Home Entertainment 10 Filem Tentang Teknologi Masa Depan

10 Filem Tentang Teknologi Masa Depan

0

Menonton filem adalah salah satu aktiviti yang digemari oleh ramai orang. Selain boleh melihat dunia fiksyen dan jalan cerita yang menarik, perkara-perkara baru juga boleh kita temui sewaktu menonton filem.

Terutamanya dalam filem yang bertemakan teknologi masa depan atau yang termasuk ke dalam genre filem sains fiksyen. Sepanjang menonton filem tentang teknologi masa depan, anda akan dipersembahkan dengan berbagai-bagai jenis teknologi dan peralatan canggih yang menakjubkan.

Filem

Berikut merupakan 10 senarai filem tentang teknologi masa depan, jom sama-sama kita lihat seperti di bawah ini!

1. Ready Player One (2018)

Berlatarkan tahun 2045, Ready Player One menunjukkan wilayah yang berantakan. Hampir semua manusia menggunakan VR sebagai alat mereka untuk hidup di dunia virtual yang bernama OASIS.

Wade Watts adalah salah seorang pemain yang mempunyai misi untuk memenangi setiap game untuk mengambil alih pemilikan OASIS. Selain mendapat kuasa sepenuhnya, dia juga akan mendapatkan 500 dolar AS sebagai warisan dari pemilik OASIS, iaitu Halliday.

2. Alita The Battle Angel (2019)

Alita dicipta di sebuah ruangan oleh Dr. Dyson yang menjadikannya sebuah robot manusia ataupun cyborg. Tidak hidup dan bergerak seperti manusia pada umumnya, Alita memiliki kebolehan khas dan turut ditanamkan perasaan cinta.

Cyborg merupakan ancaman bagi kota mereka sehingga Dr. Dyson terus berusaha untuk melindungi Alita. Sedangkan Alita merasakan gejolak rasa ingin tahu masa lalunya yang penuh misteri.

3. The Space Sweepers (2020)

The Space Sweepers menjadi filem pertama Korea Selatan yang mengangkat tema futuristik dengan kualiti visual yang boleh menandingi hasil penerbitan Hollywood. Ia menceritakan tentang kehidupan di luar angkasa dengan adanya orbit baru yang boleh diduduki oleh manusia sebagai pengganti bumi yang sudah rosak.

Namun, sayangnya tidak semua orang boleh masuk ke orbit baru tersebut, salah satunya adalah kumpulan Victory. The Space Sweepers dibintangi oleh pelakon popular seperti Song Joong-ki, Kim Tae-ri, Jin Seon-kyu dan Yoo Hae-jin. Kehebatan jalan cerita telah berjaya mencipta ketegangan dan komedi di dalamnya.

4. The Tomorrow War (2021)

Seorang veteran yang merupakan tentera sukarelawan yang mewakili keluarganya, Dan Forester, pergi menuju ke masa depan 30 tahun dari masa kini. Manusia melawan raksasa ganas yang menjajah bumi.

Bersama rakannya, Dorian, pengidap kanser dan Charlie yang tidak berpengalaman dalam situasi perang, mereka berusaha melawan setiap raksasa. Tentangan yang mereka hadapi semakin sulit kerana ahli pasukan mereka ramai yang tewas.

5. Avengers: Endgame (2019)

Mungkin hampir semua peminat filem sudah biasa dengan Avengers: Endgame yang menjadi filem terakhir ikonik dari rangkaian filem Marvel. Thanos sudah berjaya menghilangkan separuh populasi manusia di dunia ini, tapi Avengers tetap bergerak ingin mengubah keadaan tersebut.

Mereka membuat mesin waktu untuk pergi ke tempat dan masa lalu untuk mengumpulkan kembali infinity stone. Kepulangan semula keluarga dan manusia yang hilang dibayar oleh nyawa dan perjuangan Avengers yang bertemu berbagai-bagai musuh yang pernah dihadapi.

6. Inception (2010)

Cerita tentang teknologi masa depan selanjutnya adalah Inception. Filem yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio ini menceritakan tentang ejen perisik yang mencuri maklumat melalui alam mimpi.
Filem tentang teknologi masa depan ini berjaya membawa pulang empat Anugerah Oscar.

7. Interstellar (2014)

Filem penuh plot twist ini merupakan salah sebuah cerita tentang teknologi masa depan yang sangat popular. Ia menceritakan tentang seorang bekas juru terbang NASA bernama Cooper yang mendapat sebuah misi. NASA mengarahkan Cooper untuk mencari planet baru yang boleh didiami oleh manusia. Berjayakah Cooper menyelesaikan misi tersebut?

8. Tenet (2020)

Peminat filem tentang teknologi masa depan wajib menonton Tenet. Dibintangi oleh Robert Pattinson ini menceritakan tentang ekspedisi penjelajahan waktu untuk mencegah terjadinya perang ketiga. Bukan hanya menampilkan adegan aksi yang berjaya membawa suasana tegang, di sepanjang ceritanya anda akan dikejutkan dengan berbagai-bagai plot twist yang tidak disangka-sangka.

9. Transformers (2007—2023)

Siri Transformers juga wajib anda masukkan ke dalam senarai tontonan. Ia dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis senjata canggih dan robot yang boleh berubah bentuk.

10. Dune (2021)

Dune fokus kepada keluarga penguasa lautan, Atreides. Diceritakan keluarga Atreides perlu bertahan hidup di planet baru kerana menerima tugas dari maharaja. Di planet tersebut dia perlu berhadapan dengan cuaca gurun yang sangat ekstrem hingga kepada macam-macam musuh yang sudah bersedia untuk membunuh mereka. Menarik bukan?

IMG 3973

Filem sains fiksyen tentang teknologi masa depan yang tersenarai di atas mempunyai jalan cerita dan kualitinya juga tidak dapat dinafikan. Sangat sesuai untuk ditonton di waktu lapang anda. Selamat menonton!

Baca lagi: 10 Filem dan Kdrama Tentang Perjuangan Bapa, Pasti Mengundang Emosi
Baca juga: The Moon Filem Terbaru Korea, D.O EXO Terdampar Di Bulan