Nam Goong Min akhirnya kembali berlakon dalam drama siri sageuk melalui My Dearest pada tahun ini.
Melalui drama siri tersebut, Nam Goong Min secara rasmi kembali tampil dalam genre sageuk setelah 10 tahun tidak terlibat dengan genre tersebut. Nam Goong Min ini kali terakhir muncul dalam Kdrama bertema serupa pada tahun 2013 melalui Hur Jun, the Original Story.
Watak yang dibawa oleh Nam Goong Min dalam My Dearest adalah Lee Jang Hyun. Watak tersebut menjadi pembuka kisah misteri yang membuatkan penonton ingin mengetahui kisah drama siri ini dengan lebih lanjut.
Walaupun masih sangat misteri, kita cuba mendalami lebih jauh dengan watak Lee Jang Hyun dalam drama siri My Dearest ini!
1. Lee Jang Hyun adalah pedagang yang datang ke Neunggun-ri dengan tujuan awal untuk membeli buah pisang kaki yang terkenal dari kampung ini
2. Setelah sebulan berada di kampung ini, Lee Jang Hyun berjaya menarik hati orang tua yang sangat dihormati. Lee Jang Hyun selalu dibela oleh mereka
3. Contohnya seperti sewaktu dia tidak lulus ujian masuk ke sekolah, mereka semua membelanya. Namun, golongan muda tidak suka dengan kehadirannya di kampung tersebut
4. Lee Jang Hyun dianggap sebagai orang biasa-biasa dan dipandang rendah di kalangan orang muda kerana watak dan perangainya yang santai sahaja.
5. Lee Jang Hyu nampaknya seperti memiliki kenangan pahit berkaitan dengan kesetiaan. Dia memilih untuk tidak mengikuti arahan untuk berperang demi raja
6. Dia boleh bertindak demikian kerana pengalaman yang ada. Lee Jang Hyun tahu bahawa askar asing itu sangat kejam dan tidak takut untuk membunuh
7. Lee Jang Hyun lebih rela untuk melawan askar asing demi orang-orang yang disayangi berbanding melakukannya demi raja
8. Nasib baik dia boleh menyelamatkan Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin), gadis Neunggun-ri yang menarik perhatiannya sejak pandangan pertama lagi
9. Namun, karakter Lee Jang Hyun ini juga berjaya membuat para penonton was-was kerana di awal dia ditampilkan berlumuran darah sewaktu melawan sekumpulan manusia
10. Lebih menimbulkan syak wasangka adalah apabila namanya sering muncul dalam draf catatan sejarah yang berisi tulisan mengenai ketidaksetiaan kepada mendiang putera mahkota
Masih terdapat banyak persoalan dan pertanyaan berkaitan watak Lee Jang Hyun. Drama siri ini masih di tahap awal konflik, kita tunggu sambungan kisahnya nanti.