Home Kdrama/Kmovie 10 Drama Korea dengan Komedi Gelap, Penuh Gelak Tawa dan Kritikan Sosial

10 Drama Korea dengan Komedi Gelap, Penuh Gelak Tawa dan Kritikan Sosial

0

Menonton drama Korea yang membawa genre romantik atau komedi sahaja mungkin sudah biasa. Kalau sedang bosan dengan drama Korea yang sudah biasa dihidangkan, anda perlu cuba menonton drama bergenre komedi gelap (dark comedy).

Genre komedi gelap merupakan sebuah genre komedi yang mengangkat perkara-perkara yang taboo atau serius dengan sentuhan lawak jenaka. Walau belum banyak drama yang mengangkat tema ini, tetapi beberapa drama bergenre komedi gelap sangat digemari dan mempunyai peminat tersendiri.

Drama-drama Korea ini bukan hanya menampilkan kisah lucu, tetapi juga menyelitkan komedi gelap yang membuatkan para penonton turut berfikir.

 

Drama
1. Prison Playbook: Drama ini mengisahkan tentang seorang pemain besbol profesional yang terpaksa meringkuk dalam penjara kerana menewaskan lelaki yang cuba memperkosa adiknya

 

 

 

Drama korea
2. Vincenzo: Drama Korea ini mengisahkan tentang watak Vincenzo Cassano yang bekerja sebagai peguam mafia. Dia bertemu dengan pelbagai orang dari pelbagai latar belakang dan menumpaskan ketidakadilan

 

 

 

 

13fb7ab8 1126 462c a552 a3dc8fe95b7a
3. Be Melodramatic: Menceritakan tentang kehidupan persahabatan tiga orang sahabat di usia 30 tahun yang penuh dengan liku-liku dan cabaran, mereka menghadapi situasi di luar jangkaan dan cuba menghadapinya

 

 

 

 

58cfecba be88 4f50 ba78 62685675796b
4. Sky Castle: Dengan sentuhan misteri, drama ini menceritakan tentang kehidupan keluarga golongan atasan yang berusaha mempertahankan kejayaan keluarga mereka

 

 

 

 

62d9edf3 9d86 41c3 84d3 23328233a5d0
5. Lawless Lawyer: Drama undang-undang ini mengisahkan tentang dua orang peguam yang bekerja sama di sebuah firma guaman untuk membalas dendam terhadap masa lalu mereka

 

 

 

 

233cd9b5 7fcf 4720 ba18 c0ff49a378da
6. The Fiery Priest: jalan cerita drama ini menceritakan tentang seorang pastor yang kuat marah yang mencari kebenaran di sebalik kematian aneh pastor lain

 

 

 

 

f42c15b2 7c72 4320 8769 50fd3d9dd6a2
7. Psychopath Diary: Drama Korea yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang dituduh sebagai pembunuh bersiri kerana dia memiliki buku catatan harian seorang pembunuh bersiri yang ditemuinya selepas kemalangan

 

 

 

 

f42c623b 9c42 4d28 a067 ea775a4831c3
8. Good Manager: Menceritakan tentang seorang ketua jabatan perakaunan yang berjuang untuk menyelamatkan syarikat yang hampir muflis

 

 

 

 

34afefa2 2019 4039 bed4 daaf61f7039e
9. Pegasus Market: Mengisahkan tentang konflik antara majikan dan pekerja yang bekerja di Pegasus Market

 

 

 

 

a11a1316 d716 4705 b919 a6b19f7e2b4710. Chip In: Drama ini mengisahkan tentang seorang pelukis terkenal yang sakit terkenal. Namun, keluarganya tidak mempedulikan keadaannya tetapi tamak merebut harta kekayaannya

Demikian sahaja sepuluh drama Korea dengan genre komedi gelap yang perlu anda tonton. Walau jalan ceritanya tidak begitu berbeza dengan drama Korea lain, tetapi drama di atas menyelitkan kritikan dan sindiran terhadap situasi yang mereka hadapi. Bukan hanya konflik yang terjadi di dalam drama sahaja, komedi-komedi gelap yang mereka lontarkan juga boleh dikaitkan dengan keadaan yang dihadapi dalam dunia nyata. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 5 Drama Korea Tayang Jun 2024 Nanti! The Player 2: Master of Swindlers Paling Ditunggu
Baca juga: 11 Drama Korea Ini Tonjol Watak Kaki Lantak, Buat Terliur