Home Movie 10 Filem Seram Bertemakan Trypophobia, Jangan Tonton Jika Anda Ada Fobia Lubang

10 Filem Seram Bertemakan Trypophobia, Jangan Tonton Jika Anda Ada Fobia Lubang

0

Trypophobia merupakan rasa takut berlebihan apabila melihat corak atau pola berlubang, corak-corak berlubang yang boleh dilihat melalui span, sarang lebah dan rongga kayu amat menakutkan pagi sesiapa yang menghidap Trypophobia.

Isu fobia ini sering dijadikan tema gangguan dalam filem seram thriller, terutamanya dalam filem seram thriller dengan elemen ‘body-horror’. Ada banyak filem seram thriller bertemakan trypophobia yang telah ditayangkan, dari filem klasik hingga filem moden.

Buat anda yang ingin tahu tentang filem seram thriller bertema trypophobia, mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini.

1. Eraserhead (1977)

trypophobia

Eraserhead (1977) merupakan filem seram klasik garapan David Lynch yang berjaya memberi pengaruh dalam tema trypophobia. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang cuba bertahan dari banyaknya masalah yang dihadapi hingga dia mempersoalkan kewarasannya.

 

2. Candyman (2021)

4e630eb2 d1c0 4cc0 9239 655e0f4f9afa

Jika anda mencari filem seram slasher dengan tema sama dalam gangguan pembunuh kejam, maka Candyman (2021) adalah tontonan yang tepat. Kisahnya mengikuti seorang lelaki bersama pasangannya yang mendedahkan cerita disebalik sosok pembunuh dengan nama Candyman.

 

3. Sea Fever (2019)

923ae390 7b9e 4539 8364 772ba914c14c 1

Tampilkan tema trypophobia dengan konsep seram kosmik, Sea Fever (2019) berjaya tampilkan sajian segar dalam perfileman seram moden. Mengisahkan tentang sekumpulan kru kapal yang mula menyedari adanya serangan makhluk kosmik di bawah kawasan perairan.

 

4. Annihilation (2018)

fed8343d ffb0 46b3 bb40 011d5468b27e

Mengisahkan tentang sekumpulan saintis yang melakukan ekspedisi ke tempat di mana alam sangat tidak sesuai untuk diduduki, filem Annihilation (2018) memang luar biasa. Filem ini sesuai untuk anda peminat genre seram sains fiksyen dengan tema sama yang intens dan mencengkam perasaan.

 

5. Relic (2020)

961d66ab daff 443f bd7e 159cf7acb9cc

Mengemaskan seram drama dengan gangguan trypophobia yang bakal membuat anda merasa ngeri, Relic (2020) sangat underrated pada zamannya. Mengisahkan tentang ibu dan anaknya yang cuba menguruskan si nenek, namun kejadian aneh mula muncul di antara mereka.

 

6. Black Swan (2010)

3e65f8d1 1ad0 42af baba d271cc131444

Walau tidak sepenuhnya mengemaskan tema trypophobia, Black Swan (2010) tetap menampilkan adegan trypophobia yang berbekas di benak para penontonnya. Mengisahkan tentang seorang penari balet yang obses untuk mendapatkan peranan paling sukar hingga mempersoalkan dirinya sendiri.

 

7. Alien: Covenant (2017)

bed5557d 2596 4807 8186 a13c266b2f3f

Buat anda yang ingin melihat visual trypophobia yang menjijikan dengan gangguan brutal dan sadis, maka Alien: Covenant (2017) sangat sesuai dijadikan tontonan anda. Mengisahkan tentang koloni kapal angkasa Covenant yang mengeksplorasi luar angkasa, namun berakhir dengan mendapat serangan tidak terduga.

 

8. Ratu Ilmu Hitam (2019)

270c4c13 05a6 4531 8b52 c85b69501eb3

Merupakan filem seram thriller Indonesia garapan pengarah terkenal Joko Anwar yang berani membawa tema trypophobia dengan adegan sadis, Ratu Ilmu Hitam (2019) terkenal hingga ke peringkat global.

Mengisahkan tentang keluarga yang berkumpul di rumah anak-anak yatim, namun gangguan supernatural mula muncul di antara mereka dan mengancam nyawa seorang demi seorang.

 

9. Incantation (2022)

fb3054be 7a43 4cbc b93b e86dc3e2d685

Ditayangkan di Netflix, Incantation (2022) menampilkan kisah seram thriller bertema trypophobia dengan konsep supernatural seram yang intens dan penuh suspens. Jalan cerita mengikuti sebuah keluarga yang yakin mereka dirasuk oleh iblis jahat hingga menyebarkan sumpahannya.

 

10. Infinity Pool (2023)

Filem seram

Garapan Brandon Cronenberg anak kepada maestro seram David Cronenberg, Infinity Pool (2023) menggabungkan tema trypophobia dengan body-horror yang menarik. Mengisahkan tentang pasangan yang menikmati percutian di sebuah penginapan, namun berakhir dengan perkara-perkara mengerikan hingga membuatkan nyawa mereka terancam.

Filem seram thriller tentang trypophobia atau fobia lubang ini selalu berjaya dalam memberikan rasa takut kepada penonton, selain berkesan kerana isunya memang benar-benar wujud, filem seram thriller dengan tema ini juga berjaya menampilkan sensasi menonton berbeza dari filem seram thriller yang biasa.

Anda berani tonton?

Baca lagi: 10 Filem Seram Thriller Bawa Latar Perkampungan Penuh Misteri, Gangguan Mencengkam Jiwa
Baca juga: 6 Filem Seram dari Korea yang Underrated, Filem Bagus yang Tersembunyi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here