Oktober adalah bulan menyambut Halloween bagi mereka yang meraikan di pelbagai negara.
Dekorasi bertema Halloween, seperti labu kuning dan juga patung-patung serta hiasan menyeramkan biasanya akan dipasang di sekitar rumah.
Keraian Halloween tidak lengkap rasanya jika tidak ditemani dengan filem seram yang biasanya ditonton oleh masyarakat yang menyambutnya. Akan tetapi, filem seram biasanya mengandungi jalan cerita yang tidak mesra kanak-kanak. Penting bagi orang dewasa untuk memilih tontonan yang sesuai dan boleh diterima oleh mereka (kanak-kanak).
Bagi anda yang ingin menonton filem seram bersama anak-anak, berikut ini merupakan beberapa cadangan untuk filem seram kekeluargaan yang sesuai untuk ditonton bersama. Anak-anak anda pasti menyukai filem-filem ini kerana kisahnya menarik dan dalam masa yang sama mendebarkan!
1. Menampilkan nuansa hitam putih dan gothic, Frankenweenie (2012) mengisahkan hubungan seorang kanak-kanak lelaki dan anjingnya. Victor Frankenstein menggunakan kuasa elektrik untuk menghidupkan semula Bull Terriernya yang mati, Sparky. Banyak pengajaran hidup!
2. Seorang kanak-kanak yang mampu berkomunikasi dengan hantu perlu menyelamatkan bandarnya dari ancaman dunia lain dalam ParaNorman (2012)
3. Casper (1995) si hantu kecil molek, menjalin persahabatan dengan manusia. Filem Halloween mesra kanak-kanak terbaik sepanjang zaman!
4. Usaha seorang kanak-kanak untuk menghentikan ahli sihir kuno yang dia bangkitkan secara tidak sengaja dipenuhi babak komedi dalam Hocus Pocus (1993)
5. Hotel Transylvania (2012) mengisahkan tentang Puteri Dracula yang jatuh hati pada manusia dan membawanya ke dunia raksasa yang seram, sangat menghiburkan!
6. Diadaptasi dari sebuah komik, The Addams Family (2019) menceritakan sebuah keluarga yang unik yang mempunyai rutin harian yang mengerikan
7. Sesuai dengan tajuknya, Monster House (2006) mengisahkan tentang kanak-kanak yang ingin mengungkap misteri di sebalik kewujudan raksasa rumah
8. Diadaptasi dari sebuah novel, Coraline (2009) adalah animasi seram yang mengangkat pentingnya hubungan antara ibu bapa dan anak. Penuh dengan pesanan moral!
9. Kumpulan yang mempunyai hobi mengungkap misteri supernatural kembali beraksi dalam Scooby-Doo on Zombie Island (1998). Aksi mereka penuh komedi!
10. Persahabatan kanak-kanak manusia dan vampire diceritakan dalam The Little Vampire (2000). Filem seram komedi yang mengajar makna perbezaan dan kasih sayang
Walaupun tidak semua filem yang tersenarai ini berlatarkan malam Halloween, filem-filem ini mempunyai nuansa seram yang sesuai bagi kanak-kanak. Filem-filem ini boleh dijadikan sebagai pilihan tontonan bersama anak-anak di rumah.