Terkenal dengan filem-filem seram yang mencengkam, Jepun juga menghasilkan banyak drama Jepun yang bertemakan psikopat dan thriller yang pasti mencetuskan adrenalin anda m semasa menonton.
Berikut dibawah ini adalah pilihan beberapa buah drama Jepun tentang psikopat yang perlu anda tonton. Jika anda menyukai genre thriller, drama-drama di bawah ini pasti sesuai dengan selera anda.
1. Burn the House Down (2023)
Siri Burn the House Down menceritakan tentang kisah tentang seorang wanita bernama Anzu Murata (Mei Nagano) yang bekerja sebagai pembantu rumah untuk keluarga Mitarai. Keluarga Mitarai merupakan keluarga kaya raya yang memiliki segala-galanya. Hingga suatu hari, rumah mereka mengalami kebakaran besar yang memusnahkan semuanya.
Selepas 13 tahun berlalu, Anzu Murata bekerja menjadi seorang pembantu rumah untuk keluarga Mitarai tersebut. Namun, pekerjaannya itu bukan pekerjaan biasa kerana dia mempunyai tujuan untuk membalas dendam kepada keluarga Mitarai atas kejadian kebakaran 13 tahun lalu.
Bagaimanakah kisah balas dendam Anzu Murata kepada keluarga Mitarai?
2. Alice In Borderland (2023)
Kisah bermula dari kehidupan tiga sekawan yang mengalami masa sukar. Arisu, Chota, dan Karube merupakan sahabat sejak zaman sekolah hingga mereka bekerja. Hingga suatu insiden membuatkan mereka tiba-tiba berada di Tokyo yang belum pernah dilihat.
Tanpa disedari, mereka ternyata masuk ke sebuah permainan yang menjadikan nyawa sebagai taruhan. Walaupun telah dihasilkan musim dua untuk siri ini, masih banyak misteri yang masih belum terjawab dalam drama ini.
Siapakah sebenarnya game master untuk setiap game yang wujud dalam Borderland?
3. Liar Game (2007)
Dorama Liar Game mengisahkan tentang seorang pelajar yang jujur yang bernama Kanzaki Nao yang menerima wang sebanyak seratus juta yen. Bukan hanya itu, dia juga menerima sekeping kad yang menyebutkan bahawa Kanzaki telah dipilih untuk menyertai ‘Liar Game’.
Tujuan permainan itu adalah untuk memperdaya pemain lain dan pemenangnya akan mendapat seratus juta yen. Namun, yang kalah akan dianggap berhutang. Pada keesokan harinya, Kanzaki mendapat khabar bahawa dia akan melawan bekas gurunya sendiri, Fujisawa Kazuo.
Kanzaki menghadapinya dan mencari bantuan, tetapi dia tertipu dan perlu menyerahkan wangnya. Akhirnya dia diberitahu tentang Akiyama Shinichi yang merupakan penipu terulung.
4. Gannibal (2022)
Drama Jepun Gannibal mengisahkan tentang seorang pegawai polis bernama Daigo Agawa (Yuya Yagira) yang ditugaskan ke desa pegunungan terpencil bernama Kuge. Dia berpindah ke sana bersama isterinya, Yuki (Riho Yoshioka) dan anak mereka, Mashiro (Kokone Shimizu). Penduduk kampung di Kuge menyambut Daigo Agawa dan keluarganya.
Suatu hari, tubuh Gin Goto (Mitsuko Baisho) ditemui di pegunungan oleh anggota keluarganya, termasuk Keisuke Goto (Show Kasamatsu). Mereka berkeras bahawa dia dibunuh oleh beruang, tetapi setelah memeriksa mayatnya, Daigo Agawa merasa ragu dengan kemungkinan itu.
Daigo Agawa merasa tidak selesa dengan keluarga Goto dan semasa menyelidiki kes kematian Gin Goto, dia menyedari bahawa penduduk kampung, termasuk keluarga Goto, telah menyembunyikan sesuatu darinya.
5. Your Turn To Kill (2019)
Your Turn To Kill memgisahkan tentang pasangan pengantin baru iaitu Nana (Tomoyo Harada) dan Shota (Kei Tanaka). Nana bekerja sebagai pereka dan Shota bekerja sebagai juru latih di sebuah gim. Pasangan pengantin baru itu kemudian pindah ke sebuah apartemen.
Suatu masa, mereka diundang ke sebuah pertemuan para penghuni apartment yang diadakan pada malam hari. Sesampainya di sana, Nana tiba-tiba dihampiri oleh Tokoshima Hiroshi (Takenaka Naoto) yang melontarkan pertanyaan adakah Nana ingin membunuhnya?
Tokoshima Hiroshi mengusulkan kepada para penghuni untuk melakukan permainan menuliskan nama orang yang ingin mereka bunuh. Sesampainya di kediamannya, Nana tidak memberitahu Shota tentang permainan itu. Namun keesokan harinya, penghuni apartment tersebut benar-benar dibunuh seorang demi seorang.
