Minat tema filem dan kdrama tentang perjuangan bapa kepada anak-anaknya? Jom kita lihat dibawah!
Industri perfileman dan Kdrama sememangnya selalu menjadi tumpuan para peminat filem dan kdrama Korea Selatan kerana sering menyajikan jalan cerita menarik yang berkualiti kerana sering mengangkat tema-tema kisah yang unik dan mengesankan.
Bermula dari kisah percintaan, politik, thriller hingga yang bertemakan tentang keluarga. Tentu saja sebagai pecinta filem dan Kdrama dari Korea Selatan, kita seringkali disuguhkan dengan kisah dramatik yang sukar dilupakan.
Berikut merupakan 10 saranan filem dan Kdrama tentang perjuangan bapa dan penampilan figura ayah terbaik yang WAJIB berada dalam senarai tontonan anda:
1. Innocent Defendant (2017)
Kdrama tentang perjuangan bapa ini mengisahkan tentang Park Jung Woo (Ji Sung), seorang peguam yang dituduh membunuh isteri dan anaknya sendiri. Jung Woo digambarkan sebagai figura seorang suami dan bapa yang sangat mencintai dan menyayangi keluarganya. Namun kerana ada konspirasi untuk menjatuhkannya, Park Jung Woo diperangkap.
Kdrama siri ini merupakan salah satu drama Korea terbaik, Innocent Defendant dibintangi oleh barisan pelakon yang cukup terkenal termasuklah Ji Sung, Um Ki-joon, dan Kwon Yu-ri. Siri ini anda boleh tonton di platform striming #Viu Malaysia.
2. Entertainer (2016)
Kdrama tentang perjuangan bapa ini mengisahkan tentang perjuangan bapa tunggal bernama Na Yeon Soo yang dilakonkan oleh Ji Sung. Untuk memenuhi keperluan hidup, Na Yeon Soo melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk mendapatkan penghasilan. Minatnya terhadap bidang muzik untuk menjadi seseorang pemuzik juga dia lupakan demi kepentingan anaknya.
Kehidupan susah Na Yeon Soo berubah ketika Na Yeon Soo bertemu semula dengan bekas kekasihnya. Bekas kekasihnya merupakan seorang penerbit muzik terkenal. Akhirnya pertemuan tersebut membuka jalan bagi Na Yeon Soo untuk bergabung dalam sebuah kumpulan muzik baru.
Drama ini dibintangi oleh Ji Sung, Hyeri Girls Day, dan Minhyuk CN Blue.
3. Oh My Geum Bi (2016)
Geum Bi seorang anak berusia 8 tahun yang mengidap penyakit ”rare” bagi anak seusianya. Penyakit ini secara perlahan akan menyebabkan dia hilang ingatan.
Tumpuan cerita ini mengisahkan tentang bagaimana seorang ayah yang awalnya memiliki perilaku dan pekerjaan yang buruk sebagai seorang penipu, lambat laun berubah sejak kedatangan Geum Bi.
Kdrama tentang perjuangan bapa yang penuh emosi ini dibintangi oleh Heo Jung-eun, Oh Ji-ho, Park Jin -hee dan Oh Yoon-ah.
4. Super Daddy Yeol (2015)
Seorang ayah pasti akan melakukan apa saja demi anaknya. Begitu juga dalam drama tentang pengorbanan bapa ini. Walaupun bapa ini disahkan mengidap kanser yang bakal meragut nyawanya tak lama lagi, namun dia tetap berusaha keras untuk membuat anak perempuannya bahagia.
Kdrama tentang perjuangan bapa ini dibintangi oleh Lee Dong-gun, Lee Yu-ri dan Lee Re. Berdasarkan webtoon Daum bertajuk sama oleh Lee Sang-hoon dan Jin Hyo-mi.
5. Hospital Playlist (2020)
Kisah persahabatan 5 orang doktor pakar di salah satu hospital ternama Korea Selatan ini diselimuti pelbagai warna dan kisah kehidupan setiap dari mereka. Salah satu di antara mereka merupakan seorang bapa tunggal dan memiliki seorang anak lelaki bernama Uju.
