Home Entertainment 10 Kdrama 2023 Adaptasi Webtoon Rating Tertinggi di MyDramaList

10 Kdrama 2023 Adaptasi Webtoon Rating Tertinggi di MyDramaList

0

Kdrama hasil adaptasi webtoon semakin popular. Setidaknya ada 49 tajuk yang sudah dan dijadualkan tayang pada 2023.

Dari belasan yang sudah ditayangkan, ratingnya di MyDramaList majoriti sangat baik, sehingga ada yang mencapai rating 9,0/10. Yang lainnya juga mencetak angka yang tidak jauh dari itu.

Berikut ini 10 Kdrama tahun 2023 hasil adaptasi webtoon dengan rating tertinggi di MyDramaList sehingga bulan Ogos 2023:

 

 

1. Moving

IMG 6434

Drama Korea ini berasal dari webtoon bertajuk sama karya Kang Full. Drama siri original dari Disney+ ini dipuji kerana jalan ceritanya yang kemas, mendebarkan, penuh adegan aksi, tetapi juga romantis dengan gabungan kisah cinta para karakternya.

Dibintangi Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo, Zo In-sung, Cha Tae-hyun, Ryoo Seung-bum, Kim Sung-kyun, Lee Jung-ha, Go Youn-jung, dan Kim Do-hoon. Moving adalah drama fantasi aksi thriller dan romantis tentang sekumpulan manusia yang memiliki kekuatan super, tetapi memilih menyembunyikannya. Saat ada pihak yang ingin membunuh mereka, para manusia dengan kekuatan super ini pun harus bangkit dan berjuang demi orang-orang yang mereka sayang.

 

2. Taxi Driver Musim 2

IMG 6433

Drama ini adalah hasil adaptasi webtoon The Deluxe Taxi karya Carlos dan Keukeu Jae-in. Skornya adalah 8,9 dari 8.364 pengguna. Drama siri ini boleh ditonton di Viu. Taxi Driver Musim 2 masih menceritakan tentang sekumpulan geng yang membantu membalaskan dendam bagi orang-orang yang lemah.

Mereka melakukan aksi ini dengan menyamar sebagai pengelola syarikat teksi premium. Bergenre aksi thriller dan komedi, dibintangi oleh Lee Je-hoon, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Jang Hyuk-jin, dan Bae Yoo-ram.

 

3. Bloodhounds

IMG 6432

Kdrama hasil adaptasi webtoon karya Jeong Chan ini juga meraih rating tertinggi di MyDramaList. Skornya 8,7 dari 13.622 pengguna. Drama Netflix ini bergenre aksi thriller jenayah.

Bloodhounds mengisahkan tentang dua pemuda dengan latarbelakang berbeza yang terpaksa bekerja sebagai pemungut hutang. Namun kerana satu insiden, mereka berdua harus bangkit dan melawan penjahat kejam yang telah mengancam keluarga dan orang-orang disekeliling mereka. Dibintangi Woo Do-hwan dan Lee Sang-yi.

 

4. D.P. Musim 2

IMG 6430

Drama hasil adaptasi webtoon D.P Dog Day karya Kim Bo-tong ini meraih rating 8,7 dari 6.303 pengguna. Musim pertama siri ini meraih drama terbaik dari Baeksang Arts Awards dan Blue Dragon Series Awards. D.P. Musim 2 masih melanjutkan kisah pasukan askar D.P. dalam mengejar para askar yang melarikan diri dari tugasan mereka.

Namun mereka ini kebanyakan adalah mangsa kekerasan di barak tempat mereka bertugas. Dibintangi Jung Hae-in, Koo Kyo-hwan, Kim Sung-kyun, dan Son Suk-ku.

 

5. Duty After School: Part 1

IMG 6429

Kdrama thriller remaja ini meraih skor 8,6 dari 9.013 pengguna. Drama siri ini boleh ditonton di Viu dengan para pelakonnya antara lain Shin Hyun-soo, Lee Soon-won, Im Se-mi, Kwon Eun-bin, Kim Ki-hae, dan Kim Min-chul. Versi webtoon-nya dibuat oleh Ha Il-kwon.

Duty After School mengisahkan para pelajar sekolah menengah kelas 3 yang seharusnya menjalani ujian, tapi malah diminta untuk melawan makhluk asing yang datang ke Bumi. Para pelajar dijanjikan oleh pihak kerajaan bahawa mereka akan mendapatkan markah tambahan untuk masuk ke universiti, tetapi nyawa mereka menjadi taruhannya.

