahawa Su Wei An menderita penyakit serius yang disebut sebagai Hutington. Tentu sahaja, Yun Zheng berusaha menyembuhkan Wei An walau penyakit tersebut mustahil untuk disembuhkan.

 

4. My Special Girl (2024)

abd4cf3c da0b 4dc3 971c ba0c65600970

Drama ini fokus pada seorang CEO syarikat AI yang tampan bernama Gu Jiu Li (Leon Zhang). Selain bijak, dia juga sangat kuat bekerja. Ada seorang gadis cantik bernama Hao Jing (Irene Song) yang bercita-cita mahu menjadi penyanyi. Oleh sebab cita-citanya ditentang oleh ibu bapa, Hao Jing memutuskan untuk bekerja di syarikat milik Gu Jiu Li. Mereka bertemu secara tidak sengaja. Namun, keadaan Jiu Li yang tidak dapat mengenali wajah orang lain menjadi cabaran dalam hubungan mereka.

 

5. Link Click (2024)

b471fd49 145a 4806 ab6e b7bb32233eaf

Drama ini mengisahkan tentang dua orang pemuda bernama Cheng Xiaoshi (Jiang Long) dan Lu Guang (Bi Wenjun). Mereka berdua mendirikan studio gambar kecil. Uniknya, mereka memiliki kebolehan untuk masuk ke dalam gambar orang lain dan mengawal semua perkataan dan perbuatan orang-orang dalam gambar tersebut. Dengan kemampuan itulah, mereka membantu orang-orang untuk mengatasi penyesalan masa lalu mereka.

 

6. Nothing but You (2023)

9804574c 0e8a 4360 806c a514485b0832

Selanjutnya adalah drama Cina yang bertajuk Nothing but You dengan kisah romantik yang cukup indah. Kisah fokus pada Liang Young An (Zhou Yu Tong), atlet wanita berusia 30-an yang kerjayanya makin suram.

Ada lelaki yang bernama Song San Chuan (Leo Wu), yang merupakan atlet pelapis. Young An memutuskan untuk menjadi pengurus di sebuah kelab tenis dan di sanalah dia bertemu dengan San Chuan. Hubungan rapat mereka semakin lama menumbuhkan perasaan yang mendalam. Walau usia mereka 10 tahun, San Chuan ingin membuktikan nekadnya untuk bersama dengan Young An.

 

7. We Go Fast on Trust (2023)

aa6e37d9 51be 4b81 85ad 939a21fc1b9d

We Go Fast on Trust merupakan drama Cina dengan kisah cinta menarik yang dibumbui dengan perjuangan dalam meraih impian. Kisahnya berpusat pada Chen Mo Bai (Zhai Zi Liu), lelaki tampan yang merupakan seorang pelumba. Sayangnya, keluarga Mo Bai memandang rendah kerjayanya walau dia sangat gigih dalam kerjayanya. Suatu hari, dia bertemu dengan jututera cantik bernama Shen Xi (Alice Ko). Kegigihan Shen Xi terhadap kerjayanya membuatkan Mo Bai yakin dia boleh memenangi pertandingan Super Formula. Sayangnya, masalah keluarga Shen Xi membuatnya kecewa dan menghalang impian mereka.

 

8. The Furthest Distance (2023)

55cc7320 9323 4fdb 9960 3215ede9a5f5

Drama Cina dengan kisah menarik namun amat jarang dibicarakan oleh para peminat C-drama adalah The Furthest Distance. Drama ini mengikuti kisah seorang doktor tampan yang bernama Qin Yun Sheng yang hendak mengubah suai rumahnya. Suatu hari, dia bertemu dengan pereka dalaman yang cantik bernama Su Ying dalam sebuah reality show. Mereka tertarik pada perkara yang sama membuatkan Su Ying jatuh cinta dengan Yun Sheng. Sayangnya, Yun Sheng belum mahu membuka hatinya kerana dia masih mencintai bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia.

 

9. Make a Wish (2021)

16362b33 a70e 400a 90e9 a6aa207adc32

Make a Wish adalah drama Cina yang mengandungi kisah fantasi yang sangat manis juga menyentuh perasaan. Kisah berpusat pada Yu Chi Yan (Ren You Lun), pemuda penganut Buddhisme yang tidak memiliki apa-apa keinginan langsung. Suatu hari, dia menolong kucing yang hampir dilanggar dan kucing itu dibawa pulang ke rumah. Betapa terkejutnya apabila mengetahui kucing itu berubah menjadi wanita cantik. Sejak itulah, kehidupan Chi Yan menjadi lebih berwarna warni dan hubungan mereka menjadi semakin rapat.

 

10. Fantastic Doctors (2023)

27aea02e 9f0d 4e6f ad39 57d1b678ab6c

Kisah berpusat pada Cheng Hui (Zhang Wan Yi), pakar bedah genius yang memiliki Sindrom Asperger, penyakit yang membuatnya sukar untuk bersosial. Disebabkan penyakitnya itu, dia sering dipandang remeh oleh keluarga pesakit dan mereka mencurigai kemampuannya sebagai doktor. Dari situlah, Cheng Hui berusaha mengubah sikapnya dengan bantuan kawan-kawannya.

Walau drama-drama Cina ini tidak pernah trending, tidak bererti drama Cina di atas tidak bagus dari segi kualiti. Pastikan anda menonton ya, pasti puas hati!

Baca lagi: 5 Filem Korea Menarik yang Diangkat dari Novel Terkenal, Semua Keluaran 2024
Baca juga: 5 Drama Cina Thriller Jenayah Yang Intens, Penuh Plot Twist dan Rating Tinggi