Home Kdrama/Kmovie Movie 10 Filem Korea Bawa Tema Buli dan Balas Dendam, Mendebarkan dan Penuh...

10 Filem Korea Bawa Tema Buli dan Balas Dendam, Mendebarkan dan Penuh Emosi

0

Isu buli adalah isu yang selalu diangkat dalam drama Korea. Menariknya, isu ini juga beberapa kali diangkat ke layar perak. Bahkan, filem Korea dengan tema buli dihasilkan dengan pelbagai genre.

Supaya makin menarik, biasanya jalan cerita diwarnai dengan kisah balas dendam terhadap para pembuli. Bagi anda yang tertarik untuk menonton filem Korea dengan tema buli dan balas dendam, berikut ini adalah pilihan filem terbaik untuk anda tonton.

1. Han Gong Ju (2013)

8abac362 7cc9 4854 a26d 716527f958ce

Bakal membuatkan anda sedih dan sakit hati dengan cerita dalam filem Korea tentang buli dan balas dendam ini. Han Gong Ju bukan hanya menggambarkan betapa mengerikannya kes buli, tapi juga pemerkosaan yang dialami oleh mangsa.

Han Gong Ju menceritakan tentang pelajar yang merupakan anak dari keluarga yang berpecah. Malangnya, dia menjadi mangsa rogol geng sekolah. Walau dibawa ke muka pengadilan, hukuman untuk para pelaku sangat ringan.

Lantas, bagaimanakah nasib Han Gong Ju? Adakah dia mendapat keadilan?

2. I Want to Know Your Parents (2022)

Filem korea

Selepas berjaya membintangi Han Gong Ju, Chun Woo Hee kembali berlakon dalam filem tentang buli lagi. Filem ini menceritakan tentang pelajar sekolah yang menjadi mangsa buli. Pelajar itu ternyata merupakan mangsa keempat.

Dianggap bakal merosakkan nama baik sekolah, kes buli dan pembunuhan tersebut ditutup. Bahkan, ibu bapa pembuli juga berusaha menyembunyikan kes kejahatan anak mereka.

3. Don`t Cry Mommy (2012)

66a1f016 6a05 48f6 a749 1af036b37a78

Seorang gadis menjadi mangsa rogol. Oleh kerana tidak sanggup menanggung trauma, dia mengakhiri hidupnya. Perkara ini membuatkan ibunya sangat terpukul, tambahan pula hukuman tidak berpihak pada anaknya yang menjadi mangsa.

Ibunya akhirnya memutuskan untuk membalas dendam untuk mendapatkan keadilan bagi anaknya. Anda akan menyaksikan perjuangan ibu tunggal dalam menuntut para pelaku untuk bertanggung jawab.

4. After My Death (2017)

73fc1468 5d84 4284 8a5d b9be535ef836

Semasa menonton filem Korea ini, anda pasti akan turut merasa marah dan sedih. Seorang pelajar dikhabarkan hilang. Dia disyaki menjadi mangsa buli yang melompat dari jambatan.

Seorang kawan yang bernama Lee Young Hee merupakan satu-satunya saksi yang melihat pelajar tersebut sebelum hilang. Kecurigaan mengarah kepada Young Hee yang dituduh membunuh kawannya itu.

 

5. Mourning Grave (2014)

Ia adalah filem seram misteri Korea Selatan 2014 yang dibintangi oleh Kang Ha-neul dan Kim So-eun. Filem ini mengisahkan seorang pemuda bernama In Soo (Kang Ha Neul) yang mempunyai kebolehan melihat hantu. Suatu hari In Soo pulang ke kampung halamannya dan bertemu dengan hantu perempuan bernama Sae Hee. Hantu Sae Hee (Kim So-eun) ialah hantu yang mempunyai perwatakan perpecahan, hantu Sae Hee yang baik dan Sae Hee yang penuh dendam atas kes buli yang menderanya sehingga mati.

6. Brave Citizen (2023)

f3fc90fe db08 4755 86e6 114f30836376

Filem ini dibintangi oleh Shin Hye Sun yang membawa watak sebagai guru. Tanpa diketahui oleh pelajarnya, dia ternyata merupakan seorang petinju. Dia menggunakan kemampuannya untuk menghadapi pelajar-pelajar kaki buli di sekolah.


7. Days of Wrath (2013)

d14eb870 c913 4376 a60a 3cc4e55855a0

Filem Korea tentang buli dan balas dendam seterusnya adalah Days of Wrath. Anda akan menyaksikan aksi seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa buli pada zaman remaja. Dia balas dendam pada para pembuli yang telah membuat hidupnya hancur.


8. Bleak Night (2010)

17ff268d 3139 4aa7 8450 9bff4abbfd7b

Bleak Night adalah salah sebuah filem yang dibintangi oleh Lee Je Hoon. Kisahnya tentang pelajar sekolah menengah yang mengakhiri hidupnya. Ayah pelajar tersebut cuba menyiasat penyebab anaknya bunuh diri.

Dia mula menemui satu demi satu petunjuk untuk mengungkap misteri kematian anaknya. Lalu, apakah sebenarnya yang menimpa anaknya itu hingga dia bunuh diri?


9. Christmas Carol (2022)

Filem korea

Filem Korea ini sangat menyayat hati. Joo Il Woo dan Joo Wol Woo adalah saudara kembar.

Suatu hari, Wol Woo meninggal dunia dengan sebab musabab yang tidak jelas. Akhirnya, Il Woo mencari kebenaran di sebalik kematian saudara kembarnya itu.

10. Bunshinsaba (2004)

217410cf 28ea 49a9 a5b4 b9f17738dfb5

Berbeza dengan filem tentang buli yang lain, Bunshinsaba membawa genre seram. Ceritanya fokus pada mangsa-mangsa buli yang menggunakan papan ouija untuk balas dendam. Papan ouija itu sendiri dipercayai dapat memberikan sumpahan.

Demikian 10 filem Korea tentang buli dan balas dendam yang menarik untuk ditonton. Jalan ceritanya pasti membuatkan anda geram dan sakit hati kerana melihat kelakuan para pembuli yang jahat lagi kejam.

Baca lagi: Suka Filem Yang Memerah Otak? Tonton 6 Filem Misteri Pembunuhan India Ini di Netflix
Baca juga: Suka The Frog? 4 Filem Korea Ini Membawa Tema Watak Psikopat Wanita

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here