Lembayung, merupakan antara filem seram terbaru dari negara seberang yang dijangkakan dengan mudah akan menembusi tangga box office.
Bagi yang belum mengetahui, Lembayung merupakan debut bagi pelakon terkenal Baim Wong dalam mengarah sebuah filem layar perak.
Menceritakan tentang kisah mistik yang dialami oleh dua orang pelajar fakulti perubatan, semasa menjalani praktikal di sebuah klinik yang bernama Lembayung. Semenjak kehadiran pesakit wanita yang mengerikan, mereka berdua sering diganggu hingga salah seorang dari mereka dirasuk secara brutal.
Lembayung menambah senarai filem seram dari negara Indonesia pada tahun 2024 ini, diadaptasi dari kisah viral di media sosial yang juga diangkat dari kisah benar.
Berikut di bawah ini adalah senarai filem seram terbaru dari negara seberang yang diadaptasi dari kisah benar. Seram atau tidak? Mari sama-sama kita lihat.
1. Jurnal Risa by Risa Saraswati, menampilkan cerita tentang iblis Samex yang dipanggil oleh content creator kisah seram YouTube
2. Diangkat dari kisah benar Dodit Mulyanto semasa masih kecil, Rumah Dinas Bapak menampilkan gangguan roh wanita hamil yang dibaluti nuansa komedi
3. Dosen Ghaib: Sudah Malam atau Sudah Tahu menceritakan tentang 4 orang pelajar yang terperangkap dengan pensyarah misteri yang sebenarnya jelmaan iblis
4. Kromoleo, merupakan filem terbaru Anggy Umbara yang diangkat dari kisah benar dan urban legend hantu pembawa mayat di daerah Majenang
5. Telah ditayangkan pada 19 September, Lembayung adalah cerita yang dialami oleh 2 orang pelajar perubatan di klinik yang pernah ditutup selama 5 tahun
6. Tayang pada 26 September, Sumala adalah adaptasi kisah benar di sebuah kampung terpencil Semarang. Gangguan dari anak kembar utusan iblis yang jahat!
7. Bermula dari thread JeroPoint, Filem ini tampilkan cerita gadis remaja yang selalu diganggu kerana ibunya adalah hamba iblis dalam Perewangan
8. Kemah Terlarang: Kesurupan Massal adalah adaptasi novel yang diinspirasikan dari kisah benar di Yogyakarta. Tampilkan gangguan kerasukan besar-besaran!
9. Petak Umpet menceritakan tentang dua orang bersaudara yang pernah mengalami perkara mistik selepas terlibat dalam permainan sorok-sorok
10. Bakal ditayangkan pada tahun ini, Gereja Setan merupakan kisah benar yang pernah dialami oleh pelakon komedi Mongol, tentang ajaran sesat di gereja
Filem seram yang diadaptasi dari kisah benar memang mempunyai daya tarikan tersendiri bagi para peminat filem Indonesia. Maka tidak hairanlah jika beberapa filem seram dari kisah benar sebelum ini berjaya meraih jutaan penonton dengan sangat mudah. Namun tentu sahaja, kejayaan ini disokong oleh pelbagai aspek dan proses produksi yang bukannya mudah.