Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 10 Kdrama Detektif Menyelitkan Kisah kelakar Penuh Gelak Tawa

10 Kdrama Detektif Menyelitkan Kisah kelakar Penuh Gelak Tawa

0

Adakah anda bosan dengan Kdrama yang terlalu serius? Jika anda mahu meringankan kepala dengan menonton Kdrama yang menghiburkan, anda boleh menonton drama Korea genre detektif yang diberi sentuhan komedi.

Di sebalik kes mengerikan yang perlu diselesaikan, para detektif ini berjaya membuatkan para penonton tertawa dengan aksi-aksi lucu dan lawak jenaka yang tidak terduga.

Jika anda sedang mencari tontonan yang menggabungkan ketegangan dan gelak ketawa, Kdrama komedi yang bertemakan detektif sangat sesuai untuk anda. Sudah terdapat banyak drama Korea yang menggabungkan kedua-dua elemen ini.

Mari sama-sama kita lihat beberapa Kdrama tentang detektif yang mengandungi lawak jenaka lucu yang pasti membuatkan anda tertawa.

 

Kdrama1. Flex X Cop (2024) mengisahkan tentang seorang anak chaebol kaya raya yang terpaksa menjadi detektif. Tingkah lakunya sangat lucu dan membuatkan penonton terhibur

d53c1c6f 1735 4dfd a8da 1f1f7982fe4f2. Team Bulldog: Off-duty Investigation (2020) menyoroti aksi sekumpulan detektif dan produser TV dalam penyiasatan jenayah

ff46b623 b574 490f 911e e8e454e569543. Mengisahkan tentang polis baru, You’re All Surrounded (2014) menampilkan adegan-adegan lucu dari setiap detektif dalam pasukan ini

b0137d4d d0f9 4b43 aac4 cd1277403e024. The Fiery Priest (2019) menyoroti aksi lucu seorang pendeta, detektif, dan pendakwa raya dengan sifat mereka yang sangat berbeza

0728cbbb 7e28 4000 b542 174f87ad4d295. Mengisahkan tentang dukun palsu yang dulunya adalah seorang profiler jenayah, Cafe Minamdang (2022) pasti membuatkan anda tertawa dengan aksi lucu setiap karakter

3d60e482 2c3a 4e2a ae8d a884fd5fd6356. Lawak jenaka karakternya selalu membuatkan penonton pecah tawa, From Now On, Showtime! (2022) menceritakan tentang seorang detektif dan ahli silap mata yang bekerja sama dengan hantu

8543ff2e b8ff 496d ae99 626f4e9a55e47. Zombie Detective (2020) menampilkan kisah lucu dan menarik tentang zombie yang menjadi seorang detektif

325b0906 828a 4d96 aa0f 1667b0559a488. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang memiliki kuasa supernatural yang membantu polis, Kdrama He is Psychometric (2020) memberikan adegan lucu dan penuh komedi

d437f22b 3a0f 440f b41b 18264322f0889. Baru sahaja ditayangkan pada 11 September 2024, Kdrama Seoul Busters (2024) menceritakan tentang kehadiran ketua baru dalam pasukan detektif yang paling teruk

d167b7a3 281e 42ca 99f7 fae9bab3c14710. Memiliki sifat dan sikap yang berbeza, Kdrama Brain Works (2023) menceritakan tentang kerjasama seorang detektif dengan doktor yang genius

IMG 3715

11. Kdrama Behind Your Touch (2023) mengisahkan seorang doktor haiwan yang mempunyai kuasa psikometrik, dan seorang detektif berdarah panas yang mendapati diri mereka berada di tengah-tengah penyiasatan jenayah berbahaya semasa menyelesaikan kes jenayah kecil di sebuah bandar kecil di Mujin, Chungcheong-do.

Drama-drama Korea ini berjaya menggabungkan ketegangan dan gelak tawa dalam satu pakej yang menghiburkan. Jika anda memerlukan tontonan yang memacu adrenalin sekaligus mengundang tawa, jangan lupa untuk mula maraton drama-drama di atas ini ya.

Baca lagi: 5 Kdrama Menarik Sesuai Untuk Penonton Lelaki yang Mahukan Aksi Lasak, Jenayah dan Penyiasatan
Baca juga: 4 Sebab Kdrama Thriller Misteri “Black Out”, Harus Ditonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here