Home Artis Korea 10 Kdrama Dibintangi Oleh Pelakon King The Land

10 Kdrama Dibintangi Oleh Pelakon King The Land

0

Sejak tayangan Kdrama ini pada 17 Jun lalu, King the Land yang dibintangi Lee Junho 2PM dan Yoona berjaya menjadi drama siri yang rancak dibicarakan.

Rating untuk Kdrama ini juga tinggi untuk drama yang tayang di televisyen kabel. Drama ini menjadi salah satu tontonan kegemaran para peminat drama siri Korea, terutamanya peminat-peminat genre romcom (romantik komedi).

Lee Junho Dibayar 100 Juta Won Untuk 1 Episod King The Land?

Pasti ramai peminat yang akan merindui lakonan para bintang dalam King the Land nanti, berikut ini adalah sepuluh Kdrama yang dibintangi oleh para pelakon King the Land. Jom sama-sama kita lihat:


1. Good Manager (2017)

c226d3dc 9fea 44ce 8778 3a7866d0a09f 1Drama tentang perbalahan di alam pekerjaan ini dibintangi oleh Nam Goong Min dan Lee Junho 2PM. Nam Goong Min membawa watak sebagai Kim Sung Ryeong, seorang pengurus yang dikenali sangat berani, sedangkan Junho menjadi Seo Yool, salah seorang pemimpin teratas di syarikat tempat Kim Sung Ryeong bekerja. Kedua-duanya seperti musuh walaupun berada di syarikat yang sama.

2. The K2 (2016)

18dc61a3 17fb 4ad9 ad44 a52062824380Walaupun sudah ditayangkan 7 tahun yang lalu, The K2 tetap berbaloi untuk dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda. Drama siri ini mengisahkan tentang seorang pengawal bernama Kim Jae Ha (Ji Chang Wook) yang perlu menjaga dan mengawasi anak calon presiden yang bernama Ko An Na (Yoona SNSD).

3. Wok of Love (2018)

3edcc947 e114 4999 bc87 3d329daa2141Wok of Love juga dibintangi oleh Lee Junho yang membawa watak sebagai Gu Won dalam King the Land. Dalam drama ini dia membawa wataj sebagai Seo Poong, seorang chef berbakat yang bekerja di sebuah restoran Cina ternama. Dia sudah mendirikan rumah tangga, tapi dicurangi oleh isterinya. Kehidupannya yang kacau bilau akhirnya berubah sewaktu dia berjumpa dengan Dan Sae Woo (Jung Ryeo Won), seorang bekas anak konglomerat yang penuh semangat. Dia juga ditemukan dengan Doo Chil Seong (Jang Hyuk), seorang ketua dari kumpulan gengster.

4. Big Mouth (2022)

1a151a4e f877 487b 9c48 ad30445344daBig Mouth adalah projek Yoona SNSD sebelum King the Land. Drama ini menceritakan Park Chang Ho (Lee Jong Suk), seorang peguam yang dituduh menjadi pembunuh dan berbagai-bagai penipuan dengan nama samaran Big Mouth.
Sementara itu, Yoona dalam drama ini berlakon sebagai Go Mi Ho, seorang juru rawat yang hebat. Di membantu suaminya, Park Chang Ho, untuk bebas dari segala tuduhan dan dapat keluar dari penjara.

5. Welcome to Waikiki (2018)

e0b938da 6c30 45d5 8573 99229cb268dbDrama siri ini dibintangi oleh Kim Jung Hyun, Lee Yi Kyung, Son Seung Won, dan Go Won Hee iaitu pelakon yang membawa watak Oh Pyeong Hwa dalam King the Land.
Drama yang penuh komedi ini menceritakan tentang tiga orang sahabat yang mengusahakan sebuah rumah tumpangan. Ketiga-tiganya memiliki pekerjaan yang berbeza-beza dan belum pernah mendapat kejayaan besar dari kerjaya masing-masing. Kehidupan mereka mula berubah apabila mereka mendapati ada seorang bayi yang ditinggalkan di rumah tumpangan mereka.

