Home Drama/Filem Jepun Sudahkah Anda Tonton 10 Filem Seram Jepun Ini?

Sudahkah Anda Tonton 10 Filem Seram Jepun Ini?

0

Para peminat filem seram Jepun pasti sudah biasa dengan kehebatan filem-filem seram dari negara matahari terbit ini bukan?

Jepun bukan hanya menghasilkan filem-filem romantik tetapi mereka juga mempunyai banyak filem seram yang tidak kurang hebatnya seperti filem Hollywood.

Terdapat beberapa buah filem seram Jepun yang diadaptasi menjadi filem Hollywood contohnya seperti filem Ringu yang dikenali sebagai The Ring di Amerika.

Berikut dibawah ini adalah sepuluh buah filem seram Jepun yang sangat mengerikan untuk anda tonton!

 

1. As the Gods Will (2014)

Filem ini adalah filem yang menceritakan tentang beberapa orang pelajar yang bermain permainan melawan dewa yang hauskan darah. Jalan cerita yang sangat menegangkan dan menarik pasti pasti akan membuatkan anda ketagih.

Filem seram Jepun ini menceritakan tentang seorang pelajar, Shun yang inginkan perkara menarik terjadi dalam hidupnya. Tiba-tiba kepala gurunya meletup. Dia bersama kawan-kawannya terperangkap dalam permainan mengerikan dengan sebuah patung Daruma. Sesiapa yang kalah dalam permainan ini, mereka pasti akan mati.

 

2. Suicide Club (2001)

Filem seram Jepun yang diarahkan oleh Sion Sono ini ditayangkan pada tahun 2001. Walaupun sebuah filem lama, namun jalan cerita dalam filem ini masih membuatkan para penonton seram sejuk.

Filem seram Jepun ini dibuka dengan adegan yang sangat mengerikan. Terdapat 54 orang pelajar yang bunuh diri di landasan kereta api. Bunuh diri bersama-sama ini terjadi kerana sebuah laman web misteri yang menjual perkara-perkara yang menyimpang. Jangan tonton sendirian!

 

3. Tag (2015)

https://youtu.be/t59MDKNHXns?si=Qui8oHWVCKtyoT98

Filem seram Jepun ini dikenali juga sebagai Riaru Onigokko atau disebut dengan Tag. Kisah yang menceritakan tentang sebuah perkara yang penuh misteri. Dimulakan apabila Mitsuko menjadi salah seorang pelajar yang selamat dari kejadian aneh yang mengorbankan banyak nyawa.

Kejadian ini adalah kerana tiupan angin misteri yang melanggar sebuah bas dan memenggal kepala seluruh penumpang bas tersebut. Selain kejadian aneh itu, Mitsuko juga selalu menghadapi kejadian aneh membawa maut yang lain.

 

4. Carved: The Slit-Mouthed Woman (Kuchisake Onna) (2007)

Filem seram Jepun ini dianggap sangat menakutkan. Mengangkat kisah legenda terkenal Jepun tentang hantu wanita yang memiliki mulut robek dan akan membunuh mangsanya dengan gunting yang dibawanya. Lebih ngeri lagi, dia selalu bertanya “adakah aku cantik?” kepada setiap orang yang dijumpainya.

Jika ada yang berkata tidak, maka orang tersebut akan mati. Setiap adegan yang terjadi dalam filem ini juga pasti membuatkan jantung berdegup kencang.

 

5. Teketeke (2009)

Filem seram Jepun yang ditayangkan pada tahun 2009 ini juga mengangkat kisah legenda Jepun juga. Teke-teke adalah hantu wanita separuh badan yang merangkak dengan kedua-dia tangannya. Dia mati dengan tubuh yang terpotong menjadi dua kerana digilis kereta api.

IMG 8797

Rohnya tidak tenang, berkeliaran dan menghantui sesiapa sahaja yang dikehendaki. Lebih menyeramkan, sosok hantu teke-teke dalam filem ini juga akan membelah tubuh mangsanya menjadi dua.

 

6. Sadako Vs Kayako (2016)

Sadako vs Kayako, filem seram Jepun ini ditayangkan pada tahun 2016. Tontonan ini menampilkan perkara yang berbeza. Dua hantu lagenda Jepun bersatu dalam sebuah filem, Sadako dari filem The Ring dan Kayako dari filem The Grudge.

Mengisahkan tentang Natsumi yang menjadi perhatian dua hantu ini. Dia juga mendapat dua sumpahan. Pertama, dia melihat video terlarang dan kedua, dia masuk ke rumah puaka milik Kayako dan Toshio.

 

7. One Cut of the Dead (2017)

Filem ini menceritakan tentang zombie. Filem seram Jepun ini juga memiliki sisi menegangkan tetapi juga agak menghiburkan. Filem ini mendapat rating 100% dari Rotten Tomatoes.

One Cut of the Dead menceritakan tentang pasukan produksi yang ingin menghasilkan filem zombie di sebuah bangunan yang dipercayai dihuni oleh zombie dan ternyata benar, mereka bertemu zombie yang sebenar.

 

8. One Missed Call (2003)

One Missed Call menceritakan tentang sebuah panggilan telefon yang terakam dalam peti suara. Namun, panggilan ini misteri. Bahkan jika sesiapa mengangkatnya, nyawa boleh menjadi taruhan.

Mengisahkan tentang Yumi dan kawan-kawannya yang mendapat gangguan panggilan misteri hingga akhirnya kematian menjemput seorang demi seorang. Bolehkah mereka menyelamatkan diri dari gangguan misteri tersebut?

 

9. Suicide Forest Village (2021)

Biasa dengar tentang hutan Aokigahara yang terkenal dengan kisah seramnya? Hutan yang disebut-sebut paling puaka di dunia tersebut diadaptasi menjadi filem dengan tajuk Suicide Forest Village.

Kisah filem ini bermula apabila Hibiki dan Mei menemui sebuah kotak misteri. Kerana ingin tahu, mereka terus membukanya tanpa memikirkan asal-usul kotak tersebut. Ternyata, kotak tersebut menyimpan sumpahan yang mengerikan dari hutan Aokigahara. Adakah mereka terselamat dari sumpahan tersebut?

 

10. Sadako DX (2022)

Hampir sama dengan siri filem sebelum ini, Sadako DX masih fokus pada gangguan hantu wanita berambut panjang. Gangguan hantu Sadako bermula dari seorang remaja perempuan yang bernama Ayaka Ichijo yang mendengar legenda sumpahan rakaman video.

Filem seram jepun

Ayaka justru menganggapnya hanya mitos belaka. Namun, semuanya berubah apabila adik Ayaka, Futaba, melihat salinan rakaman tersebut dan meninggal dunia dalam masa 24 jam selepas itu. Tidak dapat menerima kematian adiknya, akhirnya Ayaka memutuskan untuk menyiasat tentang sumpahan rakaman video tersebut.

10 filem seram Jepun di atas memang sangat menegangkan, mempunyai jalan cerita yang menarik bahkan boleh membuatkan sesetengah peminat filem seram meremang.

Baca lagi: 7 Pilihan Drama dah Filem Seram Korea yang Hingga Hari Ini Masih Ditonton
Baca juga: 14 Pilihan Filem Seram Jepun dengan Tema Sekolah dan Permainan, Berani Tonton?