Para peminat Marvel mulanya tidak berapa berminat dengan karakter Scott Lang. Namun pelakon ternama Paul Rudd yang membawakan watak ini telah berjaya memikat hati para peminat Marvel.
Paul Rudd adalah pelakon yang membawa watak Ant-Man dan seperti yang diketahui ramai, pelakon ini sentiasa kelihatan awet muda, pelakon dengan nama asal Paul Stephen Rudd ini rupa-rupanya sudah berusia 54 tahun! Selain menjadi pelakon, Paul Rudd juga merupakan seorang sebagai pelawak, penulis skrip, dan juga produser.
Paul Rudd cukup popular semasa zaman mudanya, selain popular dalam siri filem Marvel, Paul Rudd yang dilahirkan di Passaic, New Jersey, Amerika Syarikat pada 6 April 1969 ini ternyata telah membintangi banyak filem lain yang turut berjaya membawa keuntungan besar. Sebelum Ant-Man and the Wasp: Quantumania, beberapa buah filem Paul Rudd juga telah berjaya meraih kejayaan luar biasa dalam industri hiburan.
Selain siri ketiga Ant-Man, berikut merupakan filem Paul Rudd yang paling laris di dunia. Angka pendapatannya pasti mengejutkan anda! Jom sama-sama kita lihat seperti di bawah ini:
1. Tampil membawa watak sebagai pembaca berita yang meyakinkan, Anchorman 2: The Legend Continues (2013) memperoleh 172 juta dolar AS
2. Meraih 176 juta dolar AS, The 40 Year-old Virgin (2005) berjaya menjadi filem romantik komedi terbaik dan terlaris pada masa itu
3. Salah sebuah filem sekuel dengan jarak masa paling lama, Ghostbusters: Afterlife (2021) menyebat angka 203 juta dolar AS keuntungan!
4. 219 juta dolar AS berjaya dikaut Knocked Up (2007). Filem romantik komedi Judd Apatow ini selalu berjaya membuat penonton senak perut ketawa!
5. Monsters vs. Aliens (2009) menjadi filem animasi terlaris Paul Rudd dengan mengaut keuntungan sebanyak 381 juta dolar AS
6. Filem pertama tentang manusia semut yang luar biasa tidak mengecewakan. Ant-Man (2015) meraih pendapatan 518 juta dolar AS
7. Muzium dengan pelbagai kisah misteri dan teka teki, Night at the Museum (2006) berjaya mendapat angka 579 juta dolar AS di box office
8. Scott Lang bertemu rakan baru dalam Ant-Man and the Wasp (2018). 623 juta dolar AS berjaya diraih untuk filem kedua manusia semut ini
8. Mendapat 1.153 billion dolar AS, Paul Rudd debut sebagai Ant-Man dalam Captain America: Civil Wars (2016)
10. Paul Rudd juga terlibat dalam filem Avengers: Endgame (2019), salah satu filem terlaris sepanjang zaman yang meraih 2,798 billion dolar AS
Sebelum turut terlibat dalam projek MCU, Paul Rudd ternyata aktif membintangi beberapa buah filem romantik komedi atau romcom. Beberapa buah filemnya berjaya meraih kejayaan besar dengan pendapatan yang lumayan. Filem MCU yang dibintanginya juga menampilkan unsur komedi yang berjaya menambah rasa dalam jalan cerita dan kehadirannya selalu menghiburkan.