Home Kdrama/Kmovie 10 Drama Melayu Tentang Jodoh dan Pertemuan, Mengundang Air Mata

10 Drama Melayu Tentang Jodoh dan Pertemuan, Mengundang Air Mata

0

Malaysia juga menghasilkan banyak drama Melayu yang popular.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal Malaysia, salah satu drama Melayu yang menarik adalah yang mengangkat tema tentang jodoh, pertemuan dan juga percintaan.

Cerita yang dekat dengan kehidupan seharian membuatkan drama-drama Melayu ini seolah-olah berhubung-kait dengan penontonnya. Berikut ini adalah senarai drama-drama Melayu tersebut!

 

1. Melur untuk Firdaus

95f41333 aafa 485a b76b 2a10273546c9Drama Melur untuk Firdaus merupakan salah satu drama Melayu yang mempunyai ramai peminat. Menceritakan tentang Melur, gadis cantik yang dijodohkan dengan Firdaus.
Sayangnya, Melur yang sudah hanya bertepuk sebelah tangan kerana Firdaus sudah mempunyai teman wanita bernama Dee.

 

2. Asalkan Dia Bahagia

637ca102 64da 424e bb96 6612f11e072aDalam Asalkan Dia Bahagia, Adira mengetahui bahwa dia adalah anak angkat kepada Zarina dan Bakhtiar. Dia memiliki hubungan yang rapat dengan abang angkatnya, Ikmal Reza. Kemudian Zarina menjodohkan Adira dengan Haris Aryan. Jodoh ini membuatkan Ikmal akhirnya mengungkapkan perasaannya kepada Adira.

 

3. Uda dan Dara

f9759b86 49c9 4823 b6c0 6678baaab895Drama Melayu Uda dan Dara mengikuti perjalanan cinta Siti Mariam dan Izzat Hilma. Sayangnya, hubungan mereka tidak direstui oleh ibu bapa Izzat. Ibu Izzat ingin anaknya berkahwin dengan Khalidah yang membuatkan hubungan Izzat dan Siti semakin memburuk.

 

4. Suami Tanpa Cinta

685c3a9b b848 4743 b715 652f24c4d4b1Suami Tanpa Cinta menceritakan kisah menyentuh perasaan antara Ahnaf dan Hani. Mereka terpaksa bertunang kerana dijodohkan hingga membuatkan hubungan mereka sering menemui pertengkaran.
Ketika Hani mula yakin dan mencintai Ahnaf, tiba-tiba muncul Ariana yang membuatkan Ahnaf berpaling.

 

5. Rindu Awak 200%

7c516807 34c4 4cac bd1b a1706c4aa6e6

Selain menceritakan tentang jodoh yang diaturkan, drama Melayu Rindu Awak 200% ini juga mengisahkan tentang hubungan ibu dan anak, iaitu Armel dan ibunya yang selama ini sering bersikap dingin.
Hubungan kedua-duanya makin renggang selepas Armel dipaksa untuk berkahwin dengan salah seorang kawan lamanya.

 

6. Bisik Bisik Gelora

e8e88080 eefe 46a0 b940 7557c1158c11Diadaptasi dari novel bertajuk sama, drama Bisik Bisik Gelora menceritakan tentang seorang gadis desa bernama Banin Arumi yang jatuh cinta kepada Jad Izzuddin.
Ketika kedua-duanya merancang untuk berkahwin, ibu bapa Banin meninggal dunia. Jad yang memiliki banyak rahsia, dituduh sebagai penyebab nasib sial tersebut.

 

7. Bila Hati Memilih Dia

d794d975 6563 4690 8af3 a0069d000fdaDalam drama Bila Hati Memilih Dia, Adra dipaksa berkahwin dengan lelaki bernama Farhan selepas baru sahaja tamat belajar. Namun, dia menolak aturan jodoh tersebut.
Sewaktu dia bekerja sebagai pengasuh anak kepada seorang duda, Adra jatuh cinta dengan lelaki bernama Nazril tersebut.

 

8. Bukan Kahwin Paksa

3eceb363 3b52 4ee3 b905 ab33f8d62cbfBukan Kahwin Paksa menceritakan tentang Dara yang memiliki trauma masa lalu tentang percintaan. Dia berniat untuk membujang seumur hidupnya. Suatu hari, dia menghantar email yang salah kepada Izz Rizqin. Dari situ, hubungan dekat kedua-duanya terus berlanjutan. Ibu bapa Dara tengah mencari seorang jejaka untuk dijodohkan dengan anak mereka.

 

9. 7 Hari Mencintaiku

b98b21d9 e4b1 4d5a b9c6 a1924edeb19fMengisahkan tentang wanita bernama Mia Adriana, seorang peguam sombong yang akan berkahwin dengan Khalil. Pada hari perkahwinan, Khalil ternyata hanya menggunakan Mia dan keluarga sehingga membuatkan keluarganya muflis. Sewaktu Khalil tidak hadir pada hari perkahwinan, ayah Mia menjodohkan anaknya dengan seorang lelaki bernama Khuzairi.

 

10. Dia Semanis Honey

Drama melayu

Dia Semanis Honey mempunyai premis cerita aturan jodoh yang unik di mana, Zaidan dan Ain saling menjodohkan diri mereka. Perkara ini kerana kedua-duanya yang berkahwin tanpa cinta memang memiliki kesepakatan jika salah seorang dari mereka menjatuhkan talak terlebih dahulu, dia harus menyerahkan syarikat yang mereka miliki.

Demikian sahaja drama Melayu tentang jodoh dan pertemuan. Drama manakah yang paling menarik perhatian anda?

Baca lagi: 5 Rancangan Hiburan Korea Terbaru di Viu November ini, Unik & Confirm Buat Korang Terhibur!
Baca juga: 10 Kdrama dengan Penonton Paling Ramai 2023, Berdasarkan Data Nielsen