Home Kdrama/Kmovie 10 Drama dah Filem Korea dengan Latar Jeriji Besi, Tampil Kisah Meruntun...

10 Drama dah Filem Korea dengan Latar Jeriji Besi, Tampil Kisah Meruntun Jiwa dan Mendebarkan

0

Biasanya filem yang berlatarkan jeriji besi atau penjara akan menyelitkan kisah pilu para penghuni jeriji besi. Kisah tragis dan sedih mereka mengisi setiap ruangan plot cerita.

Menariknya, kisah banduan dalam jeriji besi juga bukan sahaja diolah dengan kisah sedih dan meruntun hati, pihak produksi drama dan filem Korea Selatan berjaya juga menampilkan kisah komedi dan thriller yang menambah warna-warni dalam cerita-cerita di penjara.

Setiap drama dan filem Korea yang berlatarkan jeriji besi biasanya memiliki nuansa cerita yang jauh berbeza. Ada yang penuh dengan teori dan menegangkan, sementara cerita yang lain boleh membuatkan penonton menangis serta sangat menjentik emosi.

Berikut ini adalah sepuluh drama dan filem Korea yang berlatarkan jeriji besi yang menarik untuk anda tonton.

 

Filem korea1. Big Mouth (2022) membahaskan tentang seorang peguam yang terhumban ke jeriiji besi kerana diperangkap. Dia mengaku sebagai penjenayah terkenal “Big Mouse” untuk melindungi isterinya

 

 

 

e65f4d18 53bd 409e b6b0 f567227cb9fc2. Filem 2037 (2022) menceritakan tentang kisah tragis seorang gadis mangsa kekerasan seksual yang ditahan kerana membunuh penyerangnya yang jahat

 

 

 

cbe49604 9edd 4d62 93b4 7b6c581dcf353. Bergenre komedi gelap, Prison Playbook (2017) mengisahkan tentang hidup seharian para tahanan dan banduan yang sangat mencuit hati dan juga penuh emosi

 

 

 

327e56f9 55d8 4451 b2f5 24b366d760754. Miracle in Cell No. 7 (2013) membuatkan air mata sesiapa sahaja mengalir laju. Mengisahkan tentang seorang lelaki kurang upaya yang terpisah dari anak perempuannya selepas dia mangsa kerana dituduh sebagai penjenayah dan dihumban ke penjara

 

 

 

7214ec2d 7a99 41e4 8e07 2991536e000d5. Filem Harmony (2010) berlatarkan penjara wanita dengan kisah para banduan yang akhirnya membentuk kumpulan koir bersama

 

 

 

3a03f141 1409 4775 87c5 12eca4a7f86c6. Dibintangi oleh Kang Ha Neul, Insider (2022) mengisahkan tentang pelatih undang-undang yang masuk ke jeriji besi untuk menyiasat sebuah kes

 

 

 

0eb0bf10 dfc3 4a9c 8c00 b1c5c65e86e57. Cerita filem The Prison (2017) fokus pada bekas detektif yang menjadi banduan untuk menyiasat kematian saudaranya dengan menemui ‘raja penjenayah’

 

 

 

947c659d d1db 4d36 a11d 92ae0f5a7b6a8. One Ordinary Day (2021) yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun mengisahkan tentang seorang pelajar biasa yang diperangkap menjadi suspek pembunuhan

 

 

 

7c968d2c fbe0 4420 9d47 19842079fab0 19. Drama Doctor Prisoner (2019) menceritakan tentang seorang doktor yang dipecat dari hospital dan kini bekerja di penjara untuk membalas dendam

 

 

 

918d714a f31f 43af a798 6163bf7f727410. A Violent Prosecutor (2016) mengisahkan tentang pendakwa raya yang diperangkap hingga dipenjarakan. Bekerja sama dengan seorang penipu, dia mula merancang balas dendam

Memilih latar cerita di jeriji besi dengan nuansa menegangkan hingga meruntun perasaan, dan dibintangi oleh artis-artis terkenal membuatkan drama-drama di atas memiliki tarikan tersendiri untuk ditonton.

Baca lagi: 8 Filem Korea yang Mengungguli Carta Box Office 2024 Setiap Hari Semasa Ditayangkan Di Pawagam
Baca Juga: Filem Korea Joseon Chefs, Kisah Benar Lagenda Gastronomi Korea