Home Entertainment 10 Filem Margot Robbie, Rating Tertinggi Rotten Tomatoes

10 Filem Margot Robbie, Rating Tertinggi Rotten Tomatoes

0

Nama Margot Robbie kembali menjadi perhatian kerana membintangi salah sebuah filem paling ditunggu-tunggu tahun ini. Robbie diberi peluang untuk menghidupkan watak Barbie melalui filem arahan Greta Gerwig bertajuk Barbie (2023). Robbie dianggap sangat sesuai untuk membawa watak anak patung yang sangat popular tersebut.

Menariknya lagi, Barbie mendapat ulasan yang sangat memuaskan, baik dari segi kritikan dan juga dari para penonton. Laman sesawang pemberi ulasan, Rotten Tomatoes, memberikan “tomato segar” untuk Barbie dengan rating 90 peratus. Angka tersebut sangat tinggi untuk sesebuah filem yang sedang ditayangkan!

Robbie memang selalu membintangi filem-filem terbaik. Pada tahun 2022, pelakon berbakat besar ini dinobatkan sebagai pelakon wanita dengan pendapatan tertinggi, seperti yang dipetik dari Evening Standard.

Jika anda masih belum tahu, banyak filem Margot Robbie yang mendapat rating tinggi dari Rotten Tomatoes. Jom kita lihat senarainya dibawah!

 

Margot robbin
10. Kes kekerasab seksual pimpinan FOX News dibongkar oleh tiga orang wanita dalam Bombshell (2019). Jalan cerita unik ini mendapat rating 68 peratus

 

Margot robbie
9. Margot Robbie menjadi pelakon pembantu dalam About Time (2013). Filem arahan Richard Curtis ini dianggap sangat romantik dan tulus. Rating untuk filem ini adalah 70 peratus!

 

3e98b350 4df0 45bb 91ea 612ddcb92671
8. Suite Française (2014) mendapat rating 76 peratus. Filem tentang isteri yang mencintai lelaki lain ini sangat kuat dari segi penceritaan dan pemilihan pelakon

 

98a14898 02b6 4471 b79b 7f3148ba4b09
7. Jalan cerita yang sederhana, Z for Zachariah (2015) mendapat rating 78 peratus. Dua orang lelaki dikisahkan mengejar cinta seorang wanita di tengah-tengah bencana

 

a8c1910c a4f2 4758 b3fe cf06dc07b55f
6. Dengan pendekatan yang lebih segar dan watak wanita yang luar biasa hebat, Birds of Prey (2020) tampil sempurna. Rating sangat baik iaitu 78 peratus

 

IMG 8650

5. Rating 80 peratus diraih The Wolf of Wall Street (2013). Filem tentang penipuan yang menegangkan ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio sebagai bintang utama

 

1d32f9ee 608a 4dc4 b3d8 ab42bb4b17fe
4. Berlatarkan tahun 1950an, Once Upon a Time in Hollywood (2019) menceritakan tentang perjuangan hidup para pembikin filem. Kisahnya sangat menginspirasikan, rating mencapai 85 peratus

 

08285d95 5be4 40ab a94c ae918088c2f8
3. Dibandingkan dengan filem pertamanya, The Suicide Squad (2021) dianggap lebih lucu dan segar. Rating sebanyak 90 peratus, Robbie kembali membawa watak Harley Quinn

 

29ddec44 081e 4a4c b545 a8660a57c5c0
2. Keserasian Margot Robbie dan Allison Janney dalam I, Tonya (2017) menghasilkan pencalonan Oscar. Filem biopik Tonya Harding ini mendapat skor 90 peratus

 

7811cc71 9849 4240 99cb 33e0aa321e57
1. Greta Gerwig bergandingan dengan Margot Robbie membawa watak Barbie dalam filem Barbie (2023). Kental dengan isu hak sama rata jantina, Barbie meraih rating 90 peratus

Margot Robbie merupakan salah seorang pelakon wanita paling berpengaruh di Hollywood. Pelakon yang berasal dari Australia ini sudah membintangi banyak filem yang beberapa di antaranya telah mendapat ulasan baik dari para pengkritik filem. Bahkan, filem terbarunya, Barbie, juga sedang berada di puncak kegemilangan.

Anda sudah menonton filem-filem Margot Robbie ini?

Baca lagi: 9 Filem Merentas Masa Yang Paling Menguji Minda, Plot Terlalu Kompleks
Baca juga: 4 Filem Baharu Menarik di Netflix pada Ogos 2023