Drama Korea selalu mendapat banyak perhatian dari para peminat setia. Tentu sahaja para peminat menaruh harapan tinggi supaya watak-watak yang mereka sukai mendapat pengakhiran yang bahagia.
Namun, penulis skrip kerap memberikan berbagai-bagai plot twist menyakitkan contohnya seperti kematian watak-watak penting yang memberi kesan kepada jalan cerita. Akibatnya, ramai penonton yang merasa sedih dan kecewa.
Sepuluh drama Korea dibawah ini membuatkan penonton kecewa dan patah hati kerana watak-watak kesukaan mereka dimatikan, memang sedih dan meruntun hati.
1. Di episod 3, watak utama, Bong Do Jin (Son Ho Jun), meninggal dunia semasa bertugas memadamkan kebakaran dalam The First Responders 2 (2023)
2. Sewaktu baru menemui pujaan hati, Goo Seung Jun (Kim Jung Hyun) meninggal dunia ketika melindungi kekasihnya itu dalam Crash Landing On You (2019)
3. Hidupnya penuh penderitaan, Go Mi Ho (Im Yoon Ah) terkena sisa toksik beracun hingga menghidap kanser dan akhirnya meninggal dunia dalam Big Mouth (2022)
4. Kematian Shin Joon Young (Kim Woo Bin) semasa ending drama Uncontrollably Fond (2016) akibat penyakit berbahaya juga membuatkan para penonton kecewa
5. Sejak awal sudah disebut-sebut bakal menampilkan sad ending, Kim Myung Hee (Go Min Si) meninggal dunia demi melindungi adik kesayangannya dalam Youth of May (2021)
6. Kematian Sung Deok Im (Lee Se Young) juga membuatkan ramai penonton sedih dan kecewa. Perjuangan cintanya dalam The Red Sleeve (2021) bukannya mudah!
7. Semasa ending drama Korea Sweet Home (2020), Lee Eun Hyuk (Lee Do Hyun) berkorban untuk ramai orang. Penonton turut kecewa dengan kematiannya
8. Sama juga dengan Lee Choon Ho (Shin Hyun Soo) dalam Duty After School (2023). Sayangnya, dia benar-benar mati kerana wataknya tidak muncul dalam Part 2
9. Walau pada awalnya wataknya menyakitkan hati, kematian Lee Rang (Kim Bum) membuatkan penonton kecewa kerana pengorbanannya dalam Tale of the Nine Tailed (2020)
10. Kisah cintanya membuatkan ramai turut sama bahagia, ramai penonton kecewa dengan kematian Im Soo Ho (Jung Hae In) di ending drama Snowdrop (2021)
Watak-watak yang dimatikan dalam drama Korea di atas berjaya memenangi hati para penonton. Oleh sebab itu, kematian mereka membuatkan ramai penonton sedih dan kecewa. Tambahan pula banyak dari mereka yang meninggal dunia demi menyelamatkan orang lain.