Home Movie Barat 10 Filem Seram Komedi Tentang Rumah Berhantu, Ngeri dan Lucu Silih Berganti

10 Filem Seram Komedi Tentang Rumah Berhantu, Ngeri dan Lucu Silih Berganti

0

Rumah berhantu sejak zaman berzaman memang sinonim dengan kisah-kisah seram. Masyarakat Malaysia memang sudah biasa dengan cerita rumah berhantu dan setiap wilayah pasti ada cerita masing-masing.

Rumah berhantu sering juga diangkat dalam filem-filem seram sebagai tema utama dan biasanya filem seram dengan tema rumah berhantu ini mendapat sambutan hangat. Lebih-lebih lagi jika kisah seram komedi yang pasti akan membuatkan para penonton terhibur dan ketawa tidak kering gusi.

Beberapa buah filem seram yang bertemakan rumah berhantu telah berjaya membuatkan para penonton berteriak histeria! Contohnya seperti Paranormal Activity (2008), Insidious (2010), dan juga The Conjuring (2012), namun terdapat beberapa buah filem bertema sama yang berani melakukan eksperimen dengan memasukkan elemen komedi ke dalam cerita mereka.

Berikut ini adalah senarai beberapa buah filem seram komedi yang membawa latar dan tema rumah berhantu yang pastinya akan membuatkan anda terhibur, ngeri dan lawak jenaka silih berganti! Mari sama-sama kita lihat ya.

Filem seram komedi

1. House (1985) merupakan filem legenda karya pencipta filem yang memang pakar dalam genre seram komedi iaitu Steve Miner. Oleh sebab filem ini sangat berjaya, tiga sekuel telah dihasilkan!

 

690ef2e4 a0f8 441c 9642 4973626f7215

2. Diarahkan oleh Tim Burton, Beetlejuice (1988) penuh dengan kesan khas filem-filem beliau. Meraih Best Horror Film di Saturn Awards ke-16

 

2c0d75ae d048 4788 9f49 5f9a7bbdb439

3. Sebelum trilogi The Lord of the Rings, Peter Jackson pernah menggarap filem bertemakan rumah berhantu, The Frighteners (1996). Sudah menonton?

 

e67b0743 ae6a 43e4 b588 84e2989e0272

4. Anda perlu menonton filem versi original Haunted Mansion, The Haunted Mansion (2003) yang dibintangi oleh Eddie Murphy

 

4194f7e4 1696 46da a6a8 7fa07441aa6e

5. Gara-gara berpindah ke rumah berpuaka, sepasang suami isteri dikurniakan anak kiriman iblis. Apakah yang sebenarnya terjadi dalam Hell Baby (2013)?

 

723e4571 c642 414f 9161 5211e9fca114

6. Housebound (2014) dipenuhi dengan karakter unik yang pasti membuatkan para penonton terhibur. Salah satunya adalah Amos (Glen-Paul Waru), polis yang percayakan perkara-perkara mistik

 

e77b250e acc2 416d be54 4712ccb9651e

7. Pernah membayangkan band rock seperti Foo Fighters berlakon dalam filem seram komedi? Studio 666 (2022) bakal menjawab imaginasi anda!

 

8b469395 653f 430c a0bd d82361dfe81a

8. Deadstream (2022) menampilkan kisah rumah berhantu yang seram dan juga penuh lawak jenaka. Satira yang tajam, khususnya bagi para pencipta konten di media sosial

 

de8c348f bcd2 4a02 b6a9 9a9391e9dfbc

9. Mana satu yang lebih menyeramkan, putus cinta atau tinggal di rumah berhantu? Tonton kisah Will (Jon Michael Simpson) dalam filem seram komedi Sorry About the Demon (2023)

 

d6fb84db 781b 48ea abfa bd51b3d6b123

10. We Have a Ghost (2023) fokus pada sebuah keluarga yang viral di internet kerana mereka berkawan dengan hantu yang mendiami rumah mereka

Peminat filem seram komedi pasti sudah tidak asing lagi dengan filem-filem di atas bukan? Mendebarkan dalam masa yang sama menghiburkan. Sesuai ditonton di masa lapang anda!

Baca lagi: 10 Cadangan Filem Seram Komedi Thai Penuh Lawak, Klasik dan Unik
Baca juga: 7 Filem Seram Komedi Korea Ini Menjadi Kurang Seram Kerana Adanya Adegan Lucu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here