6. Shinai naru Boku e Satsui wo Komete (2022)
Drama Jepun psikopat ini menceritakan tentang kisah Urashima Eiji yang merupakan seorang pelajar biasa namun menyembunyikan rahsia yang gelap. Dia merupakan anak seorang pembunuh bersiri terkenal. Suatu hari, dia menyedari bahawa dia menderita gangguan split personality dan bimbang jika identitinya yang lain mungkin telah melakukan pembunuhan.
Ketika sebuah pembunuhan mencerminkan gaya ayahnya, Eiji bersama dengan kawan mangsa, iaitu Nami bersama-sama cuba mengungkap kebenaran dan mencegah tragedi lain. Berbagai-bagai persoalan menghantui Eiji. Adakah dia akan menjadi seperti ayahnya?
7. 3 Nen A Gumi : Ima Kara Mina-san wa, Hitojichi Desu (2019)
Dorama 3 Nen A Gumi: Ima Kara Mina-san wa, Hitojichi Desu atau yang dalam Bahasa Inggeris bertajuk Mr. Hiiragi’s Homeroom ini mengisahkan tentang Ibuki Hiiragi (Masaki Suda) yang bekerja sebagai guru seni dan guru kelas 3A. Dia mula mengajar di sekolah menengah dua tahun lalu.
Sepuluh hari sebelum hari anugerah, Ibuki Hiiragi berdiri di depan 29 muridnya dan memberitahu mereka bahawa mulai saat ini mereka adalah tawanan. Tidak lama selepas kenyataan tersebut, sebuah letupan terdengar di sekolah dan membuatkan semua warga sekolah panik. Sayangnya, kelas 3A tidak boleh melarikan diri kerana koridor kelas yang tertutup oleh runtuhan dari letupan tersebut.
Sebenarnya, apakah motif dari tindakan Ibuki Hiiragi? Dan adakah murid-murid kelas 3A akan terselamat?
8. And Then, There Were None (2017)
Soshite, Daremo Inakunatta atau And Then, There Were None ini menceritakan tentang 10 orang lelaki dan wanita yang dipanggil ke Natural Island Hotel di pulau terpencil Heitaijima pemilik, iaitu Nanao Shin.
Mereka menyantap makan malam yang telah disiapkan sambil dipenuhi dengan berbaur rasa ingin tahu dan perasaan cemas tentang apakah yang akan terjadi dan mengapa mereka diundang ke pulau ini. Kemudian, tiba-tiba sahaja mereka mula mendengar suara misteri yang mengungkap kejahatan masa lalu mereka.
Semasa mereka memikirkan kejadian masa lalu, salah seorang tetamu undangan dibunuh di depan mata mereka. Nampaknya, perkara itu menjadi permulaan bagi pembunuhan tetamu-tetamu lain.
Beberapa hari selepas para tamu undangan datang ke Heitaijima, polis menuju ke pulau tersebut kerana sebuah laporan pembunuhan. Mereka menemui 10 mayat terbunuh di “ruangan terkunci” yang besar ini.
Siapakah pembunuhnya dan mengapakah 10 orang ini perlu dikumpulkan dan dibunuh?
9. Unnatural (2018)
Drama Jepun bertajuk Unnatural ini menyoroti kisah seorang pakar patologi di sebuah makmal yang bernama Mikoto Misumi (Satomi Ishihara). Mikoto Misumi selalu berusaha untuk mengungkap kebenaran di sebalik kematian yang aneh.
Bersama doktor pakar autopsi Kai Nakado (Arata Iura), pasukan dokumentasi Rokuro Kube (Masakata Kubota), penganalisa klinikal Yuko Shoji (Mikaki Ichigawa), dan pengarah, Yusao Kamikura (Yukata Matsushige), mereka menyiasat kes seorang pemuda yang meninggal dunia akibat penyakit jantung.
Bersama rakan-rakannya di makmal, Mikoto Misumi menyiasat kes yang aneh tersebut dan berusaha mengungkap kematian-kematian lain.
Adakah penyiasatan Makoto dan rakan-rakannya berjaya mengungkapkan kes-kes kematian tersebut?
10. Re: Mind (2017)
Drama Jepun Re: Mind menceritakan tentang 11 orang kawan sekelas yang terbangun di sebuah ruang makan misteri. Mereka terperangkap dan terus mempersoalkan sebab musabab mereka berada di sana dengan situasi yang sangat menakutkan.
Dengan penuh rasa cemas, 11 orang pelajar perempuan itu perlu berusaha mencari cara untuk melarikan diri. Berbagai-bagai misteri bakal terungkap dalam 13 episod.
Jadi, siapakah orang yang mengunci mereka di ruang makan misteri? Adakah sebelas orang pelajar itu berjaya menyelamatkan diri?
Demikian sahaja cadangan 10 drama Jepun tentang psikopat dengan beberapa drama yang dibalut dengan genre gore dan pastinya penuh dengan plot twist yang tidak dijangka. Jangan lupa untuk menonton ya!