Min Woo hyuk merupakan pelakon utama yang memegang watak Dr Roy Kim dalam drama siri Dr Cha, sedang mencuri perhatian para peminat Kdrama.
Woo min Hyuk wataknya adalah sebagai jejaka yang baik hati dan lembut bicara membuatkan ramai gadis-gadis cair dan mula jatuh hati.
Tahukah anda, pelakon kacak Min Woo Hyuk ini sudah pun mempunyai isteri dan malahan telah dikurniakan dua orang cahaya mata!
Isteri Min Woo Hyuk bernama Lee Se Mi yang juga merupakan seorang artis. Isterinya adalah bekas anggota kumpulan idol LPG yang kini merupakan pengacara rancangan home shopping.
Bukan hanya dalam drama, ternyata di dunia nyata Min Woo Hyuk juga merupakan seorang jejaka romantik, setia, dan bertanggung jawab. Pasangan selebriti Korea ini hidup sangat harmoni dan saling menyayangi.
Jom sama-sama kita lihat gambar-gambar romantik pasangan suami isteri ini:
1. Min Woo Hyuk melamar bintang idol dan yang kini merupakan pengacara iaitu Lee Se Mi pada tahun 2012
2. Kerana sifat pemalunya, Min Woo Hyuk sering serba salah dan tidak keruan sewaktu ingin mengajak Lee Se Mi berjanji temu dan menjalinkan hubungan. Mengejutkan apabila sebenarnya Lee Se Mi yang terlebih dahulu meluahkan perasaannya
3. Min Woo Hyuk yang tidak berpuas hati, meminta buah hatinya menarik kata-kata dah luahan perasaan gadis itu kerana dia ingin Lee Se Mi menjadi wanita pertama tempat dia meluahkan perasaan cinta. LOL
4. Sangat romantik, pelakon yang kini berusia 39 tahun ini melamar Lee Se Mi dalam penampilan persembahan muzikalnya. Dia memberi bunga kepada 200 orang penonton yang hadir lalu melamar Lee Se Mi di atas pentas sambil menangis terharu
5. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki pertama pada tahun 2015 yang bernama Yi Deun dan anak kedua, seorang anak perempuan, yang dilahirkan pada tahun 2020 lalu yang bernama Yi Eum
6. Min Woo Hyuk dan Lee Se Mi merupakan salah satu pasangan artis yang terkenal, mereka kerap muncul dalam reality show bersama
7. The Return of Superman dan juga Immortal Song adalah program TV yang pernah mereka hadiri bersama sebagai pasangan suami isteri
8. Dalam Immortal Song, pasangan ini telah membuatkan para penonton tersenyum kerana menunjukkan sikap romantik mereka sambil menyanyi di atas pentas
9. Suami yang sangat penyayang, Min Woo Hyuk selalu membantu Lee Se Mi menguruskan anak-anak mereka di rumah
10. Pelakon lelaki ini mudah tersentuh hati dan selalu menghargai isterinya. Dia mudah menitikkan air mata setiap kali mengingati perjuangan Lee Se Mi sebagai isteri dan ibu untuk anak-anaknya
Nampaknya Min Woo Hyuk memang bukan sahaja romantik dalam drama Dr Cha, tetapi dia juga sangat romantik dalam kehidupan nyatanya dengan isteri tercinta. Dia juga pernah menyatakan bahawa Lee Se Mi yang menyokong dan bersamanya sejak dia tidak mempunyai apa-apa dan tidak dikenali hingga dia kini dilabelkan sebagai salah seorang pelakon muzikal terbaik waktu ini.
Baca Lagi: 11 Sebab Dr Roy Sangat Prihatin Terhadap Dr Cha
Baca Juga: 10 Konflik Gong Tae Kyung Dalam “The Real Has Come”