Home News 10 Filem ‘Jenayah Sebenar’ Tentang Pembunuh Bersiri

10 Filem ‘Jenayah Sebenar’ Tentang Pembunuh Bersiri

0

Jika anda adalah peminat filem jenayah, pasti anda sudah tidak asing lagi dengan istilah ‘jenayah sebenar’.

Dalam dunia perfilman, true crime (jenayah sebenar) adalah genre filem yang mengangkat kes jenayah kejahatan yang terjadi di dunia sebenar. Biasanya, kes yang diadaptasi dari bermacam jenayah seperti penculikan, rompakan, hingga pembunuhan bersiri.

Berbicara soal pembunuhan bersiri, pasti melekat dengan watak pembunuh bersiri yang melakukan kejahatan dalam setiap cerita. Mengingati bahawa dunia mempunyai sejarah kelam mengenai pelbagai kes pembunuhan bersiri, maka tidak hairanlah jika banyak filem true crime yang mengusung tema pembunuh bersiri sebagai fokus ceritanya.

Dari kes pembunuhan keji yang dilakukan oleh Aileen Wuornos sampai kepada keganasan pembunuh wanita di Boston, Amerika Syarikat, berikut ini merupakan sepuluh pilihan filem jenayah sebenar tentang pembunuh bersiri yang wajib anda tonton. Jom sama-sama kita lihat:

1. Diarahkan oleh Patty Jenkins, Monster (2003) menyaksikan Charlize Theron meraih Best Actress Oscar. Lakonannya sebagai Aileen Wuornos membuatkan bulu roma para penonton meremang!

Jenayah sebenar
2. An American Crime (2007) menampilkan ketegangan kes pembunuhan Sylvia Likens yang menggemparkan Amerika Syarikat pada tahun 1965

91c92506 e4df 4428 b3ca c249d4ad1b4a
3. Anda tahu Zodiac Killer? Aksi pemburuan pembunuh bersiri paling misteri ini dapat anda saksikan dalam filem masterpiece karya David Fincher iaitu Zodiac (2007)

a6643946 2ed7 4a0e 9eef d2a921f15d20
4. Debut pengarahan Justin Kurzel, Snowtown (2011), menyoroti kes pembunuhan bersiri terkejam dalam sejarah Australia iaitu Snowtown murders

b997e24e b4e8 47fb b9db 24c8cf9ece8c
5. Kisah dramatik penangkapan pembunuh bersiri yang menghantui Alaska, AS, Robert Hansen, diceritakan dalam The Frozen Ground (2013). Sudah menonton?

33de621f 25b9 4c32 b327 9ab5346d474a
6. Jeffrey Dahmer pernah dibawakan oleh Ross Lynch dalam My Friend Dahmer (2017). Tidak kurang hebatnya juga Evan Peters dalam Dahmer (2022)!

81d16d65 8f6d 4c22 a387 25576211815d
7. The Cloverhitch Killer (2018) diinspirasikan dari kisah kehidupan pembunuh bersiri yang digelar sebagai BTK Killer, Dennis Rader. Mendapat pujian daripada para pengkritik!

6ad743df cf47 47e7 8ef3 705d738d4064
8. Zac Efron mempersembahkan penampilan fenomenal sebagai Ted Bundy dalam filem Netflix, Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile (2019)

3f85aeda 64ef 4c08 b34f a85744d03680
9. Ted Bundy juga dilakonkan oleh Luke Kirby dalam No Man of God (2021). Filem ini fokus kepada hubungan kompleks Ted Bundy dengan seorang ejen FBI

675a2a58 7b67 4f39 a1d1 ad94ecd8f8e0
10. Boston Strangler (2023) mengikuti usaha Keira Knightley dalam merungkai siapakah yang bertanggungjawab di sebalik “Pencekik Boston”

a388bec1 daba 4072 a8ae 785d689b31f3
Kesemua sepuluh filem tentang “Jenayah Sebenar” bertemakan pembunuh bersiri yang tersenarai di atas mengajak para penonton untuk senantiasa berhati-hati ketika menjalin hubungan dengan orang yang baru dikenali.
Selain itu, dipetik dari Psychology Today, menonton filem berkisarkan “Jenayah Sebenar” juga dapat membantu anda menghadapi situasi yang membuatkan anda merasa cemas. Tertarik untuk menonton filem sedemikian?

Baca lagi: Kontroversi Putera Arab Menyebabkan Rating King The Land Jatuh
Baca juga: 5 Filem Misteri Terbaik Hollywood, Pasti Buat Anda Berteka-Teki