10 foto Uhm Jung Hwa yang memukau ketika diawal kemunculannya, sangat berbeza dengan sekarang!
Sebagai penyanyi senior, nama Uhm Jung-hwa kembali meledak dan menjadi perhatian di seluruh dunia kerana artis serba boleh ini membintangi drama siri Doctor Cha (2023) yang memang sedang trending sekarang ini.
Diberi Kepercayaan untuk membawa watak utama sebagai Cha Jeong Suk, artis ini tampil bersahaja dan elegan dengan wataknya kali ini.
Namun, imejnya sewaktu menjadi penyanyi ternyata sangat jauh berbeza dengan wataknya dalam Doctor Cha. Lebih-lebih lagi foto-fotonya di awal debut yang kelihatan sangat funky dan memang berbeza!
Jom sama-sama kita lihat foto-foto Uhm Jung Hwa yang pasti mengejutkan anda:
1. Artis serba boleh ini debut sebagai penyanyi pada tahun 1993 melalui sebuah album studio ‘Sorrowful Secret’. Sewaktu pertama kali debut, Uhm Jung Hwa terus berjaya mencuri perhatian
2. Imejnya berubah menjadi dewasa dan lebih menarik selepas lima tahun melakukan debut, secara tepatnya semasa mengeluarkan album studio yang bertajuk ‘Invitation’ (1998)
3. Jika melihat foto semasa awal debutnya, dia kelihatan lebih polos dan manis bukan? Auranya juga menggambarkan kecantikan idol pada zamannya
4. Seiring berjalannya waktu, Uhm Jung Hwa tampil dengan imej yang lebih dark dan berani. Tapi penampilan tersebut tetap kelihatan sangat sesuai dibawa olehnya
5. Make up mata yang tebal dengan lipstik pink nude dan potongan rambut pendek menjadi gayanya waktu itu. Kelihatan sangat berbeza dengan Uhm Jung Hwa masa sekarang bukan?
6. Selain penyanyi, artis ini juga terkenal kerana lakonannya dalam filem komedi erotik yang bertajuk Marriage is a Crazy Thing (2002). Dia sangat bertuah kerana berjaya meraih anugerah hasil lakonannya dalam filem tersebut
7. Uhm Jung Hwa juga disebut-sebut sebagai ‘Madonna Korea Selatan’. Gelaran Madonna Korea Selatan diberikan kepadanya kerana dia adalah salah seorang penyanyi wanita KPop yang paling berpengaruh pada waktu itu
8. Pernah menyepikan diri sejak tahun 2017, artis ini telah melakukan kemunculan semula (comeback) melalui muzik dan drama pada tahun 2019. Namun, comeback-nya saat itu kurang mendapatkan perhatian daripada pada peminat
9. Uhm Jung Hwa sekali lagi comeback dalam sub unit baru bersama Lee Hyo Ri, BoA, Kim Wan Sun dan Hwasa MAMAMOO melalui Dancing Queens on the Road
10. Selain itu, wataknya sebagai Cha Jeong Suk dalam drama siri Doctor Cha (2023) kini sedang mencuri perhatian ramai
Uhm Jung Hwa dilahirkan pada 17 Ogos 1971 ialah merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pereka pakaian terkenal dari Korea Selatan. Uhm Jung Hwa memulakan kariernya sebagai ahli korus untuk MBC dari tahun 1987 sehingga tahun 1990.
Artis hebat ini membuat penampilan filem pertamanya dalam Marriage Story dan mengeluarkan album studio pertamanya, Sorrowful Secret. Uhm Jung Hwa dianggap sebagai salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam industri hiburan Korea.
Baca Lagi: 6 Fakta Uhm Jung Hwa, Bakal Mengejutkan Anda
Baca Juga: Song Hye Kyo, Han So Hee Tarik Diri Dari “The Price Of Confession”