Dunia hiburan Korea Selatan telah lama memikat penonton global dengan pelbagai genre drama mereka yang unik dan menghiburkan.
Salah satu genre yang mendapat perhatian adalah drama Korea tentang undang-undang. Melalui jalan cerita yang menegangkan dan karakter-karakter yang unik, drama Korea dengan genre undang-undang mengangkat kisah-kisah keadilan, pertarungan di kamar mahkamah, dan kisah-kisah pengadilan yang penuh dengan emosi.
Dari kes-kes yang mendebarkan hingga konflik etika dalam pengadilan, drama Korea genre undang-undang menawarkan pandangan unik tentang sistem undang-undang Korea Selatan.
Anda bakal hanyut dalam suasana persidangan mahkamah yang penuh teka-teki dan penampilan saksi-saksi yang tidak terduga, sambil merasakan getaran emosi setiap karakter ketika berjuang untuk mengungkap kebenaran. Gambaran yang mendalam tentang kerja seharian pendakwa raya, peguam, dan penegak undang-undang menambah dimensi kemanusiaan dalam drama Korea dengan genre ini.
Berikut ini adalah cadangan drama Korea tentang undang-undang yang menarik yang boleh anda tonton.
1. Innocent Defendant (2017)
Innocent Defendant menceritakan tentang seorang bekas pendakwa raya yang bernama Park Jung-woo, yang tiba-tiba dituduh melakukan pembunuhan dan dihumban ke dalam penjara.
Di dalam penjara, Jung-woo perlu berjuang untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan merungkai kebenaran di sebalik konspirasi. Dia dibantu oleh seorang peguam yang bernama Seo Eun-hye dan juga banduan lainnya yang percaya bahawa dia tidak bersalah.
2. One Ordinary Day (2021)
Diadaptasi dari siri British iaitu Criminal Justice, Kim Soo Hyun membawa watak sebagai Hyun Soo, yang dibantu oleh peguam kelas rendah Shin Joong Han (Cha Seung Won) supaya dia boleh bebas. Namun dia perlu menghadapi sistem keadiln dan undang-undang yang kejam.
3. While You Were Sleeping (2017)
While You Were Sleeping merupakan drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2017. Drama ini dibintangi oleh Lee Jong Suk, Bae Suzy, Lee Sang Yeob, Jung Hae In, dan Ko Sung Hee. Drama ini menceritakan tentang seorang pendakwa raya baru yang bernama Jung Jae Chan. Dia bekerja sama dengan seorang wartawan yang bernama Nam Hong Joo untuk mengungkap berbagai-bagai kes penipuan dan pembunuhan.
4. I Hear Your Voice (2013)
Drama Korea I Hear Your Voice menceritakan tentang Jang Hye Sung, seorang peguam yang berani yang bertemu dengan Park Soo Ha yang boleh membaca fikiran orang lain dan Cha Gwan Woo yang merupakan seorang peguam yang idealistik. Hubungan masa lalu mereka membuka rahsia-rahsia silam yang mengejutkan, sementara mereka bersama-sama mencari keadilan dalam mahkamah dengan kes-kes yang sukar dan rumit.
5. Hyena (2020)
Drama Korea Hyena mengisahkan tentang persaingan sengit di kalangan para peguam yang hanya memberi perkhidmatan kepada golongan elit yang kaya raya dalam masyarakat. Menceritakan tentang Peguam Jung Geum Ja yang melangkaui batasan antara undang-undang dan keadilan, serta Yoon Hee Jae yang bijak dalam menggunakan undang-undang demi kepentingan golongan elit. Mereka berdua, walau memiliki sifat kompleks dan kelihatan seperti tidak sebulu telah mengembangkan hubungan romantik yang menjadi pendorong utama jalan cerita ini.
6. Diary of a Prosecutor (2019)
Drama Korea ini dibintangi oleh Lee Su Kyun dan Jung Ryeo Won, drama ini mengisahkan tentang dua orang peguam yang mempunyai sifat yang sangat berbeza , salah seorang dari mereka kelihatan kurang bercita-cita tinggi dan yang seorang lagi bersifat sebaliknya. Mereka bekerja di sebuah firma yang sama.
7. Military Prosecutor Doberman (2022)
Military Prosecutor Doberman adalah drama Korea yang dibintangi oleh Ahn Bo Hyun dan Jo Bo Ah sebagai pelakon utama. Disiarkan di TvN bermula pada 1 Mac 2022, Military Prosecutor Doberman mengisahkan tentang Do Bae Man (Ahn Bo Hyun) yang menjadi pendakwa raya tentera untuk meraih kejayaan dan kekayaan. Baginya, pekerjaan hanyalah sebuah cara untuk menemui kejayaan. Dia mendapat panggilan ‘Doberman’ kerana memiliki prinsip tidak pernah melepaskan sesuatu dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menang.
