Bukan sekadar hasil imaginasi atau rekaan penulis skrip semata-mata, terdapat juga filem genre jenayah yang diambil terus daripada kisah benar.
Lebih realistik kerana ceritanya pernah terjadi, pelbagai filem genre jenayah yang underrated dibawah ini memang sangat berbaloi untuk ditonton. Jom sama-sama kita lihat!
1. Salah satu filem jenayah paling berjaya, Catch Me If You Can (2002), dilakonkan oleh dua pelakon terkenal, iaitu Leonardo DiCaprio dan Tom Hanks.
2. Mengangkat kisah seorang orang kanan bos mafia bernama Frank Lucas, American Gangster (2007) selalu berjaya membuatkan jantung berdebar.
3. Pembunuh bersiri yang menakutkan San Francisco dan memperolokkan polis pada tahun 1960-an diabadikan dalam filem Zodiac (2007).
4. Filem yang menyentuh emosi, Believe Me: The Abduction of Lisa McVey (2018) mengangkat tragedi yang dialami oleh Lisa.
5. Ada juga filem jenayah Korea di Netflix yang diambil daripada kisah benar. Tajuknya The Drug King (2018). Pernah tonton?
6. Seterusnya, ada kisah Anders Behring Breivik, penembak puluhan kanak-kanak di Oslo yang diangkat dalam filem 22 July (2018). Sadis!
7. Filem tentang pengganas yang diangkat daripada kisah benar, Hotel Mumbai (2019) dijamin akan membuat anda tercengang semasa menontonnya.
8. Menentang ketidakadilan sosial dan amalan jenayah, kisah Bryan Stevenson ini diangkat ke layar perak dalam filem Just Mercy (2019).
9. Mengisahkan tentang Frank Hamer, seorang detektif yang menangkap buruan selama 2 tahun, The Highwayman (2019) memang berbaloi ditonton.
10. Trust No One: The Hunt for the Crypto King (2022) menceritakan tentang sekumpulan pelabur yang menyiasat kematian misteri.
Kisah-kisah yang diangkat dalam filem-filem genre jenayah di atas pernah benar-benar terjadi. Dilakonkan semula oleh para pelakon yang berbakat, filem genre jenayah mana yang paling menarik bagi anda?