Home Entertainment 10 Filem Thriller Korea Adaptasi dari Novel, Mencemaskan

10 Filem Thriller Korea Adaptasi dari Novel, Mencemaskan

0

Selain drama, banyak juga filem thriller Korea Selatan yang diadaptasi dari novel. Tidak kiralah novel karya penulis Korea sendiri ataupun karya penulis dari negara luar. Genre yang ditampilkan juga adalah pelbagai, bermula dari genre romantik, melodrama, slice of life, dan juga thriller.

Jika anda adalah peminat filem thriller, anda wajib menonton filem-filem Korea berikut ini kerana filem-filem ini menampilkan kisah yang menarik dan juga berjaya mencipta suasana tegang dan mencemaskan.

Semua filem thriller ini menampilkan pelbagai latar seperti latar di masa kini hingga era di mana Korea masih di bawah pemerintahan penjajah Jepun, jom kita lihat senarai di bawah ini.

da73f712 4aed 4261 868c 9c0271c5ee39

1. Unlocked (2023) adalah sebuah filem thriller yang mengisahkan tentang kejahatan yang dilakukan melalui telefon pintar, diadaptasi dari novel Jepun Sumaho o Otoshita dake karya Akira Shiga

 

Filem thriller 2. Christmas Carol (2022) diadaptasi dari novel karya Joo Won Kyu bertajuk sama, mengisahkan tentang aksi balas dendam atas kematian saudara kembar

 

49b30a75 bbb4 41ea b9fe 44c29ef41c173. Diadaptasi dari novel karya Kim Young Ha, Memoir of a Murderer (2017) menceritakan tentang seorang pembunuh bersiri yang menderita penyakit Alzheimer

 

db5e2179 6e46 41ab b383 8287274568474. Beasts Clawing At Straws (2020) adalah sebuah filem thriller yang menceritakan tentang pelbagai insiden yang disebabkan oleh sebuah beg yang dipenuhi duit, diadaptasi dari novel Jepun karya Keisuke Sone

 

 

571b922b ef43 44e0 98a7 aa0ee30b6dc35. Golden Slumber (2018) diadaptasi dari novel Jepun bertajuk sama karya Kotaro Isaka, mengisahkan tentang seorang penghantar barang yang difitnah sebagai pembunuh

 

4ab9a8ee e9f3 432e 9bad 123602e9cfb2

6. The Handmaiden (2016) adalah kisah tentanf aksi penipuan dah menyajikan plot twist, filem ini diadaptasi dari novel Fingersmith karya Sarah Waters

 

44424475 7fd2 4335 8bd4 eddd4fdeb3ef

7. Mengisahkan tentang aksi polis yang dibintangi Lee Jung-hyun dalam menyelesaikan kes penculikan kanak-kanak, Limit (2022) diadaptasi dari novel karya Hisashi Nozawa bertajuk Kiroi Jou

 

8250ee03 8fc6 4410 b15b 872f9ca609f4

8. Broken (2014) adalah filem thriller yang mengisahkan tentang balas dendam seorang ayah atas kematian anak perempuannya berdasarkan novel Samayou Yaiba karya Keigo Higashino

 

452a304f 51fc 4a1e 8f11 1b9b1b82c9c69. The Tooth and the Nail (2017) diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Bill S. Ballinger, menceritakan tentang misteri pembunuhan di sebuah rumah agam

 

0d98fbb4 1c62 4cba ac73 081676ab730f

10. Diadaptasi dari Sound of the Wind karya Mai Jia, Phantom (2023) mengisahkan tentang aksi 5 orang individu untuk melarikan diri setelah disyaki sebagai pengintip

Filem adaptasi novel selalunya mempunyai daya tarikan yang tersendiri, lebih menarik bagi orang yang telah membaca novel tersebut terlebih dahulu. Senarai filem Korea adaptasi novel di atas juga menyajikan kisah yang menarik dan mencemaskan dan pastinya wajib dimasukkan ke dalam watchlist anda!

Baca lagi: 9 Filem Jenayah Korea Underrated Yang Harus Ditonton
Baca juga: 10 Kdrama Original Disney+, Menarik dan Pelbagai Genre