Home Entertainment 10 Fakta Kampung Jangjin-ri, Asal-Usul Roh Jahat Dalam “Revenat”, Wujud Sejak 600...

10 Fakta Kampung Jangjin-ri, Asal-Usul Roh Jahat Dalam “Revenat”, Wujud Sejak 600 Tahun Lalu

0

Siapa sangka Kampung Jangjin-ri yang digambarkan dengan daerah yang kelihatan menyeramkan bagi penonton dalam Kdrama Revenant telah wujud sejak 600 tahun lalu.

Kampung Jangjin-ri ini dijadikan tempat untuk melakukan ritual bagi orang-orang yang ingin cepat mencapai kejayaan. Siapa sangka, bermula dari daerah ini, Yeom Hae Sang (Oh Jung Se) dan Gu San Yeong (Kim Tae Ri) terlibat dengan roh jahat.

Tentu sahaja ramai penonton setia Kdrama ini ingin tahu fakta tentang Kampung Jangjin-ri di dunia nyata bukan? Adakah benar kampung ini seseram seperti yang digambarkan dalam Kdrama Revenant? Jom sama-sama kita semak faktanya seperti di bawah ini:

1. Begini lah pemandangan terbentang seluas mata memandang Kampung Jangjin-ri dalam Revenant. Faktanya, nama daerah ini adalah Naganeupseong Folk Village

Jangjin-ri
2. Kampung Rakyat Naganeupseong ialah sebuah kampung bersejarah Korea yang terletak di Nagan-myeon, Suncheon, Jeolla Selatan, Korea Selatan. Pekan berdinding yang terpelihara dengan baik ini berfungsi sebagai teras pentadbiran untuk daerah semasa Dinasti Joseon dan ia ditetapkan sebagai tapak bersejarah N0. 302.
kampung berbentuk benteng ini mempunyai keluasan 223.070 meter persegi

Desa Janjin-ri
3. Panjang benteng 1.410 meter ini ternyata dahulunya adalah untuk mempertahankan wilayah dari serangan lanun laut dari Jepun pada masa Joseon Awal

38e2fddf ea52 46bf be24 cd3b8dbe4028
4. Benteng tersebut dibangunkan oleh Jeneral Kim Bin Gil (1397) pada masa pemerintahan Raja Taejo. Temboknya dibangunkan dengan menggunakan pasir

33ada9d1 3978 4126 a045 b8cb06d3ce11
5. Namun, kawasan tersebut akhirnya diubah menjadi batu agar lebih kuat oleh Jeneral Im Gyeong Eop pada tahun 1626, masa pemerintahan Raja Injo

c9079f38 93bb 4642 976f 573c4bea5ea1
6. Bekas kota pemerintahan ini memiliki bangunan yang terpelihara dengan baik. Bahkan rumah beratap jerami juga masih utuh dari zaman Joseon awal

2d3bdb12 9c1e 4f5a a435 8ab286eb867c
7. Dengan kiraan lebih kurang 100 rumah adat dan pejabat pemerintahan, kampung ini bertahan dari masa ke masa sehinggalah zaman moden sekarang ini

0e3887ee 9021 4032 8cc8 df8989a1b9e2
8. Tahun 1983, Naganeupseong ditetapkan sebagai Warisan Nasional. Tahun 2011, desa ini masuk ke dalam Laman Warisan Dunia UNESCO

fbdb5ac1 e0fb 4a87 a2e9 1aacd295f764
9. UNESCO menilai wilayah ini telah mempertahankan keadaan aslinya selama 600 tahun, termasuk sumber daya alam, seperti pokok-pokoknya

ae86f007 1ff6 41eb bb18 146df7118ea3
10. Kampung ini juga tidak lupa untuk menganjurkan festival budaya. Banyak penduduk yang bekerja sebagai petani menjalankan gaya hidup tradisional dan kesenian daerah

62603a08 91bb 4723 83c9 5edc8286cc90

Adakah anda tertarik untuk mengunjungi Kampung Jangjin-ri atau dikenali sebagai Naganeupseong Folk Village ini? Jalan yang berlekok-lekok ditambah dengan suasana rumah jerami, tentu sahaja pengunjung terasa seperti dibawa ke masa lalu. Kampung Jangjin-ri ini turut dijadikan lokasi penggambaran drama siri Love in the Moonlight (2016).

Baca juga: Bagaimanakah Nasib Detektif Seo Dalam Revenant Episod 9? Adakah Dia Selamat?
Baca lagi: Filem Thriller “Target”, Dibintangi Shin Hye Sun dan Kang Tae Oh Tayang 30 Ogos Ini