Home Entertainment 10 Filem Adaptasi Novel Terbaik Sepanjang Zaman

10 Filem Adaptasi Novel Terbaik Sepanjang Zaman

0

Sumber cerita dalam filem boleh datang dari mana-mana sahaja. Bermula dari senario asal, diinspirasikan dari kisah sebenar, biografi orang terkenal, komik superhero, hinggakan adaptasi novel.

Ya, novel merupakan salah satu sumber adaptasi yang sering dijadikan filem.
Dalam banyak-banyak filem adaptasi novel, tentunya ada beberapa buah filem yang meraih kejayaan yang sangat besar dan mencatat berbagai-bagai rekod box office.

Berikut ini adalah 10 filem adaptasi novel terbaik dan paling berjaya sepanjang zaman!

 

1. The Lord of the Rings: The Return of the King (2003)

Adaptasi novelFilem ini merupakan penutup trilogi epik The Lord of the Rings. Filem ini diadaptasi dari novel bertajuk sama karya J. R. R. Tolkien dan merupakan kisah akhir Frodo dalam melawan kekuatan jahat Sauron. Filem adaptasi novel ini sangat berjaya di box office sewaktu ditayangkan pada 2003. Selain itu, filem ini juga berjaya membawa pulang 11 Anugerah Oscar dan merupakan pencapaian yang luar biasa untuk sebuah filem fantasi.

2. Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 (2011)

Filem adaptasi novelFilem ini adalah filem ke lapan sekaligus penutup siri Harry Potter yang berjalan sejak 2001. Buku Harry Potter dan the Deathly Hallows karya JK Rowling dipecahkan menjadi dua filem dan bahagian pertamanya ditayangkan pada akhir 2010. Kisah Harry Potter melawan ahli sihir jahat Voldemort ditampilkan dengan sangat menarik dalam filem adaptasi novel ini. Selain itu, Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 juga menjadi filem Harry Potter terlaris di box office.

3. The Hobbit: An Unexpected Journey (2012)

5965b251 33bf 486b bf51 d9bd6b8a2024Setelah kejayaan besar trilogi The Lord of the Rings, Peter Jackson selaku pengarah kemudian mengadaptasi novel J.R.R Tolkien yang lain iaitu The Hobbit. Filem adaptasi novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Bilbo Baggins ketika masih muda. Walaupun secara kritik filem ini masih kalah dengan The Lord the Rings, namun filem ini masih dianggap berjaya di box office. Novel The Hobbit sendiri dijadikan trilogi filem oleh Peter Jackson.

4. The Hunger Games: Catching Fire (2013)

Adaptasi The Hunger Games adalah siri novel karya Suzanne Collins. Trilogi novelnya sudah diadaptasi ke dalam filem. Sementara itu yang paling berjaya adalah filem keduanya, The Hunger Games: Catching Fire.
Filem ini mendapat kejayaan dan mampu bersaing dengan filem Marvel sewaktu ditayangkan pada tahun 2013. Filem yang dibintangi oleh Jennifer Lawrence ini mengisahkan tentang perjuangan Katniss Everdeen dalam melawan pemerintahan yang diktator.

5. Twilight: Breaking Dawn Part 2 (2012)

d2a334b2 c0fb 4b8a a4d9 0a8439718990Bagi para peminat Robert Pattinson, mungkin mereka tidak akan melupakan siri Twilight yang merupakan hasil adaptasi novel karya Stephenie Meyer. Filem terakhirnya ini menjadi yang paling berjaya di box office dibandingkan dengan empat filem sebelumnya. Filem adaptasi novel ini mengisahkan tentang Bella dan Edward dalam menghadapi kelompok vampire Volturi yang menganggap anak mereka berbahaya. Filem ini juga menjadi filem terakhir yang dibintangi oleh Kristen Stewart dan Edward Cullen secara bersama-sama.

6. Jurassic Park (1993)

1e110c6d 558e 45d1 8d8e a218d414230fFilem legenda ini diadaptasi dari novel fiksyen ilmiah berjudul sama karya Michael Crichton. Jurassic Park bukan hanya filem fiksyen ilmiah biasa, namun menjelma menjadi salah satu francais hiburan terbesar di dunia. Filem ini diarahkan oleh Steven Spielberg dan tetap dianggap menjadi filem terbaik dari semua filem Jurassic Park. Untuk tahun 1993, jelas filem ini dilihat sangat nyata dan memukau.

7. The Shining (1980)

63a3280f 0763 44ba b86a d036c03348f5The Shining adalah novel seram karya penulis terkenal, Stephen King. Novel yang mengisahkan tentang hotel berhantu ini diadaptasi oleh Stanley Kubrick ke dalam sebuah filem pada tahun 1980. The Shining dinobatkan sebagai salah sebuah film seram terbaik sepanjang zaman. Walaupun, Stephen King selaku penulis novelnya tidak terlalu menyukai hasil filem tersebut kerana dia menganggap filem itu membawa pesanan yang berbeza dengan novelnya.

8. The Da Vinci Code (2006)

4f83cb50 e81d 49bd 86c5 26e49c59b586The Da Vinci Code yang dibintangi oleh Tom Hanks merupakan filem hasil adaptasi novel kontroversi karya Dan Brown. Novel tersebut kontroversi kerana dianggap menyinggung perasaan penganut agama Kristian seluruh dunia. Filem ini mengisahkan tentang seorang ahli simbologis bernama Robert Langdon, yang terjebak dalam satu kes sewaktu terjadi pembunuhan di Museum Louvre. Langdon menemui petunjuk dari lukisan Monalisa, Leonardo Da Vinci. Filem ini berjaya secara komersial walaupun secara kritik mendapat ulasan yang pelbagai.

9. Forrest Gump (1994)

8fa1a425 28f1 45bc 8f40 7a454d6bfa64

Filem ini mendapat berbagai-bagai anugerah termasuk Anugerah Oscar untuk Tom Hanks sebagai pelakon lelaki terbaik. Forrest Gump adalah filem yang diadaptasi dari novel berjudul sama karya Winston Groom. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki dengan masalah lembam yang bernama Forrest Gump namun memiliki pengalaman dan prestasi yang luar biasa dalam hidupnya. Filem ini sangat memberi pengajaran dan menyampaikan nilai moral yang begitu mendalam.

10. The Martian (2015)

e63909f9 f2a9 4bd2 ae80 918786b4eb01The Martian adalah salah sebuah filem fiksyen ilmiah terbaik yang diadaptasi dari novel berjudul sama karangan Andy Weir. Filem ini dibintangi oleh Matt Damon dan mendapat pujian dari para pengkritik filem serta sangat berjaya secara komersial. Filem ini mengisahkan tentang seorang angkasawan yang terlerangkap di planet Marikh setelah ditinggalkan oleh rakan-rakannya. Ramai yang bersetuju bahawa aspek ilmiah dalam filem ini sangat tepat.

Selain filem-filem di atas, tentunya masih banyak filem adaptasi novel lain yang berjaya di box office. Dari 10 filem adaptasi novel paling berjaya yang sudah disebutkan di atas, filem adaptasi novel yang manakah yang pernah anda tonton?

Baca lagi: 8 Filem Sekuel Raih Keuntungan Lebih Besar Dari Filem Pertama
Baca juga: 12 Filem Korea Ini Berjaya Raih 5 Juta Penonton