Home News 10 Filem Paling Seram Diadaptasi Dari Kisah Benar

10 Filem Paling Seram Diadaptasi Dari Kisah Benar

0

Bukan semua filem seram sekadar fiksyen, imaginasi atau rekaan semata. Ada juga banyak diantara filem-filem seram diambil dari kejadian sebenar.

Tak kurang juga ada yang mengambil sebahagian kejadian sebenar, seperti mengadaptasi fenomena-fenomena seram tertentu yang berlaku di sekeliling masyarakat. Pastinya kisah-kisah seperti ini seronok dan menarik untuk ditonton.

Berikut adalah beberapa saranan filem paling seram yang diambil dari kejadian sebenar, sumber dari Screen Rant.

 

1. The Exorcism of Emily Rose (2005)

IMG 6114

The Exorcism of Emily Rose menjadi salah satu filem paling seram berdasarkan kisah nyata yang boleh ditontom di Netflix.

The Exorcism of Emily Rose menjadi salah satu filem seram lagenda yang layak ditonton berulang kali. Filem hasil karya dari pengarah Scott Derrickson ini mengadaptasi kisah benar tentang seorang gadis yang dirasuk berasal dari Bavaria, Anneliese Michel, pada 1952.

Filem ini berkisah mengenai penyelidikan kes kematian Emily Rose yang meninggal dunia setelah menjalani proses pengusiran syaitan oleh seorang paderi.

Emily menderita penyakit epilepsi. Sayangnya, ubat-ubatan yang diambilnya justeru membuatkan dia depresi dan memicu keinginannya untuk membunuh diri. Emily juga mulai mengalami hal-hal aneh.

Ibubapa Emily memanggil seorang paderi Richard Moore untuk melakukan pengusiran syaitan. Namun, ritual pengusiran syaitan itu justeru mengambil nyawa Emily dan mengakibatkan paderi Richard Moore dituduh menyebabkan kematian Emily.

 

2. Winchester (2018)

IMG 6112

Berlatarkan rumah berhantu di AS, Winchester menjadi salah satu paling seram berdasarkan kisah nyata.

Filem ini dibuat berdasarkan misteri dari sebuah tempat bernama Winchester Mystery House atau dikenali juga sebagai California Historical Landmark di San Jose, California, Amerika Syarikat. Rumah besar ini dipercayai sebagai tempat paling berhantu di negara tersebut.

Diarahkan oleh Michael dan Peter Sperig, filem ini mengangkat kisah Sarah Winchester, sang empunya rumah. Dia percaya bahawa dirinya dikutuk oleh roh-roh yang menjadi mangsa kekejaman yang diproduksi oleh syarikatnya, Winchester Repeating Arms Company.

Seorang doktor sakit jiwa dipanggil untuk memantau kondisi mental Sarah dan tinggal di rumah Winchester. Namun, kejadian-kejadian janggal dan menyeramkan pun mulai berlaku ketika doktor itu tinggal di sana.

 

3. The Shining (1980)

IMG 6110

Dibawah arahan Stanley Kubrick, The Shining menjadi salah satu paling seram yang dibuat berdasarkan kisah benar juga.

Diadaptasi dari novel karangan Stephen King bertajuk sama, filem ini berkisah mengenai Jack Torrance, yang bekerja sebagai penjaga hotel bersejarah di Colorado, Overlook Hotel, bersama dengan isterinya Wendy dan anak kesayangannya Danny.

Seiring berjalannya waktu, Danny melihat masa lalu hotel yang mengerikan. Kondisi mental Jack juga semakin buruk seiring waktu kerana pengaruh kekuatan ghaib di hotel tersebut.

The Shining asalnya merupakan kisah fiksyen. Namun, latar belakang ceritanya terinspirasi dari salah satu hotel bersejarah, Stanley Hotel, yang juga mengilhami pembuatan novel The Shining.

 

4. The Possession (2012)

IMG 6108

The Possession merupakan salah satu filem paling seram supernatural Amerika Syarikat yang diarahkan oleh Ole Bornedal. Filem ini dibuat berdasarkan kisah benar mengenai lagenda misteri kotak Dybbuk yang dipercayai berhantu.

Mengisahkan Emily, seorang gadis remaja yang membeli kotak Dybbuk di jualan barang antik dirumah ayahnya, Clyde Brenek. Namun tidak lama kemudian, perilaku Emily pun berubah menjadi semakin janggal dan menakutkan.

Filem ini terinspirasi dari sebuah laporan di salah satu surat khabar tentang keluarga yang melawan iblis yang dikenali dengan sebutan ‘Dybbuk’. Dalam cerita rakyat bangsa Yahudi, roh dalam kotak Dybbuk disebut mampu merasuki tubuh manusia dan memakan jiwa mereka.

