10 fakta menarik Moon Sang Min, pelajar berani dalam “Duty After School”. Wataknya dalam Duty After School curi perhatian!
Pelakon lelaki yang sedang meningkat naik iaitu Moon Sang Min kini sedang menjadi perbincangan dan topik hangat para netizen kerana lakonannya yang sangat berkesan dalam drama siri Duty After School.
Moon Sang Min membawa watak sebagai Wang Tae Man iaitu seorang pelajar yang ceria daripada kelas 3-2. Dia mempersiapkan diri untuk mengikuti ujian kemasukan ke kolej. Namun, tiba-tiba dia dan rakan-rakannya dikerah dan diwajibkan oleh pihak kerajaan untuk mengikuti latihan wajib ketenteraan setelah selesai sesi persekolahan untuk melawan dan bertarung dengan makhluk asing.
Baca Lagi: 10 Sebab Kdrama “Duty After School” Wajib Ditonton
Wang Tae Man dan rakan-rakannya berjuang melawan makhluk asing demi mendapatkan mata tambahan untuk ujian akhir. Dalam drama siri ini, dia menjadi seorang pelajar yang sangat berani.
Pasti ramai yang masih tertanya-tanya tentang pelakon muda yang sedang meningkat naik ini bukan? Jom sama-sama kita lihat 10 fakta menarik mengenai pelakon ini:
1. Moon Sang Min adalah pelakon lelaki muda yang lahir di Cheongju pada 14 April 2000.
2. Dia mempunyai tubuh yang sangat tinggi seperti model iaitu 190 cm.
3. Dahulunya dia bersekolah di Hanlim Multi Art School yang merupakan salah sebuah sekolah ternama di Korea Selatan.
4. Seterusnya dia melanjutkan pelajaran di Universiti Sungkyunkwan dan mengambil jurusan seni lakon.
5. Sewaktu dalam pengajian universiti, dia tergolong sebagai seorang pelajar yang aktif. Dia menjadi S-ANGEL iaitu salah sebuah duta pengembangan Universiti Sungkyunkwan.
6. Dia sekarang berada di bawah naungan agensi Awesome Entertainment sebagai pelakon dan juga model.
7. Debut lakonannya dimulakan pada tahun 2019 melalui sebuah web drama yang bertajuk “4 Reasons Why I Hate Christmas”.
8. Namanya mula dikenali ramai sewaktu dia membintangi drama siri Netflix yang bertajuk My Name pada tahun 2021.
9. Seterusnya dia makin terkenal sewaktu membintangi drama siri popular yang bertajuk Under the Queen’s Umbrella (2022) sebagai seorang putera raja.
10. Kerjaya model Moon Sang Min juga sangat cemerlang, dia pernah menjadi model iklan Samsung Grande Mia, Samsung QLED 8K, dan juga jenama terkenal UNIQLO.
Walaupun pelakon muda ini masih baru dalam dunia seni, Moon Sang Min sudah berjaya membintangi beberapa drama siri yang sangat popular dan juga terpilih untuk menjadi model iklan bagi jenama-jenama besar. Semoga kariernya semakin cemerlang!
Baca Juga: Rindu Kang Tae Oh? Jom Semak 14 Fakta Menarik Tentang Dirinya