Home Kdrama/Kmovie 10 Drama Korea Jenayah Thriller Tentang Jenayah Dunia Dadah yang Penuh Misteri

10 Drama Korea Jenayah Thriller Tentang Jenayah Dunia Dadah yang Penuh Misteri

0

Semasa tayangan di minggu kedua bulan Jun, drama Korea Connection yang dibintangi Ji Sung dan Jeon Mi Do berjaya meraih rating tinggi.

Drama Korea terbaru ini bergenre thriller jenayah dan menceritakan tentang detektif hebat dari unit dadah dari sebuah balai polis.

Anda menyukai drama Korea yang seperti Connection dengan plot penyiasatan yang menarik dan membuatkan anda pening memikirkan penjenayah utama?

Berikut dibawah ini adalah beberapa buah cadangan drama Korea yang cerita dan vibe hampir sama. Drama-drama jenayah thriller ini juga meraih rating yang tinggi kerana jalan cerita yang ditampilkan sangat menarik.

 

1. Big Mouth (2022) adalah drama Korea tentang peguam yang tanpa sengaja terperangkap dalam kes pembunuhan. Anda perlu berteka-teki tentang pembunuh sebenar!

 

 

 

 

2. Demi balas dendam, seorang gadis dalam My Name (2021) menjadi anggota mafia paling kuat dan menyamar menjadi detektif di unit pencegahan dadah

 

 

 

 

3. Walau bukan cerita utama, tapi kes dadah di kalangan pelajar antarabangsa dalam Vigilante (2023) menjadi daya tarikan. Bagaimanakah pengakhiran ceritanya?

 

 

 

 

4. Narco-Saints (2022) fokus seputar penangkapan ketua pengedar dadah di Suriname
IMG 0457

 

 

 

 

5. Dong Ha menemui wang yang ternyata milik jaringan sindiket pengedaran dadah. Dia terlibat dalam kes itu dan menjadi buruan dalam A Model Family (2022)

Drama korea

 

 

 

 

6. Bad and Crazy mengisahkan seorang anggota gpolis korup yang hidupnya berubah selepas dia bertemu dengan seorang misteri bernama K. Bukan sahaja menegakkan keadilan, mereka berdua kemudiannya ditugaskan untuk menangkap kumpulan penjenayah dan mafia dadah.

 

 

 

7.Dibintangi Ji Chang-wook, Wi Ha-joon mengisahkan seorang detektif sanggup menyamar ke dalam organisasi mafia dadah untuk melakukan penyiasatan dalam drama siri Korea The Worst of Evil

 

 

 

8. Jalan cerita drama Korea Hope or Dope (2022) pasti membuatkan anda tercengang. Seorang remaja menemui ladang penuh ganja di sebuah kampung. Lalu, bagaimanakah nasibnya?

 

 

 

9. Strong Girl Nam Soon (2023) bukan hanya tentang keluarga yang mempunyai kekuatan luar biasa, tapi juga tentang usaha menangkap sindiket dadah yang sangat berkuasa

 

 

 

10.Drama siri Shadow Detective musim ke 2 yang ditayangkan pada bulan Julai 2023 mengungkap lebih banyak konspirasi kejahatan, terutamanya mengenai kes dadah

Drama korea

Demikian sahaja 10 drama Korea jenayah thriller yang menceritakan tentang jenayah pengedaran dadah, salah sebuah drama hits pada bulan Jun 2024 ini adalah Connection. Cerita yang membuatkan para penonton tertanya-tanya tentang siapakah penjahat utama yang merupakan misteri yang besar. Tertarik untuk menonton?

Baca lagi: Baru Ditayangkan, “Connection” Drama Baru Angkat Genre Jenayah Thriller dan Penyiasatan
Baca juga: 10 Drama Jepun Genre Thriller Psikopat, Penuh Plot Twist

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here