Tidak sukar untuk mencari drama Korea saeguk dengan rating tinggi, tapi banyak kali juga penonton merasa kecewa apabila ending yang disajikan sangat sedih. Walaupun sad ending lebih membekas di hati, tetapi cerita happy ending lebih disukai kerana para penonton turut sama merasa bahagia dan puas hati.
Buat anda yang sedang mencari-cari drama Korea saeguk dengan happy ending, berikut ini adalah senarai Kdrama yang boleh anda tonton!
1. Drama Korea saeguk yang sangat lucu dan juga membawa genre romantik ini dibintangi oleh Shin Hye Sun. Kdrama ini bertajuk Mr. Queen. Penuh komedi!
2. Perjalanan cinta yang aneh disertai dengan nuansa mistik, tetapi Moon Embraces the Sun berakhir indah dan romantik
3. 100 Days My Prince adalah drama Korea saeguk yang menyajikan pengakhiran bahagia yang wajib juga ditonton. Gabungan antara D.O dan Nam Ji Hyun memang terbaik!
4. The Forbidden Marriage merupakan drama saeguk lucu dengan cerita yang ringan. Sangat sesuai ditonton untuk menghilangkan penat dan lelah
5. Drama saeguk menarik dengan plot cerita yang terbaik, Sungkyunkwan Scandal dibintangi oleh pelakon-pelakon popular. Song Joong Ki adalah salah seorang pelakon yang membintangi drama ini!
6. Drama Korea saeguk yang turut menampilkan happy ending ini bertajuk Lovers of the Red Sky. Mengisahkan tentang satu-satunya pelukis wanita di era Joseon
7. The King’s Affection merupakan salah satu bukti kehebatan lakonan Park Eun Bin. Pelakon ini membawa watak seorang gadis yang berpura-pura menjadi raja
8. Saksikan lakonan memukau Jang Don Yoon yang menyamar menjadi gadis dalam The Tale of Nokdu. Aksi lakonannya benar-benar menarik!
9. Jewel in the Palace adalah drama Korea saeguj dengan happy ending yang pasti membuatkan para penonton terharu. Tambahan pula drama ini diangkat dari kisah benar
10. My Sassy Girl mengusung formula drama yang klise tapi sangat menghiburkan, kisah tentang perasaan benci bertukar menjadi cinta
Berbeza dengan kebanyakan drama saeguk yang biasanya berakhir sebagai tragedi, senarai drama di atas menampilkan ending yang sangat membahagiakan. Drama-drama tersebut sangat sesuai ditonton di akhir minggu untuk menenangkan minda. Cerita-cerita yang ringan dan lucu pasti membuatkan anda terhibur.