Kehadiran pembunuh bersiri dalam filem-filem seram mampu memberikan suasana tegang dan cemas tersendiri.
Filem seram bukan sahaja tentang hantu atau roh-roh ghaib, perilaku manusia yang tidak normal pun boleh berubah menjadi sesuatu yang menakutkan dan menyeramkan!
Namun, bagaimanakah jika pembunuh bersiri yang hadir bukan hanya seorang? Bagaimana jika satu keluarga adalah pembunuh bersiri? Tentu sahaja membuatkan jalan cerita lebih sadis, seram dan menakutkan.
Para pembuat filem Hollywood dengan cemerlang menampilkan kisah sebuah keluarga pembunuh bersiri ke dalam acuan filem. Sepatutnya keluarga adalah tempat terbaik untuk kembali dan menenangkan, tetapi dalam filem-filem seram ini, keluarga digambarkan dengan sangat mengerikan!
Menampilkan adegan penuh darah, beberapa buah filem seram tentang keluarga pembunuh bersiri keluaran Hollywood berikut ini wajib anda tonton, kalau boleh jangan menonton sendirian. Jom sama-sama kita lihat:
1. Permainan sorok-sorok (hide and seek) menjadi tema dan rujukan untuk filem Ready or Not (2019). Sebuah keluarga melakukan permainan yang membawa maut pada malam perkahwinan ahli keluarga mereka, dibintangi Samara Weaving
2. You’re Next (2013) dianggap sebagai filem komedi seram terbaik sepanjang zaman. Watak utama, Erin, menentang kemahuan keluarga dan berakhir dengan tragis
3. Us (2019) menjadi karya Jordan Peele yang paling ikonik. Sebuah keluarga diserang oleh keluarga lain yang ternyata merupakan jelmaan mereka sendiri (doppelgangers). Seram!
4. Walaupun animasi, Coraline (2009) adalah filem klasik yang menyeramkan. Watak utama, Coraline, menemui keluarganya yang lain di dunia paralel
5. Sebuah lagi karya Jordan Peele, Get Out (2017) mempunyai plot yang pasti buat anda ternganga. Keluarga Armitage memerangkap dan menjual orang-orang berkulit hitam!
6. Tim Burton menghadiahkan filem seram komedi yang unik, Beetlejuice (1988). Keganasan dan gangguan yang menerpa keluarga Deetz sangat seram dan menakutkan
7. Ibu bapa kepada mangsa gangguan seksual membalas dendam terhadap sekumpulan remaja dalam The Last House on the Left (1972). Banyak adegan yang ganas dan menyeramkan!
8. Klan Firefly dalam House of 1000 Corpses (2003) menjadi keluarga dalam filem yang paling jahat dan brutal. Mereka suka membunuh para pengembara
9. Keluarga Torrance dalam The Shining (1980) mengalami musim dingin yang mencengkam di sebuah hotel. Kengerian filem ini pasti menggoncang psikologi anda!
10. Keluarga Sawyer dalam The Texas Chainsaw Massacre (1974) sangat mengerikan. Banyak adegan brutal dan kanibal dalam filem seram ini
Menonton filem seram dengan hanya seorang pembunuh bersiri sahaja sudah menyeramkan, apatah lagi jika satu keluarga semuanya pembunuh bersiri, pasti lebih ngeri bukan? Jika anda berani menonton dan suka menguji adrenalin anda, jom masukkan semua filem seram tentang keluarga pembunuh bersiri ini ke dalam senarai tontonan anda!