8. Confession (2019)
Drama Korea Confession fokus pada Choi Do Hyun, seorang peguam yang menyiasat kes ayahnya yang dituduh membunuh. Drama Korea ini menggabungkan dinamika antara sistem undang-undang dan kuasa politik dengan perjuangan peribadi setiap karakter. Dengan pengembangan cerita yang tidak terduga dan pelaksanaan yang unik, drama ini menarik perhatian dengan eksplorasi hubungan antara karakter dan fokus pada proses pengadilan undang-undang.
9. Pride and Prejudice (2014)
Drama Korea Pride and Prejudice menceritakan tentang sekumpulan pendakwa raya yang penuh bersemangat bersatu untuk membawa para penjenayah yang makan rasuah ke muka pengadilan. Kisah ini mengikuti para pendakwa raya yang menggunakan undang-undang dan prinsip-prinsip untuk melawan jenayah dan melindungi mangsa yang tidak berdaya. Drama Korea ini menyoroti tema rasuah, harga diri, perbezaan antara baik dan jahat, serta persoalan etika tentang tindakan jenayah demi mencapai kejayaan.
10. May It Please The Court (2022)
“May It Please The Court” ialah drama Korea bergenre undang-undang dan misteri. Drama yang mengandungi 12 episod ini dibintangi oleh Lee Kyu Hyung dan Jung Ryeo Won. “May It Please the Court” merupakan adaptasi daripada novel karya Jung Hye Jin berjudul Byeonloneul Shijakhageseubmida.
“May It Please The Court” mengisahkan tentang kehidupan seorang peguam bernama No Chak Hee. Dia bekerja di salah sebuah firma guaman besar, Jangsan yang dimiliki oleh keluarga angkatnya.
Sepanjang kerjayanya sebagai peguam, No Chak Hee (Jung Ryeo Won) cukup berani dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi kes yang dikendalikannya walaupun anak guamnya adalah seorang penjahat atau korup. Disebabkan itu, dia dikenali sebagai peguam yang handal di Jangsan.
No Chak Hee hampir dinaikkan pangkat ke jawatan rakan kongsi. Bagaimanapun, satu insiden tidak dijangka berlaku dan dia akhirnya mendapat masalah daripada salah satu kes yang dikendalikannya. Akibatnya, lesen No Chak Hee hampir ditarik balik.
No Chak Hee diberi peluang kedua tetapi dia haruslah pergi ke sebuah bandar kecil untuk bekerja sebagai peguam bela awam. Namun, dari sudut lubuk hatinya dia sangat berharap untuk kembali ke jawatannya di firma guaman Jangsan.
Semasa bekerja sebagai pembela awam, No Chak Hee berkongsi pejabat dengan pembela awam yang lain. Dia ialah Jwa Si Baek (Lee Kyoo Hyung). Jwa Si Baek ialah graduan baharu terbaik dari Institut Penyelidikan dan Latihan Kehakiman. Dia menerima tawaran untuk menjadi hakim, pendakwa dan peguam di beberapa firma guaman. Bagaimanapun, dia tidak berminat dan lebih suka mengabdikan dirinya untuk menjadi pembela awam.
Jwa Si Baek sangat bercita-cita tinggi dan penuh dedikasi dalam hal kerjanya. Sebaliknya, dia sangat berahsia tentang kehidupan peribadinya. Walaupun berada di pejabat yang sama, hubungan No Chak Hee dan Jwa Si Baek agak tegang. Mereka sering bergaduh dan berselisih pendapat.
Sehinggalah pada suatu hari, mereka berdua berdepan dengan kes pembunuhan bersiri misteri. Mereka harus berdepan dengan konspirasi yang boleh mengancam kes yang sedang mereka tangani.
Setiap episod drama ini adalah berdasarkan kes daripada novel dengan tajuk yang sama. Apabila cerita berjalan, drama ini akan mengajak kita mengikuti kes pembunuhan bersiri misteri. Permainan emosi yang ditunjukkan oleh watak Noh Chak Hee, seorang peguam yang biasanya berjaya, apabila dia akhirnya menyelesaikan kes yang rumit akan menjadi satu perkara yang menarik.
Demikian beberapa cadangan drama Korea dengan genre undang-undang yang boleh mengisi waktu terluang anda. Jangan lupa untuk menonton ya!
Baca lagi: 7 Filem Misteri Menarik Tentang Misteri Pembunuhan, Sajikan Plot Twist Luar Biasa
Baca juga: 6 Drama Korea Genre Jenayah Thriller yang Sarat Plot Twist, Mencengkam Jiwa