Kadang kala terdapat cerita fiksyen tentang orang-orang yang telah berjaya mengubah hidup mereka boleh dijadikan sumber inspirasi.
Contohnya kisah-kisah dalam Kdrama di bawah ini, cuba anda perhatikan betapa gembiranya hidup watak-watak utama apabila mereka menyingkirkan perkara yang mereka benci.
Cuba tonton ya, kisah-kisah Kdrama dibawah ini semua penuh sinar harapan dan inspirasi!
Summer Strike (2022)
Kehidupan Lee Yeo Reum yang kelihatan sempurna di bandar besar musnah dalam satu hari kerana kematian mengejut ibunya dan perpisahan dengan teman lelakinya. Dia melepaskan segala-galanya dan melarikan diri ke sebuah kota kecil di tepi laut untuk mengambil nafas dan berehat. Di sana, dia bertemu dengan seorang pustakawan An Dae Beom, hidupnya perlahan-lahan mula berubah.
Call It Love (2023)
Perempuan simpanan ayahnya merosakkan hidupnya, Sim Woo Joo kehilangan tempat tinggal selepas segala kejadian menyedihkan yang berlaku. Dia bangkit semula dan memastikan untuk membalas dendam terhadap wanita yang merampas kebahagiaannya itu. Rancangan itu hampir gagal apabila dia jatuh cinta dengan anak perempuan simpanan bapanya dan terpaksa memilih antara rancangannya dan kebahagiaan barunya yang tiba-tiba muncul.
Hometown Cha-cha-cha (2021)
Walaupun Yoon Hye Jin mempunyai segala-galanya dan hidup gemilang di bandar besar, dia memutuskan untuk mengubah hidupnya dan berpindah di sebuah desa kecil yang aman damai. Di sana dia membuka kliniknya sendiri dan bertemu dengan Hong Do Shik, seorang warga tempatan yang serba tahu. Bersama-sama mereka membantu satu sama lain untuk melihat kehidupan dalam cahaya yang berbeza.
Because This Is My First Life (2017)
Yoon Ji Ho kini menghadapi krisis dalam kewangan dan kehidupan peribadinya. Perkahwinan yang diatur tidak kelihatan seperti sebuah jalan penyelesaian yang sempurna untuk semua masalahnya, tetapi mempunyai bumbung untuk berteduh dan seorang lelaki di sisinya, kehidupannya mungkin menjadi lebih mudah.
Welcome to Samdalri (2023)
Kembali ke Samdalri selepas beberapa tahun di Seoul, Cho Sam Dal mesti belajar melihat kebaikan di sekelilingnya dan mencipta semula dirinya selepas dia mendapat dugaan hebat di bandar besar tempat dia mencipta nama.
When the Weather is Good (2020)
Kembali ke kampung halaman yang penuh dengan kenangan suka dan duka. Di kampungnya, Hae Won bertemu dengan Eun Seob, seorang pemilik kedai buku yang hidupnya dihabiskan dengan membaca dan menulis. Semasa mereka berkongsi minat mereka, mereka belajar untuk melihat dunia di sekeliling mereka dari perspektif yang berbeza.
Baca lagi: 5 Pilihan Kdrama Fantasi yang Berbaloi untuk Ditonton
When the Camellia Blooms (2019)
Dong Baek membesar dalam keadaan yang serba kekurangan. Dia seorang anak yatim dan kemudian menjadi ibu tunggal secara tidak sengaja. Sebagai pemilik bar, dimana ramai lelaki bujang kerap berkunjung, dia terpaksa berdepan dengan pelbagai gosip buruk, tetapi dia tetap kuat menghadapi segala cabaran. Dia sebenarnya mempunyai orang yang menyayangi dan melindunginya tanpa dia sedari.
My Liberation Notes (2022)
Apakah yang boleh menyatukan tiga Yeom bersaudara yang masih muda dan bercita-cita tinggi? Chang Hee, Mi Jung dan Ki Jung menunggu peluang mereka untuk melarikan diri dari kampung kecil mereka untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Kisah dalam Kdrama ini menyatukan orang-orang yang putus asa dengan orang yang berharap dan mencipta sebuah cerita dramatik yang sangat indah.
Baca juga: 12 Kdrama dengan Soundtrack paling Indah, Mengasyikkan dan Sukar Dilupakan
Once Upon a Small Town (2022)
Apabila Han Ji Yool terpaksa meninggalkan Seoul dan tugas mulianya sebagai doktor haiwan di klinik bandar untuk berpindah ke kampung datuknya, dia tidak berpuas hati dengan perubahan itu. Apabila dia menyedari bahawa dia perlu tinggal dan mengambil alih klinik veterinar datuknya, dia benar-benar gelisah dan ketakutan. Dengan bantuan pegawai tempatan Ahn Ja Young, dia memulakan perjalanan baru dalam hidupnya.
Castaway Diva (2023)
Selepas terperangkap di sebuah pulau terpencil selama lebih daripada 15 tahun, dia kembali ke pangkuan masyarakat moden dengan satu impian iaitu dia mahu menjadi penyanyi. Walau bagaimanapun, cita-citanya mungkin hancur disebabkan banyak perkara telah berubah sepanjang dia terdampar di pulau, segala-galanya terasa begitu asing.