 

 

6. The Uncanny Counter 2: Counter Punch

IMG 6428

Drama siri ini masih melanjutkan cerita hasil adaptasi webtoon Amazing Rumor karya Jang Yi. Ratingnya di MyDramaList 8,6 dari 2.639 pengguna. Anda boleh menontonnya di Netflix.

The Uncanny Counter Season 2 masih melanjutkan kisah sekumpulan manusia terpilih dengan kekuatan super untuk melawan roh jahat yang mengancam manusia di Bumi. Dibintangi Jo Byeong-kyu, Yoo Jun-sang, Kim Se-jeong, Yeom Hye-ran, Ahn Suk-hwan, dan Yoo In-soo.

 

7. See You in My 19th Life

IMG 6427

Drama Korea ini menjadi satu-satunya Kdrama siri genre romantis yang masuk dalam senarai ini. Ratingnya mencapai 8,5 dari 17.680 pengguna. Kisahnya adalah hasil adaptasi webtoon bertajuk sama karya Lee Hye ini tayang di Netflix.

See You in My 19th Life mengisahkan seorang wanita yang mempunyai kemampuan untuk mengingati seluruh kelahirannya semula selama 18 kali kehidupan. Dalam kehidupannya yang ke-19, dia mencari lelaki yang disukainya dalam kehidupannya sebelumnya. Dibinyangi Shin Hye-sun dan Ahn Bo-hyun.

 

8. Divorce Attorney Shin

Diadaptasi dari Webtoon

Kdrama siri adaptasi webtoon Sacred Divorce ini adalah karya Kang Tae-kyung. Ratingnya di MyDramaList mencapai 8,3 dari 3.741 pengguna. Kdrama ini boleh disaksikan di Netflix.

Divorce Attorney Shin (2023) merupakan drama siri yang berkisar tentang kisah seorang peguam yang pakar dalam urusan penceraian iaitu Shin Sung Han (Choo Seung Woo). Melalui kes penceraian yang ditangani oleh Shin Sung Han, para penonton turut diajak untuk meneliti dan berfikir tentang realiti perkahwinan yang mempunyai banyak masalah. Ironinya, tidak semua pasangan dapat menyelesaikan konflik dengan cara yang baik. Beberapa kes terpaksa berakhir dengan perpisahan dan juga penceraian. Dibintangi Cho Seung-woo, Kim Sung-kyun, dan Jung Moon-sung.

 

9. The Killing Vote

Adaptasi webtoon

Kdrama siri thriller jenayah yang masih on going ini diadaptasi dari cerita webtoon National Death Penalty Vote karya Um Se-yoon dan Jung Yi-pum. Ratingnya 8,3 dari 703 pengguna. Kdrama siri ini tayang di Prime Video.

The Killing Vote mengisahkan undian suara nasional untuk membuat keputusan hukuman mati kepada para pelaku kriminal. Jika lebih dari 50% warga memilih untuk menjatuhkan hukuman, maka lelaki misteri dengan bertopeng anjing ini akan melaksanakan hukumannya. Dibintangi Park Hae-jin, Park Sung-woong, dan Lim Ji-yeon.

 

10. Black Knight

Kdrama

Drama siri Korea ini meraih rating 8,2 dari 9.544 pengguna. Ceritanya diadaptasi dari webtoon bertajuk sama karya Lee Yoon-kyun. Drama siri thriller ini boleh disaksikan di Netflix.

Siri yang diadaptasi berdasarkan webtoon popular yang telah memenangi Anugerah E-IP di Pasaran Filem Asia dengan tajuk yang sama ini berlatarbelakangkan tahun 2071 dengan dunia yang udaranya tercemar dimana manusia ketika itu harus bergantung kepada topeng oksigen untuk bernafas.

Semenanjung Korea saat itu mengalami “fenomena penggurunan” dimana rumput dan hutan menjadi kering akibat teriknya matahari dan menyebabkan banyak kebakaran berlaku. Kawasan gurun akan bertambah menjadi lebih luas apabila kemarau berlaku dan hanya 1% daripada penduduk yang dapat bertahan.

Dan disinilah, “Courier Service” memainkan peranan penting kerana itu adalah satu-satunya kerja bagi semua pelarian ketika itu untuk bertahan hidup dan kumpulan ini bertanggungjawab untuk kelangsungan hidup umat manusia yang hampir pupus. Dibintangi Kim Woo-bin, Song Seung-heon, dan Esom.

Baca lagi: 3 Bintang Korea Nana, Lee Min Ho dan Ahn Hyo Seop Bakal Bergandingan Dalam Filem Adaptasi Webtoon
Baca juga: 10 Pilihan Filem Aksi Korea Adaptasi Webtoon, Mesti Tonton