Kdrama siri ini banyak menampilkan beberapa adegan yang menghangatkan hati ketika sang bapa dan anak saling berkomunikasi. Walaupun dihimpit dengan kesibukan kerja serta jadual padatnya, sang bapa tetap berusaha menjadi bapa terbaik dan meluangkan masanya untuk anak lelakinya.
Dibintangi oleh Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung dan Jeon Mi-do.
6. Hope (2013)
Bagaimana perasaan seorang bapa jika satu-satu anak perempuannya mengalami trauma dan tidak ingin bertemu dengan bapanya sendiri? Kejadian ini bukan kerana perlakuan tidak baik sang bapa, namun kerana anaknya telah menjadi mangsa penganiayaan dan pelecehan seksual oleh seorang pemabuk yang mengakibatkan penderitaan fizikal serta mental yang amat dalam terhadap anak itu.
Filem ini cukup popular kerana jalan cerita dan lakonan yang sangat memberi kesan mendalam kepada para penontonnya. Sangat menyayat hati dan meruntun jiwa! Kita akan disajikan dengan kisah perjuangan seorang bapa untuk dapat bertemu dan bermain kembali dengan anaknya. Dia juga dengan susah payah berusaha untuk menuntut keadilan untuk anaknya.
7. Papa (2012)
Filem ini mengisahkan tentang Chun Seob (Park Yong Woo) yang bekerja sebagai pengurus bakat artis Korea, harus ke Amerika untuk mencari bakat baru. Namun pencariannya tidak mudah dan memerlukan masa yang agak lama, sehingga Chun Seob bertenu jodoh dengan orang Amerika agar dapat tinggal di Amerika lebih lama.
Malang tidak berbau isteri Chun Seob meninggal dunia dalam kemalangan. Kehidupan yang harus dijalani Chun Seob pun berubah. Chun Seob mulai menjalani hidup sebagai seorang bapa dari 6 orang anak yang ditinggalkan mendiang isterinya.
Filem ini dibintangi oleh Park Yong Woo dan Go Ara.
8. My Little Baby, Jaya (2017)
Kisah seorang ayah “kurang upaya” membalas dendam terhadap pelaku-pelaku yang merogol anaknya. Kebahagiaan seorang ayah yang menghidap cerebral palsy hancur berkecai apabila anak gadisnya menjadi mangsa buli rakan-rakan sekolah dan keganasan seksual sehingga membuatkan anaknya membunuh diri.
Akhirnya, sang bapa yang malang itu mengambil tindakan sendiri setelah tiada sesiapa pun yang mempedulikan keluhan dan desakannya.
Dibintangi oleh Oh Ye-seol sebagai Jaya dan Kim Jeong-kyoon sebagai ayah kepada Jaya.
9. Cassiopeia (2022)
Filem yang sangat indah dan menyayat hati bagi setiap insan yang bergelar seorang anak, seorang ibu dan perjuangan bapa yang harus menerima ketentuan takdir bahawa penyakit Alzheimer yang dihidap oleh insan tercinta mereka perlahan-lahan meragut setiap memori, ingatan, senyuman dan jiwa raganya.
Filem yang boleh ditonton di Viu ini dibintangi oleh Seo Hyun Jin, Ahn Sung Ki, pelakon kecil Jo Ye Rim dan ramai lagi.
10. Broken (2014)
Filem ini memfokuskan tentang kesedihan seorang bapa dan perjuangan bapa, Sang Hyun yang mana anak perempuannya berusia 16 tahun mati dirogol dan dibunuh dengan begitu sadis.
Filem ini dibintangi oleh Jung Jae-young dan Lee Sung-min sebagai watak utama. Naratif ini berkisar tentang seorang bapa yang menjadi buruan ketika dia memburu dua lelaki yang bertanggungjawab atas rogol dan pembunuhan anak perempuannya.
Jika ada cadangan lain filem dan kdrama tentang perjuangan bapa menbawa tema yang sama seperti diatas, sila kongsikan bersama kami diruangan komen bawah ya!
Baca lagi: 8 Kdrama Terbaik Tentang Ibu dan Anak
Baca juga: The Uncanny Counter 2, Bahang Adiwira Makin Dekat