Home Movie 10 Filem Tentang Saham, Berdasarkan Kisah Benar

10 Filem Tentang Saham, Berdasarkan Kisah Benar

0

Jika berbicara tentang saham, pastinya orang yang tidak mahir tentang selok belok saham akan rasa pening dengan setiap maklumat tentangnya. Apatah lagi jika membahaskan tentang pasaran saham dan segala kemungkinan pelaburan. Sukar untuk difahami oleh orang-orang yang tidak pernah terlibat dengan urusan jual beli saham.

Buat anda yang kini sedang belajar tentang pelaburan dan tertarik untuk berurusan dengan jual beli saham, cuba tonton filem tentang saham yang berikut ini. Sedikit sebanyak ilmu tentang saham boleh dipelajari dan semuanya terasa lebih ringan untuk difahami. Anda mungkin boleh memahami dunia pelaburan dengan lebih mudah sebelum anda belajar teori dan praktikal sebenar urusan jual beli saham.

Berdasarkan kisah benar, 10 filem tentang saham ini harus berada dalam dalam senarai tontonan anda yang menyukai tema ini! Jom kita lihat dibawah ini ya!

Filem

1. Filem tentang saham bertajuk The Wizard of Lies ini berdasarkan kisah benar, tentang kes penipuan terbesar di Amerika Syarikat. Cuba tonton!

 

 

2. Kes sebenar, Enron: The Smartest Guys in Room mengisahkan tentang skandal penipuan. Kesannya sangat luar biasa!

 

3. Filem tentang saham ini bertajuk Equity. Menggambarkan kehidupan para pegawai bank pelaburan secara realistik

 

 

IMG 35454. Money adalah filem Korea yang mengisahkan tentang broker saham baru yang rupa-rupanya terlibat dengan kes penipuan. Bagaimana nasibnya?

 

5. The Big Short adalah filem tentang saham yang menggambarkan betapa rumitnya krisis ekonomi. Wajib tonton!

 

6. Margin Call menceritakan tentang 36 jam pertama di bank ketika krisis ekonomi pada tahun 2008-an. Cerita yang sangat menarik!

 

7. Banyak pengetahuan dan ilmu yang boleh diceduk jika anda menonton Wall Street. Anda boleh belajar cara melabur dengan betul!

 

8. Saksikan biografi broker saham yang bernama Jordan Belfort dalam The Wolf of Wall Street. Cerita serius yang turut dihiasi dengan komedi

 

 

IMG 35469. Mengusung konsep filem dokumentari, Inside Job adalah filem tentang saham yang berbaloi untuk ditonton. Tentang krisis kewangan pada tahun 2000-an

 

10. Boiler Room mengangkat cerita pelajar yang kandas dan tidak berjaya menghabiskan pengajiannya yang terjebak dalam pelaburan. Penuh dengan pengajaran!

Boleh dijadikan alternatif tontonan anda, 10 filem yang tersenarai tersebut adalah tayangan yang sesuai untuk anda jika anda ingin mempelajari saham. Melalui kisah ini semua, anda boleh mendapat gambaran tentang dunia pelaburan. Selamat menonton!

Baca lagi: 10 Kdrama Aksi yang Dilabel Sebagai Tontonan Dewasa, Brutal dan Disturbing
Baca juga: Hangat! Kisah Perkahwinan Kontrak Diadaptasi dari Webtoon