Home Movie Barat 10 Filem Thriller Ini Kurang Dialog Tapi Sangat Mencengkam Perasaan, Suasana Genting...

10 Filem Thriller Ini Kurang Dialog Tapi Sangat Mencengkam Perasaan, Suasana Genting Penuh Debaran

0

Pelbagai cara dilakukan oleh para pencipta filem thriller untuk menyampaikan cerita dalam filem yang mereka hasilkan. Salah satunya adalah dengan menampilkan dialog para pelakon yang kompleks dan berkesinambungan.

Namun, dialog yang berat bukan satu-satunya jalan untuk mencipta filem yang berkualiti. Banyak filem thriller yang menggunakan dialog yang kurang atau minimum sebagai nilai dan tarikan utama mereka. Penggunaan dialog yang sedikit tersebut ternyata mampu menambah suasana tegang dalam filem-filem thriller di bawah ini.

Anda ingin tahu senarai filem-filem thriller tersebut? Mari lihat dibawah ini ya!

 

52ca5e38 d423 435f ab67 3966f524e562

1. Sesuai dengan tajuknya, A Quiet Place (2018) mengajak penonton untuk tidak bersuara hingga filem berakhir kerana suasana tegang yang ditampikan dalam filem tersebut, bersuara bermakna mempertaruhkan nyawa!

 

cb58901b 4a47 4807 8eb7 79c27c1104df

2. Seorang vampire memburu lelaki yang tidak menghormati wanita dalam A Girl Walks Home Alone at Night (2014). Thriller dan seram bergabung menjadi satu!

 

a4ace5f0 85ca 41a5 8583 1006ace68c09

3. Selepas pindah rumah ke tengah-tengah hutan, seorang penulis yang mempunyai masalah pendengaran dan juga tidak boleh bercakap perlu menghadapi gangguan pembunuh bertopeng dalam Hush (2016)

 

7012e89d 57ac 4804 a2af e1f7d6f5a223

4. Leonardo DiCaprio terpaksa bertahan hidup sendirian di tengah hutan belantara yang dihujani salji selepas diserang beruang dalam The Revenant (2015)

 

50fa4fe6 931b 4b20 b003 cc2bf0512b78

5. Meneruskan kisah filem pertamanya, A Quiet Place Part II (2020) menampilkan kisah perjuangan keluarga Emily Blunt yang mencari bantuan untuk bertahan hidup

 

Filem thriller

6. Scarlett Johansson membawa watak sebagai alien pemangsa manusia dalam filem sains fiksyen, Under the Skin (2013). Terlalu ngeri!

 

d43fa90d 4385 4530 81f3 468355e49ceb

7. Dibintangi oleh Ryan Gosling dan Oscar Isaac, Drive (2011) menampilkan usaha seorang pemandu yang terperangkap dalam masalah selepas membantu jirannya

 

75fa209d dcef 403b 8b81 2e3922c731d6 1

8. The Descent (2005) mengisahkan tentang para penjelajah yang terperangkap dalam gua dan perlu berhadapan dengan raksasa yang sangat sensitif dengan suara dan bunyi

 

7588c5c3 3bcf 40ed b2f2 dd3c92c2c1fa

9. Elizabeth Olsen mengalami gangguan mengerikan ketika sedang bercuti di kampung bersama ayah dan bapa saudaranya dalam Silent House (2011)

daaea43a 3b24 4014 968e 311791e2050a

10. Tom Hanks terdampar di sebuah pulau terpencil dan perlu bertahan hidup sendirian dalam sebuah filem yang sangat meruntun emosi, Cast Away (2000)

Walau mempunyai tema dan plot yang berbeza-beza, filem-filem thriller di atas ini secara luar biasa berjaya membuktikan bahawa dialog panjang bukan satu-satunya cara untuk menyampaikan cerita yang menegangkan.

Baca lagi: 9 Filem Seram Berlatarkan Hospital Sakit Jiwa, Menakutkan
Baca juga: 9 Filem Thriller Korea yang Mendebarkan, Filem Bagus tapi Underrated