Home Drama/Filem Jepun 10 Drama Jepun Popular ini Pasti Buat Anda Tidak Kering Gusi, Penuh...

10 Drama Jepun Popular ini Pasti Buat Anda Tidak Kering Gusi, Penuh Lawak Komedi

0

Menonton drama komedi merupakan salah satu cara berkesan untuk menghilangkan penat. Tayangan yang lucu boleh menjadi hiburan terbaik bagi anda yang sedang merasa lelah dan ingin berehat menghilangkan tekanan.

Jika anda memerlukan tontonan yang boleh membuatkan anda santai, cuba tonton drama-drama Jepun yang penuh dengan komedi menghiburkan.

Menariknya, kebanyakan drama Jepun juga mempunyai plot yang sukar dijangka dan mengejutkan serta tidak masuk akal, tetapi itulah daya tarikan utama drama-drama ini.

Berikut dibawah ini adalah cadangan beberapa buah drama Jepun yang penuh dengan lawak jenaka dan pasti akan membuatkan anda tidak kering gusi ketawa!

 

Drama jepun
1. Berlatarkan sekolah, Honou no Tenkousei Reborn (2017) yang boleh tonton di Netflix ini adalah tentang tujuh orang pelajar yang memiliki rahsia yang sama. Cerita yang tegang, tetapi pada masa yang sama tetap berjaya membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak!

 

 

 

3758ddeb 8c1a 41ca acd3 e198c9a9d5b4
2. Bosan menjadi pelajar yang biasa-biasa sahaja, dua orang pelajar dalam From Today, It’s My Turn!! (2018) mengubah kelakuan dan menjadi pelajar nakal. Ada pelbagai babak lucu yang menghiburkan!

 

 

 

39133a12 2fa4 4a49 99b1 5e582b6c7aad
3. Drama Jepun yang penuh lawak komedi yang menarik ini menggandingkan dua watak detektif yang sangat berbeza personaliti dan cara kerja mereka. Saksikan drama Keiji Yugami (2017)

 

 

 

12d3fb50 c967 4390 9b53 b1c41023fa8f
4. Apakah yang akan terjadinya pada pewaris klan yakuza yang merupakan guru kelas bagi para pelajar nakal yang sangat susah untuk diatur? Pasti anda tidak menyesal menonton drama Gokusen (2002)

 

 

 

1a6e46da 5a52 4e76 af2f 00545d24ec08
5. Jalan cerita yang sangat unik, Koi no Yamai to Yarougumi (2019) adalah tentang 8 orang lelaki dengan latar belakang berbeza yang takut dan gugup apabila bercakap dengan kaum wanita!

 

 

 

d86f3da3 9d53 4c7d bcf0 2d7ce0fb35c7
6. Bitter Blood (2014) adalah drama Jepun yang penuh dengan lawak jenaka. Seorang detektif bertemu dengan bapanya yang juga merupakan seorang detektif

 

 

 

3ce33bf3 b951 4aa0 bd0d 0ebebba829ac
7. Yamada Taro Monogatari (2007) mempunyai cerita yang lucu, tetapi dalam masa yang saka juga sangat menyentuh perasaan. Mengisahkan tentang seorang pelajar lelaki yang miskin dan mempunyai ramai adik

 

 

 

38352676 0bef 4444 8483 8030758986d3
8. Drama Jepun dengan kisah komedi yang memcuit hati ini juga sangat menarik untuk ditonton. Nobunaga Concerto (2014) adalah tentang pelajar sekolah menengah yang terlempar ke zaman Sengoku

 

 

 

7e9ce2f6 2c45 431f b0ed a6c24d6d3937
9. Tsuiraku JK to Haijin Kyoshi (2023) fokus pada hubungan palsu antara pelajar perempuan yang putus cinta dan seorang guru yang dianggap tidak berguna

 

 

 

341ee4eb fc2e 4ce8 8c92 af4757ab2260
10. Di titik terendah dalam hidupnya, seorang jejaka dalam High Position (2020) kembali ke tahun 1986 semasa dia masih berumur 16 tahun

Cuba rehatkan tubuh badan dan fikiran dengan menonton 10 drama Jepun yang penuh komedi yang sangat melucukan di atas. Cerita yang menarik dan tentunya membuatkan anda ketawa tidak kering gusi!

Baca lagi: Umi no Hajimari Drama Jepun Baru yang Dijangka Bakal Meruntun Hati Para Penonton dengan Kisah Air Mata
Baca juga: 13 Drama Jepun Unik Tentang Penjelajahan Masa, Jalan Cerita Menarik dan Popular dalam Pelbagai Genre

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here