Home Kdrama/Kmovie 10 Drama Korea Yang Mengisahkan Tentang Kematian Dan Kesedihan

10 Drama Korea Yang Mengisahkan Tentang Kematian Dan Kesedihan

0

Banyak drama Korea yang dihasilkan membawa isu tentang kematian dan juga kesedihan. Kisah-kisah pilu yang dimuatkan dalam drama Korea ini menyebabkan para penonton banjir dengan air mata.

Berikut dibawah ini adalah 10 pilihan drama Korea yang berjaya membawa penonton berendam air mata dengan kisah kematian dan kesedihan yang ditonjolkan.

Drama korea

1. Move to Heaven – Drama Korea ini mengisahkan tentang dua orang lelaki yang bertugas membersihkan harta benda dan tempat orang yang meninggal dunia. Drama ini mempamerkan cara mereka berurusan dengan kematian dan kesedihan. Drama ini adalah drama pendek dan menarik dengan hanya 10 episod. Drama ini pasti akan membuat anda menangis!

 

936a2621 4d6d 443b b55b 3fefcaa86a85

2. Goblin – Fokus utama drama ini ialah kematian, hukuman, ganjaran dan juga dunia dewa. Dengan salah satu watak utama sebagai seorang pencabut nyawa, drama ini mempunyai banyak cerita sampingan yang mempamerkan aspek kematian. Keserasian para pelakon sangat mengagumkan, sinematografi, runut bunyi adalah nilai tambah untuk anda menonton drama ini.

 

3c277f82 495a 4b94 93a8 68ce501dca2a

3. Just Between Lovers – Drama Korea ini kebanyakannya adalah tentang kisah duka. Empat watak utama dihubungkan oleh insiden bencana keruntuhan pusat beli-belah yang menyebabkan mereka semua kehilangan orang-orang yang disayangi. Drama ini mempunyai salah satu plot tentang kisah cinta yang terbaik, keserasian antara pelakon adalah salah satu tarikan utama. Lee Jun-Ho menjadi sorotan kerana dia menggambarkan wataknya dengan sangat berkesan.

 

1a4fd56f e105 444d 8635 9a144345f601

4. Chocolate – Walaupun drama Korea ini adalah kisah perhubungan cinta, sebahagian besar daripada drama ini juga berlaku di sebuah hoslpice, jadi terdapat banyak kisah kematian dan kehilangan yang memilukan.

 

51fdfa8e 7478 47c4 b820 8f13e8e13365

5. Hi Bye, Mama – Yu Ri, seorang wanita yang telah mati selama empat tahun tiba-tiba hidup semula. Suaminya, Cho Gang Hwa, telah pun berkahwin semula demi anak perempuan mereka tetapi dia sangat tertekan selepas pemergian isterinya. Yu Ri diberi masa 49 hari untuk kembali ke kehidupannya seperti sedia kala dan jika berjaya, dia boleh terus hidup. Terperangkap dalam suasana penuh misteri ini ialah Oh Min Jung iaitu isteri baru Gang Hwa dan ibu tiri kepada anak perempuan mereka. Kisah ini membincangkan idea kematian dan kehilangan dengan cara yang cukup unik tetapi sangat menyayat hati.

 

e0473d05 374b 4a98 bc6b 3f5002495a84

6. If You Wish Upon Me – Drama Korea ini berlatarkan sebuah hospice dan kisahnya berputar tentang kematian dan kesedihan. Menceritakan beberapa kisah indah tentang pelbagai watak. Ji Chang Wook berjaya membawa watak seorang lelaki yang berhati lembut walau nampak kasar dari luaran.

 

7ae37eb0 aeb4 442d 96a2 9128f743a474

7. Should We Kiss First? – Dimusnahkan oleh trauma, seorang wanita mengalami pengalaman pahit dalam hidupnya. Jirannya pula sedang mengalami kekecewaannya sendiri. Nampaknya mustahil untuk dua orang yang sedang rapuh, marah dan kecewa ini boleh bersatu. Tetapi masing-masing mempunyai tarikan tersendiri dan mereka mempunyai cara untuk saling bergantung dan menyembuhkan luka di hati masing-masing.

 

25100516 f6d6 49dc 83e0 0e3ab76157ab

8. Mother – sebuah melodrama yang indah, tenang, dan juga memilukan ini membawa tema keibuan, kisah perbezaan ibu kandung dan ibu angkat. Drama ini meneroka (dan memberi inspirasi) jenis-jenis kesedihan yang mendalam yang timbul berkaitan dengan kehilangan seorang ibu. Drama juga menggambarkan penderaan kanak-kanak yang dahsyat.

 

fa386618 73be 43f9 894e 359d78c034f1

9. Missing: The Other Side 1 & 2 – Sebuah kampung yang menempatkan roh orang mati yang mana jasad mereka belum ditemui. Kampung ini hanya dapat dilihat oleh dua orang lelaki yang bekerjasama untuk mencari mayat yang hilang supaya roh-roh ini boleh “bergerak” ke alam seterusnya. Drama ini menampilkan kisah kematian, kehilangan dan kesedihan dengan sangat cantik dan berjaya meruntun hati para penonton.

 

b42516de 8d4d 43b0 81e5 a46ce4fa5884

10. Choco Milk Shake – Webdrama pendek ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang kehilangan kedua-dua bintang peliharaannya iaitu Choco seekor anjing, dan kucing, Milk. Dia mengalami kesunyian yang melampau dan patah hati. Untuk membantunya mengatasi pemergian mereka, Choco dan Milk kembali kepadanya sebagai manusia tetapi masih mempunyai sikap dan kenangan sebagai haiwan peliharaannya. Mereka membantunya mengatasi kesedihannya dan menangani kesepiannya.

Baca lagi: 15 Kdrama dengan Twist Penjelajahan Masa yang Perlu Anda Tonton
Baca juga: Suka Drama Korea Tentang Profiler Jenayah? Tonton 7 Drama ini, Penuh Tipu Daya dan Misteri