6. Under the Queen’s Umbrella (2022)

9cefe339 3558 4d00 a87a 42557c38a6a1Under the Queen’s Umbrella menceritakan tentang seorang permaisuri yang bernama Im Hwa Ryeong (Kim Hye Soo) yang sepanjang hidupnya perlu memikirkan urusan istana dan kerajaan. Dia mempunyai beberapa orang anak lelaki yang hampir semuanya adalah putera raja yang selalu menimbulkan masalah. Permaisuri itu juga perlu menguruskan gundik-gundik raja yang wataknya berbeza-beza dan licik semuanya. Drama ini turut menampilkan Kim Ga Eun, pelakon yang membawa watak Gang Da Eul dalam King the Land.

7. Our Blues (2021)

KdramaOur Blues merupakan drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon kelas atasan Korea Selatan. Dibintangi oleh Lee Byung Hun, Shin Min Ah, Han Ji Min, Kim Woo Bin, Cha Seung Won, Lee Jung Eun, dan juga Uhm Jung Hwa. Drama yang berjumlah 20 episod ini mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pulau Jeju. Mereka mempunyai masalah masing-masing, masalah keluarga, asmara, dan juga ekonomi. Drama yang turut menampilkan Kim Jae Won, pelakon yang membawa watak Le Ro Woon dalam King the Land.

8. Royal Secret Agent (2020—2021)

0bb8fc2b f3da 4c68 955f c1d9662635a9Sesuai dengan tajuknya, drama komedi sageuk ini menceritakan tentang perjalanan seorang ejen rahsia dari kerajaan untuk merungkai rasuah dan pecah amanah dan tindakan-tindakan jenayah di luar kerajaan. Royal Secret Agent dibintangi oleh Kim Myung Soo, Kwon Na Ra, dan Lee Yi Kyung. Drama ini juga menampilkan An Se Ha dan Son Byung Hon yang membawa watak setia usaha dan ayah Gu Won dalam King the Land.

9. Not Others (2023)

7801a265 54ab 404e 9412 ea8f5a4cc2caNot Others merupakan drama tentang sepasang ibu dan anak. Mereka adalah Kim Eun Mi (Jeon Hye Jin) dan Kim Jin Hee (Choi Soo Young). Kim Eun Mi yang bekerja sebagai juru rawat merupakan ibu tunggal yang melahirkan anaknya sewaktu masih remaja, sedangkan Kim Jin Hee adalah anaknya yang bekerja sebagai polis. Kedua-duanya sering membela mangsa yang terlibat dengan kes kejahatan di kejiranan mereka. Drama ini menampilkan Kim Young Ok, pelakon yang membawa watak Lee Gang Sook iaitu nenek Cheon Sa Rang dalam King the Land.

10. Hometown Cha-Cha-Cha (2021)

fe20966d 8b7b 4b99 beab 52b203ec92b4Drama lain yang turut dibintangi oleh Kim Young Ok adalah Hometown Cha Cha Cha. Drama tersebut menceritakan tentang seorang doktor gigi yang selalu berfikir secara realistik yang bernama Yoon Hye Jin (Shin Min Ah) yang berpindah ke sebuah perkampungan di tepi laut. Dia bertemu dengan Hong Du Sik (Kim Sun Ho), seorang penduduk lokal yang suka membantu warga setempat. Kedua-duanya menjalin hubungan asmara seiring dengan berjalannya waktu.

Sepuluh Kdrama siri Korea yang tersenarai di atas wajib anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda, supaya rindu anda kepada para pelakon King the Land dapat diubati nanti!

Baca lagi: 7 Kdrama Romantik Seperti See You in My 19th Life
Baca juga: 10 Kdrama Baharu Tayang Ogos 2023