Home Entertainment 10 Filem Horror Hollywood Berdurasi Kurang 90 Minit

10 Filem Horror Hollywood Berdurasi Kurang 90 Minit

0

Filem horror Hollywood berdurasi pendek bagi anda yang tidak gemar jalan cerita yang terlalu lama

Kualiti filem horror Hollywood memang tidak perlu diragukan lagi. Bertahun lamanya, industri perfileman terbesar di dunia tersebut telah menerbitkan berbagai-bagai filem horror yang membuatkan ramai penonton bermimpi buruk, seperti The Conjuring (2013) lakonan Patrick Wilson dan Vera Farmiga, Get Out (2017), dan juga Scream (2022).

Walaupun unggul dari segi cerita, filem horror Hollywood cenderung memaparkan durasi cerita yang panjang, iaitu sekitar 90 hingga 100 minit. Kadang kala durasi yang panjang tersebut membuatkan para penonton berfikir dua kali sebelum menonton filem-filem horror ini.

Jangan bimbang, ternyata terdapat juga beberapa buah filem horror Hollywood yang mempunyai durasi kurang dari 90 minit.

Walaupun berdurasi singkat, sepuluh filem kurang dari 90 minit dibawah ini dijamin bakal membuatkan anda terpesona!

Filem seram
1. Percutian dua orang sahabat berubah menjadi kacau bilau dna menakutkan apabila salah seorang dari mereka dijangkiti penyakit misteri. Berani menonton Afflicted (2013)?

7a58ca42 f433 4d0d b470 90eeb5049b3b
2. Creep (2014) mengisahkan tentang seorang pereka video yang mendapat pekerjaan di sebuah kabin terpencil tanpa tahu “perkara” yang menantinya di sana

4b1cffb3 21cf 4a95 8cda 237a060504ba
3. Terbangun di ruangan gelap, 50 orang asing dihadapkan dengan perdebatan mengenai hidup dan mati. Semak kisah mereka dalam Circle (2015)!

IMG 2991
4. The Autopsy of Jane Doe (2016) berkisar tentang proses autopsi (bedah siasat) yang diganggu oleh makhluk ghaib. Jumpscare dalam filem ini dijamin akan membuatkan jantung anda berdegup kencang!

e93802e2 239c 4629 baf6 98fde1d4374f
5. Suka filem seram komedi? Anda wajib menonton The Babysitter (2017) yang menampilkan Samara Weaving sebagai ketua ajaran sesat pemuja iblis

8f9a2c7b 2b1d 4437 b364 ed4fbb3fa837
6. Membawa tema fanatisme agama, Saint Maud (2019) sangat sesuai ditonton oleh para peminat filem seram dengan tempo perlahan (slow burn). Atmosfera untuk filem ini sangat mencengkam jiwa!

b13cb1e3 a733 4136 b074 79b2166111d0
7. Pernah membayangkan bagaimana rasanya terperangkap dalam rumah yang dipenuhi buaya? Anda akan dapat menemui jawapannya dalam Crawl (2019)!

a987e793 ece9 4fea 9144 83919a095a2b
8. Seterusnya adalah The Wolf of Snow Hollow (2020). Filmen ini mengikuti kisah polis yang ketagihan alkohol yang tidak percaya dengan kewujudan manusia serigala

f8430a19 ea45 4b92 bdf9 b62a8106544b
9. Jangan sekali-kali menonton Relic (2020) jika anda takut berada di ruangan yang sempit. Filem ini penuh dengan adegan yang membuatkan anda sesak nafas!

Filem horror
10. Mahu melenyapkan adegan kekerasan dan keganasan, petugas sensor filem terpaksa dihadapkan dengan peristiwa tragik di masa lalu. Sudah menonton Censor (2021)?

Sepuluh filem horror disenarai atas ini telah berjaya membuktikan bahawa filem yang berdurasi pendek tidak mempunyai jalan penceritaan yang lemah. Maka, dengan singkatnya durasi, jalan cerita pun menjadi tidak terlalu meleret dan membosankan.

Baca lagi: 10 Filem Seram Terbaik, Cukup Menakutkan
Baca juga: 6 Filem Seram Bertemakan Makhluk Asing