Minat filem thriller? Selain drama siri, banyak juga filem Korea yang kisahnya diadaptasi dari novel terkenal
Tidak kiralah novel itu karya penulis yang berasal dari Korea sendiri ataupun karya penulis dari negara luar. Genre yang dibawa juga ada bermacam jenis, seperti romantik, melodrama, slice of life, dan juga thriller.
Jika anda adalah peminat genre thriller, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton beberapa buah filem Korea yang berikut ini kerana menampilkan kisah yang menarik dan berjaya membawa suasana cemas.
Bermula dari yang berlatarkan masa kini hingga era di mana Korea masih di bawah pemerintahan penjajah Jepun, jom sama-sama kita lihat senarai filem thriller Korea di bawah ini:
1. Unlocked (2023) adalah sebuah filem thriller yang mengisahkan aksi kejahatan melalui telefon pintar, diadaptasi dari novel Jepun Sumaho o Otoshita dake karya Akira Shiga
2. Christmas Carol (2022) diadaptasi dari novel karya Joo Won Kyu berjudul sama, mengisahkan tentang aksi balas dendam atas kematian saudara kembar
3. Diadaptasi dari novel karya Kim Young Ha, Memoir of a Murderer (2017) menceritakan tentang seorang pembunuh bersiri yang menderita penyakit Alzheimer
4. Beasts Clawing At Straws (2020) adalah sebuah filem thriller yang menceritakan tentang berbagai-bagai insiden karena sejumlah duit dalam sebuah beg, diadaptasi dari novel Jepun karya Keisuke Sone
5. Golden Slumber (2018) diadaptasi dari novel Jepun berjudul sama karya Kotaro Isaka, mengisahkan tentang seorang penghantar bungkusan yang difitnah sebagai pembunuh
6. The Handmaiden (2016) yang mengisahkan tentang aksi penipuan namun menyajikan plot twist yang mengejutkan. Filam ini diadaptasi dari novel Fingersmith karya Sarah Waters
7. Mengisahkan aksi polis dalam merungkai kes penculikan anak kecil, Limit (2022) diadaptasi dari novel karya Hisashi Nozawa berjudul Kiroi Jou
8. Broken (2014) yang menceritakan tentang kisah balas dendam seorang ayah atas kematian anak perempuannya. Filem thriller ini berdasarkan novel Samayou Yaiba karya Keigo Higashino
9. The Tooth and the Nail (2017) diadaptasi dari novel berjudul sama karya Bill S. Ballinger, menceritakan tentang misteri pembunuh di sebuah rumah agam
Baca lagi: 4 Filem Thriller Korea Tentang Misi Menyelamatkan Tebusan
10. Diadaptasi dari Sound of the Wind karya Mai Jia, Phantom (2023) mengisahkan tentang kepayahan 5 orang individu untuk melarikan diri setelah disyaki sebagai pengintip dan perisik. Dibintangi Sol Kyung-gu, Lee Hanee, Park So-dam, Park Hae-soo, and Seo Hyun-woo.
Filem adaptasi novel selalunya mempunyai daya tarikan tersendiri, bagi orang yang telah membaca novelnya terlebih dahulu, pasti perasaan ingin tahu membuak-buak semasa menonton filem-filem ini. Senarai filem thriller Korea adaptasi novel di atas juga menyajikan kisah yang menarik dan mencemaskan dan memang wajib masuk ke watchlist anda!