 

5. A Nightmare on Elm Street (1994)

IMG 6107

A Nightmare on Elm Street juga menjadi salah satu filem paling seram dengan genre slasher lagenda yang layak ditonton berulang bagi anda yang menggemari filem saspens. Diarahkan oleh Wes Craven, filem ini juga diambil dari kisah benar.

Filem ini berkisah mengenai empat remaja yang tinggal di sebuah kota bernama Springwood. Dalam mimpinya, mereka diserang dan dibunuh oleh lembaga manusia raksasa pembunuh bernama Freddy Krueger. Hal itu juga membuatkan mereka harus terbunuh di dunia sebenar.

Wes Craven membuat filem ini berdasarkan sebuah kisah yang dibacanya di LA Times. Dilaporkan mengenai sejumlah anak muda berasal Asia Tenggara yang lari menyelamatkan diri akibat kekejaman Khmer Merah. Mereka mengalami ancaman mimpi buruk yang sangat parah.

 

6. The Exorcist (1973)

IMG 6106

Siapa yang tak tahu The Exorcist? Filem paling seram sepanjang zaman yang diarahkan oleh William Friedkin ini begitu dikenali oleh para pencinta filem seram.

Diadaptasi dari sebuah novel bertajuk sama, The Exorcist berkisah mengenai pengusiran syaitan dari seorang remaja perempuan bernama Regan yang mula berperilaku aneh.

Novel karangan William Peter Blatty sendiri terinspirasi dari kisah benar pada tahun 1949 silam. Waktu itu, dikisahkan para paderi Gereja Katolik melakukan serangkaian ritual pengusiran syaitan dari seorang remaja dengan nama samaran Roland Doe.

 

7. The Conjuring (2013)

IMG 4134 1

The Conjuring juga menjadi salah satu filem paling seram yang masih layak ditonton. Filem ini juga hadir dengan beberapa sekuelnya.

Dibawah arahan oleh James Wan, filem ini berkisah mengenai sepasang penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren. Mereka datang untuk membantu keluarga Perron yang mengalami kejadian-kejadian janggal di rumah baru mereka di Rhode Island pada 1971.

Filem ini dibuat berdasarkan pengalaman Ed dan Lorraine Watter, yang juga pernah menerbitkan buku House of Darkness House of Light.

 

8. The Amityville Horror (1979)

IMG 6104

Filem dibawah arahan Stuart Rosenberg ini berkisah mengenai pasangan muda yang membeli sebuah rumah menyeramkan yang dipenuhi oleh kekuatan supernatural.

Filem ini diadaptasi dari novel karangan Jay Anson pada 1977 dengan tajuk yang sama. Cerita dalam novel diambil dari kisah benar pengalaman keluarga Lutz yang membeli rumah baru di Amityville, New York. Rumah itu diketahui menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai pada tahun sebelumnya.

 

9. The Hills Have Eyes (1977)

IMG 6103

Manusia kanibal wujud ya guys! Fenomena kanibalisme inilah yang digambarkan oleh The Hills Have Eyes.

Filem paling seram klasik ini berkisah mengenai sebuah keluarga yang menjadi sasaran dari kelompok kanibal di sebuah gurun. Filem ini diarahkan oleh Wes Craven.

Naskah filem ini dibuat berdasarkan legenda kanibal Skotlandia, Sawney Bean pada abad ke-15. Dia merupakan seorang pemimpin klan yang hidup di gua dan telah memakan lebih dari 1.000 orang dalam tempoh 25 tahun.

 

10. The Entity (1982)

Filem paling seram

The Entity, mengangkat isu supernatural yang diadaptasi dari novel bertajuk sama yang dikeluarkan pada 1978. Filem ini berkisah mengenai seorang ibu tunggal di Los Angelas yang dirogol dan disiksa oleh lembaga yang tak terlihat.

Seperti novelnya, filem ini dibuat berdasarkan kes Doris Bither pada 1974. Wanita ini mengaku telah berulang kali diserang secara seksual oleh lembaga tak terlihat. Sejumlah mahasiswa di University of California LA juga menjadikannya sebagai bahan kajian.

Nah, bagaimana dengan informasi dan cadangan senarai-senarai filem paling seram yang diadaptasi dari kisah benar diatas? Sangat menarik dan mungkin anda boleh binge-watch semula filem-filem tersebut bersama rakan-rakan dan keluarga anda!

Baca lagi: 9 Filem Seram Indonesia Tentang Akibat Langgar Pantang Larang
Baca juga: 23 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Wajib Ditonton