Filem kanak-kanak sangat identikal dengan lawak jenaka yang menghiburkan, warna-warna yang cerah, dan karakter yang menyeronokkan. Ketiga-tiga ciri-ciri tersebut menjadi daya tarikan utama bagi kanak-kanak untuk menontonnya. Yang penting lucu dan menarik, kanak-kanak sudah pasti akan suka!
Namun tidak semua filem kanak-kanak hadir dengan suasana menghiburkan dan ceria sepanjang masa. Banyak juga filem kanak-kanak diterbitkan dengan cerita seram dan gelap. Tidak hairanlah jika pada akhirnya ibu bapa melarang anak mereka untuk menontonnya.
Bermula dari dunia paralel hingga anak patung kayu yang boleh bercakap, 10 filem kanak-kanak berikut ini tampil dengan cerita yang gelap. Kadang-kadang membuatkan kanak-kanak bermimpi buruk!
1. Beberapa adegan buli dalam Lilo & Stitch (2002) sangat menyedihkan. Banyak adegan memilukan ditonjolkan oleh karakter Nani
2. Tidak suka dengan ibu bapa asalnya, Coraline dalam Coraline (2009) mengembara ke dunia paralel. Dia bertemu ibu bapanya dengan penampilan yang sangat berbeza. Ia ialah novel kanak-kanak seram fantasi gelap oleh pengarang British Neil Gaiman
3. The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe (2005) hadir pada era yang tepat. Sayang sekali, banyak pula adegan pembunuhan dalam filem ini
4. The Lion King (1994) mendapat respon positif dari para pengkritik. Namun, adegan pembunuhan Mufasa dan memfitnah Simba kurang sesuai untuk kanak-kanak
5. Adaptasi buku kanak-kanak, Bridge to Terabithia (2007) yang dibintangi oleh Josh Hutcherson. Pengakhiran cerita agak menyedihkan, Leslie tenggelam sewaktu menyeberangi sungai
6. Who Framed Roger Rabbit (1988) memang lucu dan menghiburkan. Sayangnya, ada banyak minuman alkohol, adegan kekerasan, dan adegan bogel
7. Walaupun disukai oleh para peminat, cerita Pinocchio (1940) sangat gelap. Dia diculik dan diperdagangkan. Dia juga dimakan hidup-hidup oleh paus
8. The Hunchback of Notre Dame (1996) sangat kuat dari segi jalan cerita. Namun, banyak perkara yang sangat meresahkan, seperti genosida dan pembunuhan bayi
9. The NeverEnding Story (1984) mempunyai sisi gelap. Seorang anak dikisahkan sendirian dan tidak rapat dengan ayahnya setelah kematian ibunya
10. The Witches (1990) diangkat dari buku Roald Dahl. Para ahli sihir menyasarkan anak kecil sebagai mangsa sehingga ramai orang yang menganggap filem ini untuk menakutkan kanak-kanak
Menonton filem seakan-akan menjadi salah satu aktiviti kesukaan kanak-kanak. Sayangnya, tidak semua filem kanak-kanak boleh ditonton begitu sahaja. Contohnya 10 filem kanak-kanak tersenarai di atas, bimbang kalau-kalau anak-anak menjadi trauma dan memberi kesan tidak baik untuk minda mereka!